Friday, June 30, 2017

KERETA KEBAL UTAMA T-80

Kereta Kebal Utama T-80UD varian dari T-80
T-80 adalah Kereta kebal pertempuran utama generasi ketiga (MBT) yang direka dan dihasilkan di Kesatuan Soviet.

Apabila ia memasuki perkhidmatan pada tahun 1976, ia adalah MBT pertama di dunia untuk menampilkan enjin turbin multifuel yang berkuasa sebagai enjin propulsi utama.

T-80 merupakan evolusi ke atas pendahulunya, T-64, sebagai reka bentuk kereta kebal yang paling moden pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an,

Susun atur dalaman T-80 adalah serupa dengan T-64; kompartmen pemandu berada di garisan tengah di hadapan, Two man -turet berada di tengah dengan penembak di sebelah kiri dan komander di sebelah kanan, dan enjin dipasang di belakang.

Reka bentuk T-80 yang asal menggunakan turbin gas 1,000 kuasa kuda bukannya enjin diesel 750-kuasa kuda, walaupun sesetengah varian T-80 kemudiannya kembali kepada penggunaan enjin diesel.

Penggunaan meriam utama masih lagi 125 mm 2A46 smoothbore seperti yang digunakan oleh kereta kebal T-72, yang mana mampu melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal dan peluru biasa yang lain (APFSDS, HEAT dan HE-Frag)


Sistem pengisian automatik (auto-loader) korzina dipasang dan mampu menampung 28 unit peluru dalam suatu masa. Berat keseluruhan ialah 46 tan.

Terdapat beberapa varian T-80 yang dikeluarkan antaranya :-

T-80B - dipasang dengan turet baru, laser range-finder, sistem kawalan tembakan dan aotoloader yang baru yang mampu menembak peluru berpandu 9M112-1 Kobra dan penambahbaikan komposit armor

T-80BV - di pasang dengan ERA (Explosive Reactive Armour) Kontakt-1

T-80UM - versi Russia dengan sistem pandangan Thermal pengimejan Buran (thermal imaging sight)

T-80U - Perkembangan selanjutnya dengan turret yang lebih baik, pelet perisai reaktif Kontakt-5 , senjata api yang lebih baik, dan sistem peluru berpandu Refleks 9K119 dan pemasangan enjin baru 1250 hp.

Kelemahan T-80

Walaupun T-80 merupakan kereta kebal tercanggih pada zamannya dan pernah dianggap sebagai kereta kebal utama bagi Russia, namun terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan Russia tidak menggunakannya sebagai Kereta kebal barisan hadapan.

Antara ialah terdapat kelemahan dalam rekabentuknya dari segi sistem armor dan sistem autoloader Korzina yang menyebabkan ia mudah meletup akibat hentaman peluru RPG dan di musnahkan dalam perang Chechen yang pertama.

Hampir 225 unit T-80 berjaya dimusnahkan oleh pejuang Chechen dengan tembakan RPG-7V dan RPG-18.
T-80 yang musnah dalam perang Chechen pertama
Turret T-80 terpisah dari badannya akibat letupan dari hentaman peluru RPG
Tahap sudut dongakan naik dan turun meriam utama yang kecil juga merupakan kelemahan T-80, di mana ia tidak mampu menembak musuh yang berada di tingkat atas atau basement.

Selain itu penyelanggaraan yang mahal dan penggunaan minyak yang banyak menyebabkan ia tidak efektif digunakan di barisan hadapan.

Dalam perang Chechen yang kedua (1999-2000) dan perang dengan Georgia (2008), kelibat T-80 tidak lagi digunakan oleh tentera Russia sebagai kereta kebal barisan hadapan.

Hampir 5400 unit T-80 dihasilkan dalam pelbagai variasi dan dieskpot ke beberapa negara seperti Pakistan, China, Armenia, Cyprus, Mesir, Yamen dan Korea Selatan.

sumber : wikipedia, military today, the national interest

No comments: