Monday, March 6, 2017

APMM AKAN PAMER KAPAL OSV BARU DI LIMA 2017


KLANG  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Ma­ritim Malaysia) akan mempamerkan dua kapal peronda pesisir pantai (OSV) terbaharu miliknya pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang berlangsung mulai 21 hingga 25 Mac ini.

Ketua Pengarah­nya, Laksamana Ma­ritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, salah sebuah OSV yang bakal dipamerkan iaitu KM Pekan disumbangkan oleh kerajaan Jepun manakala sebuah lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan bulan Mac.

“Kedua-dua kapal ini akan menyertai perbarisan armada dalam pameran berkenaan. 

Pada masa sama, kita akan membuat kejutan lain dengan menonjolkan kemampuan Maritim Malaysia dalam mengawal selia perairan negara ini.

“Usaha ini termasuklah me­lakukan demonstrasi aset-aset kita melibatkan tugasan di permukaan air dan pesawat udara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) Selangor di Pejabat Daerah Maritim 4, Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Pasukan yang baru ditubuhkan itu mempunyai sebanyak 130 anggota, termasuk 15 pengamal media di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Puzi memberitahu, Maritim Malaysia juga memiliki sebuah lagi OSV yang disumbangkan kerajaan Jepun sebelum ini iaitu KM Arau.

Beliau menambah, kedua-dua OSV sepanjang 90 meter itu berupaya menjalankan operasi dalam cuaca buruk.

“Kita merancang untuk menambah peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf KM Pekan dan KM Arau termasuk dari segi sistem persenjataan,” jelas­nya.


sumber 
Utusan

 

No comments: