Wednesday, September 8, 2021

SUBMESIN GAN COLT 9MM SMG (RO635)

Colt 9mm SMG, 9x19mm Parabellum

Colt 9mm SMG, atau Colt Model 635 (RO635) merupakan submesin gan dari siri keluarga raifal tempur M16 yang direka dan diperkenalkan pada tahun 1982 serta dihasilkan oleh Colt's Manufacturing Company. 

Submesin gan Colt 9mm mengaplikasikan sistem operasi Blowback dengan bolt tertutup, berbeza dengan standard sistem alat kerja "Direct Impingement" dari siri model M16, serta mempunyai ketepatan tembakan yang baik daripada submesin gan bolt terbuka seperti IMI Uzi. 

Selain itu, submesin gan Colt 9mm menggunakan kelopak peluru 9x19mn Parabellum dari submesin gan Uzi dengan kapasiti 20 butir atau 32 butir. Ukuran laras bagi submesin gan ini ialah 10.5 inci. 

Kadar tembakan (rate of fire) ialah 700 - 1000 pusingan per minit dan jarak efektif tembakan,100 meter

Varian submesin gan Colt 9mm:

- Colt Model 635 (RO635): Versi standard dengan "selective fire" mod tembakan Safe-Semi-Full Auto.

- Colt RO639: Versi standard dengan "selective fire" mod tembakan Safe-Semi-3-round Burst. 

- Colt RO633: Versi kompak dengan laras 7 inci,  penyangga hidraulik dan pembidik hadapan yang diringkaskan.

- Colt RO991: Versi yang diperkenalkan pada tahun 2010an, memperkenalkan sistem mod tembakan Safe-Semi-Auto dengan landasan pemasangan aksesori taktikal, iaitu Rail Integration System (RIS).

- Colt RO992: Sama dengan RO991, kecuali versi ini menggunakan sistem mod tembakan Safe-Semi-3 round burst.

- Colt R6951: Versi separa-automatik dengan laras 16.1 inci. 

Negara-negara pengguna bagi submesin gan Colt 9mm:

- Argentina

- India: Digunakan oleh unit anti-pengganas OCTOPUS Polis Andhra Pradesh.

- Israel : Digunakan oleh IDF Special Force

- Malaysia: Digunakan oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

- Amerika Syarikat: Digunakan oleh unit FAST (Fleet Anti-Terrorism Security Team) Kor Marin Amerika Syarikat (USMC), Perkhidmatan US Marshals, unit SWAT Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Biro Penjara Persekutuan Jabatan Keadilan AS (US DOJ), dan Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik AS (DSS). 

Juga digunakan oleh ejen Dan anggota unit taktikal Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) namun tidak lagi digunakan. Anggota Jabatan Tenaga AS (Department of Energy) juga menggunakan submesin gan ini untuk perlindungan dan kawalan fasiliti senjata nuklear.

Sumber : Group Pencinta Dunia Ketenteraan & Pertahanan

No comments: