Wednesday, May 25, 2022

EKSESAIS TAMING SARI 21/2022 DI UTARA SELAT MELAKA

Penembakan Misil Exocet MM40 dari kapal KD Lekir

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyaksikan pelaksanaan Eksesais TAMING SARI Siri 21 tahun 2022 serta eksesais penembakan misil EXOCET MM40 bertempat di Langkawi.

Beliau telah diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang.

Eksesais ini melibatkan 1,250 warga TLDM, TUDM dan APMM. Turut digerakkan 10 buah kapal, 5 buah Fast Combat Boat (FCB), 3 pesawat TLDM, 3 pesawat TUDM dan 2 pesawat APMM sepanjang ianya berlangsung.

Dalam tembakan kali ini, peluru berpandu EXOCET MM40 telah dilancarkan dari KD LEKIR di perairan Selat Melaka Utara dan tepat pada sasaran.

Kejayaan penembakan ini turut membuktikan bahawa ATM sentiasa menyelenggara baik peralatan serta senjata sedia ada, termasuklah sistem misil milik TLDM.

Turut hadir bersama, Timbalan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima- Panglima Perkhidmatan.

Dato' Seri Hishammuddin diiringi oleh Panglima Angkatan tentera menyaksikan penembakan misil exocet 

sumber : mymilitarytimes.com



No comments: