NAJIB TUN RAZAK dan Francois Hollande (kiri) menyaksikan Hishammuddin Tun Hussein bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Jean-Yves Le Drian di Putrajaya, |
PUTRAJAYA 28 Mac - Malaysia Sedang mempertimbangkan Pembelian peralatan Pertahanan dari Perancis Termasuk pesawat Pejuang Pelbagai Peranan (MRCA), Rafale Buatan Dassault Aviation
“Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan pelanggan besar peralatan ketenteraan dari Perancis, jadi perbincangan kita hari ini antaranya berkisar tentang perkara tersebut.
“Kita mengambil perhatian terhadap kejayaan pesawat buatan Perancis itu di beberapa negara dan kemungkinan baginya menjadi subjek kerjasama dan kolaborasi,” katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Perancis, Francois Hollande di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Terdahulu, Najib dan Hollande mengadakan mesyuarat dua hala dan menyaksikan majlis menandatangani dua surat hasrat (LOI) mengenai pertahanan dan pendidikan.
Perjanjian berhubung pertukaran dan maklumat sulit kerjasama pertahanan ditandatangani oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian.