Thursday, September 12, 2019

THAILAND PESAN LPD TYPE 071E DARI CHINA

Landing Platform Dock type 071E yang akan menjadi milik tentera laut Diraja Thailand
Tentera Laut Diraja Thai telah memesan kapal landing platform dock Type 071E (LPD) dalam apa yang menjadi kontrak eksport pertama China untuk kapal kelas ini.

Upacara penandatanganan untuk versi eksport Tentera Laut China PLA Jenis 071 telah diadakan di China pada 9 September. Di laporkan bahawa harga sebuah LPD tersebut ialah 4 billion baht (USD 130 juta)

Kapal tersebut akan dibina oleh China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) tetapi butiran tentang pembinaan kapal dan jadual penghantaran tidak dinyatakan.

Setakat ini China telah memiliki enam kapal dari kelas ini manakala dua lagi dilancarkan pada 2018 dan 2019.
upacara menandatangani kontrak pembinaan LPD type 071E
Dilaporkan bahawa menjadi model khusus untuk perdagangan antarabangsa, Type 071E telah diintegrasikan dengan beberapa penambahbaikan dan peningkatan utama berbanding dengan prototaipnya, berdasarkan pengalaman China mengoperasikan Type 071 menjadikan ia platform yang proven dan matang.

LPD ini berukuran panjang 210 meter dan mempunyai berat sekitar 20,000 tan. Mampu mengendalikan helikopter, kapal ini dijangka akan digunakan untuk misi rondaan dan pengawasan, tugas logistik, membawa anggota tentera dan operasi bantuan bencana.

Type 071E dikuasakan oleh pendorong CODAD iaitu 4 enjin diesel dengan kelajuan maksimum 23 knot, kelajuan ekonomikal 18 knot dengan jarak operasi mampu mencecah 8,000 batu nautika.

Untuk persenjataan ia dilengkapi meriam 76mm H/PJ-26, 3 unit CIWS 30mm AK-630 dan 24 cell Pelancar Misil Jarak Dekat (VSHORAD) FL-3000N.

Dengan pembinaan dan perkhidmatan Platform Landing  Dock 071E, kapal itu akan menjadi kapal tentera laut terbesar dalam Royal Thai Navy, mengalahkan carrier HTMS Chakri Naruebet CVH-911 yang hanya mempunyai berat 11,000-ton.

Perbandingan antara kelas-kelas LPD 

sumber: Nairaland.com & Janes 360

2 comments:

FirePower said...

Malaysia bila lagi?

Yaudah said...

AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)