Wednesday, May 17, 2017

SINGAPURA TINGKATKAN KEUPAYAAN ARMADA KAPAL SELAMNYA

Type 218SG Kapal selam baru Singapura keluaran Jerman (TKMS)
16 Mei, Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen  mengumumkan bahawa Singapura akan membeli dua kapal selam dari Jerman.  

Pengumuman, ini dibuat pada majlis perasmian Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa tahun ini dan persidangan (IMDEX) Asia.

Difahamkan kapal selam tersebut adalah dari jenis Type 218SG (kapal selam penyerang) keluaran Jerman dan dihasilkan oleh syarikat ThyssenKrupp Marine Systems (TKMS). Ia dijadualkan siap pada tahun 2021 dan 2022.

Type 218SG akan mempunyai lapan tiub torpedo 533-mm, dilengkapi dengan AIP dan menggunakan ekor kemudi berbentuk X. Nilai kontrak dianggarkan melebihi 1 bilion euro

Langkah itu merupakan langkah terbaru yang diambil negara tersebut untuk meningkatkan keupayaan maritim di tengah-tengah pertumbuhan tentera laut lain dan peningkatan cabaran keselamatan serantau dan global.

Singapura merupakan negara yang mempunyai kuasa maritim lebih daripada kemampuan yang dimiliki  dikalangan negara Asia Tenggara.  

Armada kapal selam Tentera Laut Republik Singapura (RSN) kini terdiri daripada dua kapal selam kelas Challenger (dua yang lain  telah dibersarakan pada 2015) bersama-sama dengan dua kapal selam kelas Archer yang mana ia diterima daripada tentera laut Sweden pada 1990-an dan 2000-an.

Antara negara jiran di Asia Tenggara selain Singapura, Indonesia mempunyai dua kapal selam buatan Jerman dan telah memesan 3 lagi dari Korea selatan iaitu dari kelas Chang Bogo, Malaysia masih mengendalikan dua kapal selam buatan Perancis, dan Vietnam mempunyai enam kapal selam buatan Rusia, manakala Thailand sedang menuju ke arah memperoleh keupayaan itu selepas berdekad lamanya untuk memperolehinya.

Negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Filipina dan Myanmar juga telah telah menyatakan hasrat mereka untuk memperolehi  kapal selam dari sudut pandangan yang berbeza.

sumber : The Diplomat
 

No comments: