Tuesday, July 4, 2017

KAPAL SELAM KELAS KILO - RUSSIA

Kapal selam kelas Kilo - Rusia
Kapal Selam Kelas Kilo Rusia mula memasuki perkhidmatan pada awal tahun 1980-an. Ia direka oleh Biro Reka Bentuk Maritim Rubin Central, St Petersburg.

Ia dikenali dengan nama Projek 877 (gelaran Nato ialah Kilo) adalah kapal selam diesel elektrik  Rusia yang direka dengan tujuan peperangan permukaan dan sub permukaan, perlindungan pangkalan tentera laut dan pemasangan pantai serta tugas umum dan tugas rondaan.

Kelas Kilo di reka pada mulanya bertujuan untuk berkhidmat dengan negara-negara Pakatan Warsaw, menggantikan kapal selam lama jenis  Whiskey dan Foxtrot.

Terdapat tiga varian kelas Kilo iaitu yang asal Projek 877 yang telah berkhidmat dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 80-an. 

Projek 877K mempunyai sistem kawalan tembakan yang telah dipertingkatkan  dan varian torpedo panduan wayar 877M , sementara varian eksport akan menjadi projek 877EKM, yang sedang dikendalikan oleh Tentera Laut India, Rusia dan Iran. 

Improved kilo atau projek 636  yang dibangunkan untuk armada kapal selam Rusia dan juga untuk dieskpot. antara negara pengguna ialah Vietnam, China, dan Rusia


kapal selam kelas Foxtrot

kapal selam kelas Whiskey
Hanya berukuran 73.8m panjang, 9.9m lebar dan 6.2m tinggi serta berat 3,076 tan sewaktu menyelam. Kapal ini dikendalikan oleh 52 kru, dua belas pegawai dan empat puluh orang anak kapal, serta mempunyai ketahanan menyelam selama empat puluh lima hari sebelum naik semula ke permukaan untuk recharged.

Kapal selam Kilo ini di dikuasakan oleh dua penjana diesel dan pemacu elektrik, memberikan mereka kuasa yang cukup untuk bergerak di permukaan dengan kelajuan 10 knot dan 17 knot di bawah air.

Jarak operasi kapal selam ini boleh mencapai sehingga 7500 batu nautika. Mampu menyelam dengan kedalam normal ialah 787 kaki ( 240 m ) dan kedalaman maksima 984 kaki ( 300 m )

Ia sangat baik dan sesuai untuk beroperasi di dalam air laut yang cetek, di mana sepasang alat ducted props yang dikuasai oleh motor berkelajuan rendah mungkin membolehkan ia beroperasi lebih dekat ke dasar laut.

Komponen sensor Kilo terdiri dari radar frekuensi rendah aktif dan pasif MGK-400 Rubikon (Shark Gill), radar frekuensi tinggi MG519 Mouse Roar untuk klasifikasi target dan mengelak dari periuk api.

Untuk navigasi permukaan dan pencarian Kilo di lengkapi dengan radar MRK-50 Albatros. Mempunyai electronics support measure (ESM) iaitu radar penerima amaran dan pencari arah.

Senjata pemusnah Kilo ialah 6 tiub torpedo berdiameter 533 mm yang mampu melancarkan torpedo jenis SS-N-15A Starfish dan 71MKE TV electric homing torpedo. 

keratan rentas Kapal selam kelas Kilo
Kapal selam kelas Kilo ini boleh dikatakan sangat berjaya dalam dua aspek iaitu segi teknikalnya dan eksport. Menjadi kebanggaan kepada sekutu Rusia dan menjadi kerisauan kepada pihak NATO.

Kalibat ianya beraksi di laut China Selatan akan menjadi kenyataan dengan meningkatnya ketegangan di laut China Selatan terutamanya antara Vietnam dan China, dua negara yang memiliki kapal selam kelas ini.

sumber : naval technology, MMP, TNI, wikipedia


No comments: