Salah satu gaya yang dilakukan oleh Pasukan Aerobatik Rusia |
Perkara itu diakui Ketua Pasukan Aerobatik Rusia, Russian Knights, Kolonel Andrey Alekseev berdasarkan persembahan ditunjukkan semasa berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ‘17).
Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya dan jalinan hubungan kerjasama yang baik sesama mereka, pasukan negara juga mempunyai tahap disiplin dan profesional yang tinggi.
“Saya yakin juruterbang Malaysia mempunyai latihan terbaik dan mampu mempertahankan ruang angkasa negara,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar Russian Knights di LIMA ‘17 di sini, hari ini.
Pesawat baru SU30SM yang digunakan oleh Pasukan aerobatik Rusia |
Katanya, masih banyak pergerakan yang boleh dilakukan Russian Knights berdasarkan kemampuan pesawat berkenaan.
Dalam pada itu, Alekseev berkata, Malaysia menjadi negara pertama di dunia bagi pasukan Russian Knight membuat pertunjukan aerobatik menggunakan pesawat SU-30 SM.
“Sebelum ini kami menggunakan pesawat daripada variasi SU-27 dan kini telah menggunakan pesawat lain.
“Dengan melakukan persiapan selama sebulan untuk LIMA ‘17 , kami yakin dapat memberikan persembahan yang terbaik,” ujarnya.
sumber
utusan malaysia
No comments:
Post a Comment