Tuesday, May 9, 2017

TAWARAN UPGRADE ENJIN PT-91M DARI RENK FRANCE


Enjin 350S yang dikuasakan oleh Scania D1I6
Syarikat Renk France menawarkan khidmat naik taraf Powerpack (enjin) untuk kereta kebal utama PT-91 Tentera Malaysia di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia pada 2016 yang lalu.

Syarikat tersebut telah mempamerkan sistem transmisi 350S Powerpack yang menggunakan transmisi automatik ESM350, dan dikuasakan oleh enjin Scania D1I6 yang dibuat khas untuk dimuatkan bersama-sama untuk meningkatkan prestasi
kereta keba T-72, T-90, M-84 dan PT-91.

Menurut Jurucakap Renk France, ia adalah satu reka bentuk baru yang boleh dimuatkan ke dalam casis PT-91 tanpa sebarang pengubahsuaian yang diperlukan. Enjin Scania boleh menawarkan kuasa sebanyak 883kW.

Katanya lagi, Enjin 350S ini boleh menawarkan kelajuan maksimum 70 km / h, berbanding 60 km / h yang dicapai oleh enjin Wola  yang sedia ada dari Poland.  


Ia juga boleh mencapai kelajuan 33 km / h untuk gear pengunduran, iaitu lebih  4 km / h dari apa yang boleh dicapai PT-91 sekarang.

Satu ciri utama adalah bahawa naik taraf ini juga akan memasang steering wheel dengan gear automatik yang diuruskan dalam sistem penghantaran. Ini menjadikan ia lebih mudah untuk dipandu berbanding kawalan manual lama dan lebih murah untuk melatih pemandu.

Sistem ini juga boleh mencapai pecutan yang lebih tinggi tanpa berlaku kerosakan  dan ia boleh mencapai 1,090rpm, iaitu lebih tinggi sedikit daripada enjin sedia ada 1,000rpm .  

Ia mempunyai sepenuhnya cuopling hidraulik, satu sistem penapisan, proses penyejukan dua peringkat bukan hanya satu - penting untuk iklim panas Asia.

Peningkatan ini juga akan membolehkan kereta kebal untuk membelok atau berputar menggunakan kedua-dua belah trek dalam lingkungan yang berbeza, sesuatu yang ia tidak boleh lakukan pada masa ini kerana ia hanya boleh berpaksi pada satu trek sahaja.  

kereta kebal Malaysia PT91M - penukaran enjin baru mampu melonjakan keupayaan mobilitinya

Ini bermakna ruang lingkungan putaran adalah lebih luas dan lebih ketat di kawasan di mana ruang untuk pergerakan adalah terhad, seperti kawasan bandar.

Satu lagi ciri utama adalah bahawa keseluruhan enjin boleh dikeluarkan dari kereta kebal dalam masa kira-kira 45 minit hingga satu jam - satu proses yang biasanya mengambil masa 1 hari, membolehkan kerja-kerja pembaikan dan baik pulih lebih cepat, atau untuk pemasangan pengganti.

Tambahan pula, jurucakap itu berkata bahawa walaupun reka bentuk enjin 350S itu baru, namun sebahagian besar komponen enjin dari Scania adalah mudah didapati di pasaran komersial yang bermaksud bahawa ia adalah lebih murah dan lebih mudah untuk dimaintain.

Renk dikatakan sedang berbincang dengan Tentera Darat Malaysia tentang mendapatkan program menaik taraf enjin untuk meningkatkan keupayaan mobiliti PT-91M, yang mempunyai 48 kereta kebal dalam inventorinya.


sumber : Shephard 

No comments: