Sunday, October 11, 2020

TENDER KENDERAAN PERISAI UNTUK MALBATT SEDANG BERJALAN

3 jenis MRAP yang mungkin akan masuk tender : foto internet

Tender 20 buah kenderaan perisai untuk pasukan pengaman MALBATT kini memasuki fasa pengenalan pesaing. Dilaporkan beberapa pengeluar kenderaan perisai dari Turki dijangka berkolaborasi dengan syarikat tempatan untuk bersaing mendapatkan kontrak berkenaan dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

Spesifikasi kenderaan perisai adalah sama seperti IAG Guardian yang digunakan ketika ini oleh pasukan MALBATT di Lubnan. Kenderaan perisai jenis 4x4 dan dari jenis "Mines-Resistant Ambush Protected" (MRAP). 

Ia akan dilengkapi perlindungan jenis "Slat Armor" yang mampu menahan letupan dari Pelancar Roket (RPG) dan periuk api. Dijangka sistem persenjataan automatik "Remote Weapon Station" (RWS) akan dipasang pada kenderaan perisai terbabit.

Nurol Makina Ejder Yalchin 4x4 merupakan kenderaan perisai MRAP tidak asing bagi Malaysia apabila diperkenalkan pada 2018 dengan  diuji oleh Tentera Darat Malaysia.

Dikuasakan oleh enjin diesel Cummins, ia memberi kuasa 300hp dan mampu mencapai kelajuan 110kmj dan jarak maksimum jangkauan 600km. 

Ejdet Yalchin 4x4 dilaporkan menerima tempahan besar dari beberapa negara antaranya Tunisia (70), Qatar (900) dan Uzbekistan (1024). 

Pengeluar kenderaan perisai Turki, BMC dijangka menawarkan kenderaan MRAP keluarannya iaitu BMC Kirpi. BMC Kirpi diasaskan dari kenderaan MRAP Hatehof Navigator dari Israel.

BMC Kirpi merupakan kenderaan perisai utama  untuk Angkatan Tentera Turki terdiri kenderaan perisai 4x4 dan 6x6. Kenderaan perisai BMC Kirpi kelihatan semasa pertempuran antara Turki dan Kurdiah di Utara Syria. Lebih 2000 buah BMC Kirpi pelbagai varian dalam pegangan Angkatan Tentera Turki dan turut digunakan oleh Tunisia dan Turkmenistan.

Otokar Kaya merupakan kenderaan perisai 4x4 jenis MRAP keluaran Otokar dari Turki. Ia diasaskan dari kenderaan taktikal Unimog 500 sama seperti kenderaan perisai Condor yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Otokar Kaya dikuasakan enjin diesel 4 silinder yang memberikan kuasa 218hp dengan kelajuan maksimum 96kmj dengan jarak maksimum operasi 800km.

Belum dipastikan penawaran telah dibuat atau tidak, tetapi dijangka perolehan ini penting mengantikan kenderaan perisai Condor yang digunakan oleh MALBATT yang telah digunakan di Somalia, Bosnia, Kosovo dan Timor Leste. 

Kerjasama antara syarikat Turki dan Malaysia adalah penting bagi pembangunan teknologi bersama. Namun ketika ini, Turki mengalami tekanan antarabangsa akibat campurtangan Turki di Krisis Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh (Armenia - Azerbaijan). 

Malaysia dijangka menjadi pilihan Turki untuk berkerjasama berikutan berikutan 2 negara telah lama mempunyai hubungan diplomatik yang baik. Ini penting bagi Turki bagi meredakan tekanan dan sekatan dengan Malaysia sebagai destinasi yang baik serta bebas dan berkecuali dalam isu antarabangsa.

sumber : Malaysia Defence Review

No comments: