Tuesday, May 17, 2022

BOT CB90 TLDM JALANI REVIVE - KONSEP ZERO TO HERO

bot kombat CB90

Panglima Logistik Timur Laksamana Pertama Hj Satria Sarawak baru-baru ini telah menyempurnakan penerimaan Combat Boat (CB) 202 dari Limbungan Shin Yang Sdn Bhd setelah bot kombat  yang diperolehi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada penghujung 1990-an selesai menjalani program refit.

Projek refit CB 202 ini melakar sejarah apabila buat pertama kali bot kombat CB 90 menjalani projek senggaraan yang unik berkonsepkan Zero to Hero atau “revive”.

Ini kerana skop utama program refit itu melibatkan total repowering, major re-structure, extensive modification and significant survivability improvement terhadap bot combat terbabit.

Kesemua kerja tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya oleh anak tempatan tanpa melibatkan Original Equipment Manufacturer (OEM) luar negara.

Lebih membanggakan ialah usaha refit bot kombat CB 202 telah disiapkan mengikut obligasi kontrak tanpa Variation Order (VO).

Pendekatan konsep Zero to Hero bagi refit CB 202 dilaksanakan setelah mengambil kira kondisi CB 201 hingga CB 205 sejak perolehan pada penghujung tahun 1990an dan insiden tahun 2013.

Tahniah diucapkan kepada warga Navy People dan limbungan yang terlibat dengan projek refit CB 202 ini.

Semoga ianya menjadi inspirasi kepada warga Navy People untuk terus kreatif dan berinovasi demi kebaikan serta kecemerlangan TLDM.


Adalah dipercayai TLDM memperolehi sehingga 17 buah bot CB90 daripada syarikat Dockstavarvet daripada Sweden, yang merupakan anak syarikat kepada Saab Group.

Program refit terhadap bot kombat CB90 milik TLDM adalah antara usaha untuk mengatasi masalah keusangan aset-aset yang dimilik oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baru-baru ini, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Reza Mohd Sany berkata  kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya telah beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

Beliau berkata, program pengurusan aset usang sedang dijalankan sementara menunggu ketibaan aset baru.

Pengurusan aset usang itu dilakukan menerusi tiga pendekatan merangkumi repowering (kuasa semula), obsolescence programme (program aset usang) dan obsolescence management (pengurusan aset usang).

Untuk maklumat lanjut, bot kombat CB90 telah dibangunkan oleh syarikat pembuat bot Sweden, Dockstavarvet yang merupakan sebahagian daripada syarikat Saab.

Ia siap dibangunkan pada tahun 1991 dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diketahui sebagai diantara negara di Asia Tenggara yang menggunakannya.

Bot CB 90 ini boleh berfungsi sebagai antaranya bot penyerang pantas, bot rondaan atau bot bantuan kepada pasukan khas, selain boleh juga digunakan untuk bot pemantauan dan pengumpulan maklumat perisikan.

Pada ketika ini terdapat lebih daripada 250 buah bot CB90 sedang berkhidmat dengan pelbagai tentera laut seluruh dunia.

Panjang keseluruhan bot CB90 ini adalah kira-kira 15 meter dan memiliki berat kira-kira 18 tan, selain boleh membawa 21 orang anggota tentera lengkap bersenjata dan 4.5 tan kargo.

Untuk persenjataan bagi bot ini, ia boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan 40mm pelancar grenad serta peluru berpandu jarak anti kapal jarak dekat seperti RBS17.

Bot ini mencapai kelajuan 44 knot dengan jarak maksimum operasi pada kadar 20 knot adalah 440km.

sumber : Defense security Asia



No comments: