Thursday, October 22, 2020

ADAKAH 6 BOT NELAYAN CHINA DITAHAN APMM DI TANJUNG SEDILI ITU BETUL BOT NELAYAN ATAU....

Sebahagian bot-bot nelayan China yang ditahan di Tanjung Sedili oleh APMM : foto ihsan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan enam buah bot nelayan China di perairan Johor Timur semalam.

Penahanan keenam-enam buah bot nelayan China itu dilakukan oleh Zon Maritim Tanjung Sedili.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, pihaknya menerima maklumat tentang pencerobohan bot-bot nelayan China itu daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ).

“Kapal peronda APMM kemudiannya telah mengesan bot-bot nelayan itu dan mendapati kesemua bot itu berada pada kedudukan 2.1 dan 2.3 batu nautika selatan Tanjung Setapa.”

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bot nelayan China itu berdaftar di Qinhuangdoa dan dikendalikan oleh enam nakhoda serta 54 anak kapal berusia di antara 31 hingga 60 tahun, “ menurutnya.

Mereka katanya dalam perjalanan ke Mauritania.

Wang Yi ketika bertemu Datuk Hishammuddin di Putrajaya : foto internet

Apa yang menarik adalah, penahanan bot-bot dan nelayan China itu berlaku beberapa hari sebelum Menteri Luar China Wang Yi mengunjungi Malaysia untuk bertemu dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Adakah menteri luar China ini akan menyentuh isu ini ketika bertemu dengan Menteri Luar  Malaysia?

Secara hakikatnya, isu bot-bot nelayan itu adalah terlalu kecil untuk dibincangkan oleh kedua-dua Menteri Luar, kecuali jika apa yang ditahan oleh APMM dua hari lepas itu bukanlah bot nelayan.

Jika ia bukan bot nelayan, bot-bot apakah itu? adakah ia bot "militia maritim".

Pada ketika ini banyak negara menggunakan “militia maritim” dalam melaksanakan kerja-kerja sebagai anggota para militari untuk menegakkan tuntutan mereka dalam sesuatu pertikaian maritim, maka siasatan lebih terperinci terhadap “nelayan” China yang ditahan itu perlu dilakukan dengan lebih mendalam.

Menurut penganalisis barat, China dan Vietnam banyak menggunakan khidmat “militia maritim” dalam pertikaian tentang Laut China Selatan.

“Militia Maritim” yang menyamar sebagai nelayan akan bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada negara mereka tetapi mampu bertindak agresif jika dicabar.

Kapal Hai Yang Di Zhi 8  : foto Internet

Ketika kapal penyelidik marin Hai Yang Di Zhi 8 belayar di Laut China Selatan, kapal itu bukan sahaja diiringi oleh kapal-kapal pengawal pantai China tetapi juga bot-bot kecil umpama bot-bot yang menurut pertubuhan bukan kerajaan, Asia Maritime Transparency Institute (AMTI) adalah “militia maritime.” 

Bot-bot militia maritime ini boleh berada di sesuatu kedudukan sehingga berminggu hanya semata-mata untuk memerhati sasaran mereka.

Menurut admin Defence Security Asia, ia musykil kerana bot yang ditahan tidak menyerupai bot nelayan biasa tetapi lebih kepada bot pelbagai guna. Adakah ia survey vessel?

Jika tujuan mereka ke Mauritania, ianya sangatlah jauh dan mampukah bot sebegini tahan menghadapi ombak besar sepanjang perjalanan ke Benua Afrika?  Wallahualam…..

sumber : Defence Security Asia

1 comment:

cici said...

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny