Thursday, September 19, 2019

DENEL SELESAI HANTAR 100 TURET AV8 KE MALAYSIA

Kenderaan berperisai AV8 Gempita
Syarikat Pertahanan milik Kerajaan Afrika Selatan iaitu Denel menerusi satu siaran media di laman sesawangnya menyatakan mereka telah menyelesaikan penghantaran ke 100 buah turet persenjataan modular yang dipasang pada Kenderaan Perisai AV8 Gempita yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Kos keseluruhan sistem turet keluaran Denel ini bernilai Euro 342 juta (RM 1.6 Billion) melibatkan 177 turet modular antaranya:

- 69 unit turet meriam GI30 30mm
- 54 unit turet meriam GI30 30mm dan 4 unit pelancar misil berserta 216 unit misil anti
       armor panduan laser Ingwe
- 54 unit Remote Weapon System 12.7mm Reutech Rogue.

Selain itu bersama dengan turet yang dihantar disertakan 216 misil anti-tank panduan laser Ingwe

Denel turut menyatakan turet-turet ini dibangunkan mengikut kehendak keperluan Malaysia yang mana disesuaikan pengunaannya dalam kawasan tropika dan hutan belantara yang dibangunkan oleh anak syarikatnya Denel Land System.

Denel turut menyatakan penglibatan mereka dalam projek AV8 Gempita adalah penting dalam perluasan Denel dalam pasaran pertahanan antarabangsa.

Denel juga terlibat dalam pertukaran teknologi dan kemahiran melibatkan vendor tempatan untuk memastikan produk keluaran Denel terus digunakan oleh Malaysia.

Sementara itu, AV-8 Gempita dijangka bakal selesai penghantarannya melibatkan 257 buah dengan 12 varian kombatan dan bukan kombatan pada tahun 2020 melalui RMK 11.

AV-8 Gempita menjadi penanda aras baharu industri pertahanan negara selain memastikan Tentera Darat Malaysia sentiasa dihadapan dengan teknologi baharu.

sumber : Malaysia Defence Review


3 comments:

FirePower said...

Good jib deftech

FirePower said...

Job

Yaudah said...


AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)