Kapal Coast Guard China yang menceroboh perairan Malaysia : foto MDSC |
Kedudukan kapal CG China dan Kapal KD Kelantan : foto MMP |
Nampaknya arahan dan amaran Tun M dan YB Mat Sabu kepada China supaya tidak meletakkan kapal perang dan kapal coast guard di Laut China Selatan sikit pun tidak dihiraukan oleh China.
China terus meletakkan kapal coast guard 3401 berhampiran Beting Patinggi Ali dan terus mengganggu kapal/bot awam yang berlayar behampiran.
Beting Patinggi Ali terletak sejauh terletak 80 batu nautika atau 107 kilometer dari Tanjung Baram, di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).
TLDM menghantar dua kapal korvet KD Kelantan dan KD Selangor untuk memantau keadaan di Beting Patinggi Ali dan kapal CG China Haijing 3401
Berita ni saya ambil dari facebook Malaysian Defence and Security Community dan facebook MMP untuk dikongsi dengan pembaca sekelian.
No comments:
Post a Comment