Sunday, May 21, 2017

KAPLAN MEDIUM TANK USAHASAMA INDO-TURKI

Kaplan Medium Tank usahasama Turki - Indonesia di IDEF Turki
Pengilang kereta perisai Turki FNSS Savunma Sistemleri dan PT Pindad Indonesia  mempamerkan prototaip dibangunkan bersama, kenderaan perisai (AFV) Kaplan MT di Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2017, yang berlangsung di Istanbul dari 9-12 Mei.

Seberat 35 tan, Kaplan MT dilengkapi dengan turet CMI Cockerill 3105, yang seterusnya di pasang dengan meriam Cockerill 105mm, yang mempunyai kelebihan dari sistem autoloader dan sistem kawalan tembakan digital (FCS). Suite elektroniknya juga termasuk sistem pengurusan medan perang dan sistem amaran laser.

Kaplan MT juga boleh dilengkapi dengan mesingan sepaksi 7.62mm. Ia mempunyai nisbah kuasa kepada berat 20 hp per tan dengan jarak 450 km dan kelajuan maksima 70 km / h. 

Pembangunan Kaplan MT bermula pada 2014 di bawah program Permodenan Kereta kebal Sederhana Berat (MMWT). Pada bulan November 2016, FNSS dan PT Pindad mengumumkan bahawa mereka selesai kerja-kerja reka bentuk konsep tersebut. 

Konsep yang diterapkan pada Kaplan MT adalah yang serupa dengan konsep Poland’s Anders Multirole Combat Platform. Seperti Kaplan MT, Anders adalah kenderaan berunut tempur infantri  yang boleh dikonfigurasikan dengan turet kereta kebal berpusat pada meriam 120mm.  

Rasional di sebalik pendekatan ini adalah, ia menyediakan satu platform yang sama untuk beberapa peranan, seperti mengangkut tentera, pertempuran infantri, pengepungan dan tembakan serangan hendap. 

FNSS ingin memasarkan Kaplan MT sebagai penyelesaian kepada sistem sokongan armor yang melibatkan  kereta perisai ringan, pengepungan dan operasi serangan hendap.  

Ia juga boleh berfungsi sebagai kenderaan tempur infantri. FNSS memandang Kaplan MT sebagai aset sokongan untuk kereta kebal utama yang lebih berat. Ia juga lebih murah untuk dimiliki berbanding aset keluaran negara barat.

sumber: Quwa.org 

No comments: