Friday, May 11, 2018

HELIKOPTER PENYERANG MI-35M (HIND E)

Mi-35M adalah helikopter tempur berbilang peranan yang dihasilkan oleh Rostvertol, anak syarikat Helikopter Rusia. Ia adalah varian eksport helikopter penyerang Mi-24 Hind. 

Keutamaan direka untuk serangan dan misi pengangkutan ketenteraan, helikopter memberikan prestasi penerbangan yang unggul dan pergerakan yang lebih lincah daripada model asalnya.

Helikopter penyerang MI-35M (Hind E) tentera Uzbekistan
Pengeluaran MI-35M bermula pada tahun 2005. Pesawat ini menggabungkan  ketepatan  persenjataan  yang jitu dan moden untuk memusnahkan sasaran kenderaan berperisai di darat dan menyediakan sokongan udara untuk misi darat. 

Peranannya boleh diubah suai sebagai platform penyerang, serangan darat, pemindahan perubatan (MEDEVAC) atau platform pengangkutan.


Berdasarkan Mi-24 Hind, Mi-35M menggabungkan beberapa penambahbaikan, termasuk sayap runcing yang dipendekkan, sistem rotor baru, avionik moden, enjin turboshaft dan sistem hidraulik yang dinaik taraf  Kokpit dan komponen penting helikopter di lindungi dengan perisai tebal


Mi-35M mempunyai panjang keseluruhan 21.6m, lebar sayap 6.5m dan ketinggian 6.5m. Berat pengangkut dalam konfigurasi feri ialah 12,000kg. Ia boleh membawa lapan anggota tentera atau muatan 2,400kg.


Kokpit kaca Mi-35M menempatkan dua juruterbang dalam konfigurasi sejajar. Kokpit dilengkapi dengan pelbagai sistem avionik dan helmet pandang malam (NVG).


sistem persenjataan yang boleh dipasang
Turret yang dipasang di dagu helikopter boleh dipasang dengan meriam berel berkembar GSh-23V 23mm  dengan 450 hingga 470 butir peluru. Senjata tersebut mampu menembak 3,400 hingga 3,600 pusingan seminit. Sayap runcing boleh membawa pelbagai sistem senjata termasuk peluru berpandu anti-kereta kebal, pod roket / pod senjata, atau tangki bahan bakar.

Antara misil yang boleh dipasang ialah  8 misil anti kereta kebal  jenis 9М114 atau 9M120 Ataka-V SACLOS panduan radio, 80 roket tanpa panduan jenis "S-8" 80mm dan 20 roket pesawat tanpa panduan jenis "S-13" 122 mm. 

Di kuasakan oleh dua enjin TVZ-117VMA atau VK-2500. Setiap enjin menghasilkan output kuasa maksimum sebanyak 2,200 hp. Enjinnya direka untuk mnyokong misi altitud tinggi.

Mampu terbang pada kelajuan maksimum 310km/j dan beroperasi pada ketinggian 5,400 meter.

Jarak penerbangan normal MI-35M ialah 460km dan ia boleh mencapai jarak maksimum 1,000km dengan isian penuh bahan api.

sumber : airforce technology


 

2 comments:

Dein said...

Terbaik..tapi nampak gedabak sangat bila terbang... macam gajah je

gen2 said...

hahaha easy target