Monday, October 18, 2021

BANGLADESH SEDANG TELITI PESAWAT EUROFIGHTER TYPHOON

Eurofighter Typhoon

Dengan ekonominya yang berkembang pesat, Bangladesh memulai rancangan pemodenan, yang meliputi pembelian pesawat tempur Barat untuk pertama kalinya dalam sejarahnya. 

BAF (Bangladesh Air Force) mencari pesawat tempur yang baru yang dikuasakan oleh dua enjin dengan sekurang-kurangnya 5,500 kg tujahan kering dan lebih dari 8,000 kg afterburner dan dengan sekurang-kurangnya lapan point pemasangan senjata beserta muatan minimum 5,000 kg.

Eurofighter Typhoon diyakini sebagai pelopor utama sementara Dassault Rafale dilihat sebagai pilihan kedua, menurut pakar.

Sekutu dan jiran yang dipercayai oleh Dhaka, India mengendalikan jet 'omnirole' Rafale buatan Perancis. Pada masa ini, Angkatan Udara Bangladesh memiliki armada sederhana hanya 44 pesawat tempur, di antaranya lapan adalah MiG-29 BM / UB sementara selebihnya adalah F-7BGI / BG / MB yang dibekalkan oleh China.

Walaupun MiG-29 baru-baru ini dimodernisasi oleh Belarus, pesawat ini tidak setanding dengan pesawat tempur generasi moden ke-4.5. Manakala F-7, MiG-21 yang di reverse-engineered dari China, semakin ketinggalan zaman.

pesawat F-7BGI Bangladesh Air Force

Ash Rehman, menulis untuk Dhaka Tribune, berpendapat bahawa Angkatan Udara Bangladesh (BAF) harus mencari pesawat yang tidak dimiliki oleh jirannya. Ia berpendapat :

1.  Memiliki pesawat yang serupa dengan "musuh" adalah kelemahan kerana mereka mengetahui kemampuannya seperti Rafale oleh India dan Sukhoi 30 oleh India dan China.

2. Jika BAF membeli Rafale dan jika atas sebab tertentu hubungan antara Perancis dan Bangladesh bermasalah, maka survival  pesawat tersebut segi alat ganti, persenjataan, maintenance dan lain-lain akan terjejas.

3. Beliau mencadangkann Typhoon di pilih kerana ia dihasilkan di pelbagai negara.

Bagaimanapun pendapat beliau disangkal oleh pakar aviation EurAsian Times dengan memberi hujah:-

1. Kedua-dua IAF dan PLAAF China menerbangkan versi Su-30 yang berbeza dan kedua-dua negara tersebut sudah lama berselisih faham. Sekiranya mempunyai pesawat yang serupa adalah kelemahan, mengapa IAF dan PLAAF masih menerbangkan pesawat asal Rusia tersebut?

2. Bangladesh mempunyai hubungan baik dengan India dan China. Mempunyai pesawat yang sama tidak akan menjadi masalah.

3. Jika Bangladesh membeli Rafale atau bahkan Sukhoi Su-30, ia merupakan satu kebaikan kerana IAF dapat membantu BAF dalam menjaga pesawat-pesawat ini kerana telah menyediakan kemudahan canggih di mana kedua pesawat dapat diperbaiki dan diselenggara dengan baik.

4. Eurofighter Typhoon dibina oleh sebuah konsortium negara-negara Eropah seperti UK, Jerman, Itali dan Sepanyol. Semua membuat bahagian yang berbeza untuk pesawat dan tidak ada satupun yang membina keseluruhan pesawat. 

Oleh itu, jika Bangladesh membeli Typhoon, itu harus dilakukan dengan baik dengan masing-masing dari empat negara ini kerana walaupun hubungan tegang dengan satu negara, pemeliharaan jet akan tetap terjejas. 

Bangladesh memerlukan lebih banyak pesawat pemintas dengan kemampuan serangan sekunder dan untuk itu, Typhoon dibuat khusus untuk peranan tersebut.

Tetapi jika Dhaka berperang pada masa akan datang, maka Rafale dengan kemampuan membawa muatannya yang mengagumkan dan rangkaian perlindungan diri SPECTRA adalah pesawat yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Baik Rafale mahupun Typhoon, kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam "air to air role" yang merupakan advantage kepada penggunanya.

sumber :eurasiantimes.com



No comments: