S-400 Truimf - Rusia |
Maklumat ini juga dilaporkan pada hari Khamis, 5 Oktober, 2017, oleh televisyen al-Arabiya milik Arab Saudi.
Memorandum persefahaman dilaporkan telah ditandatangani untuk membantu kerajaan Arab Saudi mengembangkan industri pertahanannya sendiri, menurut saluran televisyen yang berpangkalan di Dubai.
SAMI ( Saudi Arabian Military Industries ) berkata MoU dengan pengeksport senjata Russia Rosoboronexport itu, datang dalam konteks kontrak yang ditandatangani untuk mendapatkan S-400, sistem Kornet-EM, TOS-1A, AGS-30 dan Kalashnikov AK-103.
Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Rogozin berkata Riyadh telah menunjukkan minat untuk membeli sistem peluru berpandu Rusia.
S-400 kini menjadi salah satu sistem peluru berpandu pertahanan udara yang paling popular selepas pembelian oleh China, India dan Turki baru-baru ini.
S-400 Triumph, nama pelapor NATO SA-21 Growler adalah sistem peluru berpandu jarak jauh ke udara yang dihasilkan oleh Almaz-Antey.
Sistem S-400 Triumph bertujuan untuk pertahanan dan menangani cubaan musuh dari memasuki ruang udara melalui, pesawat peninjau, ECM, radar-piket, pesawat strategik dan taktikal, peluru berpandu balistik taktikal, peluru berpandu balistik jarak sederhana dan aset serangan udara semasa dan masa depan yang lain pada jarak maksimum 400 km, dan ketinggian sehingga 30 km.
Pada masa ini, unit pertahanan udara Saudi dilengkapi dengan 17 bateri HAWK dengan 120 pelancar mudah alih dan tetap, 151 unit pelancar SHAHINE, dan 11 unit pelancar Patriot menggunakan peluru berpandu PAC-3.
Arab Saudi adalah negara sekutu A.S. yang kedua bersetuju membeli sistem S-400 selepas Turki bersetuju untuk membelinya dari Rusia pada bulan September.
Misil darat ke udara MIM-23 HAWK |
Misil SHAHINE (R460 SICA) dari Perancis |
Sistem misil Patroit dari Amerika Syarikat |
sumber :World defence News
No comments:
Post a Comment