![]() |
Sistem pertahanan udara (darat ke udara) HISAR-O melakukan ujian tembakan |
Ini dibuktikan dengan kejayaan Roketsan menjalankan ujian sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara (SAM) jarak sederhana Hisar-O di Aksaray, Turki tengah pada 3 Disember 2016.
Sistem peluru berpandu HİSAR-O ini bertujuan untuk melindungi pangkalan tentera, anggota tentera, pelabuhan, dan aset strategik negara yang lain terhadap ancaman dari udara di ketinggian sederhana.
Hisar-A dan Hisar-O berperanan memusnahkan pesawat sayap kaku dan berputar, misil kruis, pesawat udara tanpa pemandu (UAV) dan peluru berpandu udara ke permukaan.
Namun begitu Hisar-A hanya mampu meneutralkan ancaman tersebut dari jarak sejauh 15 kilometer, tetapi Hisar-O dapat melakukan hal yang sama dari jarak 25 kilometer.
Hisar-O ini dikuasai oleh roket pendorong denyutan dua denyutan. Ia dipandu oleh sistem navigasi inersia (INS) yang menyokong pembetulan panduan radar permukaan melalui pautan data. Selepas cukup dekat dengan sasaran, Hisar-O akan beralih ke pelacak imej inframerah (IIR).
Pembangunan Sistem Pertahanan udara Turki ini dilakukan oleh dua Syarikat besar pertahanan Turki iaitu Aselsan dan Roketsan dan masing -masing diberikan tugas tertentu.
Aselsan ditugaskan untuk membangun dan menghasilkan radar, perintah dan kawalan, dan sistem kawalan tembakan, manakala Roketsan bertanggungjawab terhadap pembangunan peluru berpandu dan pendorongnya.
![]() |
Sistem Pertahanan udara HISAR-A, sistem misil dan radar dipasang pada kenderaan sama dan mampu beroperasi secara individu |
Selain dari misil yang diletakkan secara menegak, radar pengawasan udara 3D dan sistem elektro-optik / inframerah (EO / IR) juga dipasang serentak dan terletak di bahagian belakang kenderaan yang sama. Ini membolehkan ia beroperasi secara individu dan berasingan.
Sistem peluru berpandu Hisar-O, dipasang pada trak tentera chasis 6x6 Mercedes Benz. Setiap kenderaan peluncur ini mampu membawa sejumlah 6 unit pelancar peluru berpandu.
Sistemnya berbeza dengan HISAR-A kerana ia lebih menjurus kepada sistem bateri pertahanan udara dengan kenderaan perintah, kenderaan radar dan kenderaan peluncur peluru berpandu yang berasingan.
Sistem HISAR-A ini dilihat amat bersesuaian dengan Malaysia jika ingin mengoperasinya, kerana memiliki platform yang sama iaitu ACV ADNAN, hanya memerlukan pemasangan sistem sahaja pada platform yang telah tersedia.
sumber : armyrecognition, mmp, daily sabah