Monday, October 25, 2021

MIKOYAN MiG 33 (PROJEK 33)

Mikoyan MiG 33 ; foto internet
MiG-33 merupakan pembanggunan pesawat pejuang yang akhirnya diserahkan sebagai MiG-29. Ia merupakan salah satu varian daripada pembanggunan MiG-29 yang ditetapkan sebagai MiG-33. 

Penamaan MiG-33 telah dikaitkan dengan dua reka bentuk pesawat tempur Mikoyan yang berbeza. Ia bangunkan sebagai pesawat pejuang bermesin tempur ringan yang boleh dibandingkan dengan General Dynamics F-16 Fighting Falcon.

MiG-33 adalah permodenan dari MiG-29, dengan penambahbaikan di beberapa bahagian pesawat. Salah satu tujuan permodenan adalah menambahkan multifungsi dengan meningkatkan kemampuan udara ke udara dan udara ke darat dengan senjata berketepatan tinggi.

Ia menampilkan perubahan yang besar dalam jarak tempur berikutan peningkatan dalam kapisiti bahan api dalaman, papan antara-muka yang lebih baik dalam kokpit dan beberapa peralatan generasi baru yang lain.
Lebih formal untuk dikenali sebagai "Projek 33", kerja-kerja pembangunan reka bentuk bermula pada reka tahun 1980, tetapi dibatalkan pada tahun 1986 akibat dari perubahan keperluan Angkatan Udara Soviet ketika itu. 

Walau bagaimanapun, pada tahun 1998 China membeli data reka bentuk dan ujian dari Rusia untuk membantu mempercepatkan pembanggunan CAC/PAC JF-17 Thunder. 
 
Sebenarnya kesah MiG-33 mula diketahui ketika diperkenalkan di Farnborough Airshow 1994 sebagai nama pemasaran yang digunakan secara ringkas untuk model eksport MiG-29ME, MiG-29M Fulcrum-E, versi MiG-29 yang ditingkatkan secara komprehensif dan sepenuhnya. 

Walaupun hanya beberapa pesawat MiG-29M yang dibina (dan tidak ada yang dieksport), pesawat-pesawat ini telah berfungsi sebagai prototaip untuk pengembangan varian Fulcrum terbaru, paling maju, MiG-35.

MiG Izdeliye 33 : foto internet
Projek 33,

Sekitar tahun 1980, biro reka bentuk Mikoyan OKB memulakan program pembanggunan "strike fighter" ringan yang bermaksud menjadi pesaing langsung F-16 Fighting Falcon. Reka bentuk Mikoyan baru ini, yang diberi nama Izdeliye 33 (Izd 33) (dan diterjemahkan sebagai "Artikel 33", "Projek 33", "Produk 33", atau "Projek R-33"), adalah susun atur konvensional dan serupa dengan F-16. 

Ia dikuasakan oleh enjin turbofan Klimov RD-33 tunggal, mesin yang sama digunakan oleh MiG-29.

Walaupun pengujian terowong angin yang luas dilakukan pada reka bentuk, tidak ada prototaip yang dibangunkan sejak Angkatan Udara Soviet (VVS) menolak sokongannya terhadap konsep pesawat tersebut, sekitar tahun 1986. 

Program ini adalah salah satu daripada beberapa mangsa keperluan operasi VVS yang berubah, kekangan kewangan, dan keutamaan yang semakin meningkat untuk reka bentuk pelbagai peranan lebih menjadi keutamaan.

Super Fulcrum,

Pada awal 1990-an, Sukhoi dan Mikoyan menjadi popular seketika ketika menetapkan sebutan baru untuk model yang dipertingkatkan agar ia kelihatan "baru dan lebih baik" bukan sekadar "diperbaiki". VVS tidak menerima sebutan pemasaran tersebut dan kebanyakannya segera dihentikan. 

Berikutan inisiatif Sukhoi dalam pendekatan ini, tawaran pertama Mikoyan adalah MiG-29ME, yang pertama kali muncul sebagai MiG-33 di Pameran Udara Farnborough 1994. MiG-29ME adalah versi eksport MiG-29M (Produk 9.15) "Super Fulcrum", versi MiG-29 yang ditingkatkan secara komprehensif dan sepenuhnya.

Kesimpulanya MiG-33 adalah projek yang terhenti, dan dibangunkan dari projek Mikoyan MiG-29M (export model). - Mikoyan

sumber : Uniforms Conversation Group By Salman Al Farisy




No comments: