Tupolev Tu-22M pesawat pengebom strategik Russia |
Tupolev Tu-22M (juga dikenali sebagai Backfire) adalah pengebom serangan strategik jarak jauh dan maritim yang dibangunkan oleh Tupolev untuk Tentera Udara Soviet. Pesawat ini sedang berkhidmat dengan Tentera Udara Rusia dan Angkatan Laut Rusia (Aviation).
Rekabentuk pesawat ini adalah berdasarkan reka bentuk pesawat Tu-22 dan pertama kali diterbangkan pada bulan Julai 1971.
Pesawat ini digunakan terutamanya untuk melakukan serangan nuklear dan operasi serangan konvensional. Ia juga boleh digunakan dalam misi peninjauan anti-kapal dan maritim.
Kali pertama Tu-22M terlibat dalam misi pertempuran ialah di Afghanistan antara 1987 dan 1989. Versi Tu-22M3 digunakan oleh Rusia untuk operasi pengeboman di Chechnya pada tahun 1995. Terbaru ialah misi pengeboman di Syria menggunakan pesawat Tu-22M3 pada 2014.
Tupolev Tu-22M menggabungkan reka bentuk badan pesawat yang panjang dan sayap yang boleh berubah kedudukan (sweep wing). Versi Tu-22M3 pula mempunyai panjang 42.4 meter, jarak sayap maksimum 34.2 meter, dan ketinggian 11.05 meter. Berat kosong dan berat maksimum untuk pesawat berlepas masing-masing ialah 53,500kg dan 126,400kg.
Pesawat ini dilengkapi dengan hard point untuk membawa peluru berpandu Kh-22, peluru berpandu anti-radar Kh-15 atau Kh-15P dan FAB-250 atau FAB-1500 bom tanpa panduan (free fall).
Pilon pada sayap dan badan pesawat serta bahagian dalaman bay senjata disediakan dengan kapasiti untuk membawa 24,000 kg muatan bom.
Tu-22M juga dilengkapi dengan mesingan barrel berkembar GSH-23 (23mm) di bahagian ekor yang dikawal secara remote kawalan jauh.
Tu-22M gugurkan muatan bom |
Tu-22M3 dikuasakan oleh dua enjin turbofan Kuznetsov NK-25 dipasang di dalam badan dengan dua intake udara yang besar dan dua ekzos . Setiap enjin menghasilkan tujahan maksima 25,000kg dan menghasilkan bahan bakar yang menjimatkan.
Kemampuan pesawat ini, boleh terbang pada ketinggian maksimum 14,000meter pada kadar pendakian pesawat adalah 15m/saat. Kelajuan kruis 900km / jam dan kelajuan maksimum 2,300km / jam membolehkan ia beroperasi sehingga jarak 7,000km.
Jika dilengkapi dengan probe pengisian minyak diudara, jangkauan jarak pengoperasian boleh ditambah lagi.
sumber : airforce-technology.com
No comments:
Post a Comment