Monday, February 25, 2008

PELANCAR ANTI-KERETA KEBAL CARL GUSTAV

Carl Gustav merupakan nama yang sinonim bagi Senjata Anti Kereta kebal 84mm dari Bofors Anti Armour AB di Sweden. Mula diperkenalkan pada tahun 1946, dan sementara senjata yang hampir sama jenis dan sezaman dengannya sudah hampir luput tetapi Carl Gustav masih lagi digunakan sehingga sekarang dikebanyakan negara.

Carl Gustav telah dihasilkan oleh Hugo Abramson and Harald Jentzen dari Royal Swedish Arms Administration (KAFT). Diguna pakai oleh tentera Sweden pada tahun 1948 dan dikenali sebagai 8.4 cm GranatgevÃĪr m/48 (Grg m/48), mempunyai peranan yang serupa dengan US Army Bazooka, British PIAT and German Panzerschreck.

Carl Gustav kemudiannya di ekspot ke seluruh dunia dan menjadi salah satu senjata anti kereta kebal utama untuk kebanyakan tentera Eropah Barat. Dalam tahun 1964 versi yang telah ditingkat upaya diperkenalkan, dikenali sebagai M2 untuk menggantikan versi asal. Manakala versi terbaru dikenali sebagai M3 diperkenalkan pada tahun 1991.

Posisi penembakan Carl Gustav boleh dilakukan secara berdiri, melutut, keadaan duduk dan juga posisi meniarap. Apabila penembakan dilakukan diatas permukaan rata kebiasaanya ia disokong dengan bipod yang dilekapkan dibahagian hadapan tempat letak bahu. Ianya boleh dikendalikan oleh dua orang anggota, anggota pertama membawa dan melakukan penembakan manakala anggota kedua membawa dan mengisi peluru. Peluru yang digunakan ialah dari jenis HEAT, HEDP untuk memusnahkan kubu (Bunker), HE dan Peluru Asap (flare atau starshell).


Antara negara-negara asia yang masih menggunakan Carl Gustav ialah India, Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Singapura, Jepun dan Malaysia.







             




Spesifikasi Pelancar Carl Gustav

Kaliber: Pelancar 84mm rifled (24 lands/progressive twist).
Anggota: 1 minima, 2 optima
Berat : 14.2 kg (M2); 8.5 kg (M3); 0.8 kg (mount)
Panjang: 1,065 mm.
Sistem suapan :Hinged Breech
Kadar tembakan : 6 butir peluru per minit.
Alatan pandang: Optical Teleskop 3x; Sistem LSF & II (laser range finder & image intensification)








Sunday, February 24, 2008

MESINGAN M-60 7.62 mm

Mesingan M60 mula diperkenalkan pada tahun 1957 oleh tentera Amerika. Menggunakan peluru standard NATO iaitu 7.62 x 51 mm dan digunakan sebagai senjata sokongan kepada pasukan.

Mempunyai barel yang mudah dibuka pasang untuk mengelakkannya daripada mengalami keadaan panas lampau semasa penggunaanya. Boleh dipasang pada tripod dan juga Bipod. Mesingan M60 ini menggunakan sistem penyejukan udara dan gas.

Ianya masih digunakan di setiap unit tentera Amerika dan juga pasukan tentera yang lain. Senjata ini masih lagi dikeluarkan dan ditingkat upaya untuk kegunaan tentera dan juga secara komersial. Terdapat beberapa variasi M60 yang telah ditingkat upaya dari masa ke semasa iaitu:-

M60E1 (Versi yang telah ditingkat upaya tetapi tidak pernah di keluarkan)

M60E2 (Versi ini direka untuk kereta perisai dan senjata pertahanan helikopter dikenali mesingan co-axial),

M60E3 (Versi senjata ringan)
M60E4 (Versi tingkat upaya yang mengambil kira rekaan Mk 43 Mod 0 oleh Tentera Laut Amerika).

M60D ( Versi mesingan fleksibel digunapakai dalam Helikopter penyerang UH-1, H-2, UH-60 Black Hawk dan CH-47 Chinook)

Jarak tembakan yang efektif bagi Mesingan M6O ini ialah 1100 meter dengan menggunakan Tripod. Senjata ini diopersikan oleh 2 atau 3 orang anggota (Penembak, Pembantu dan Pembawa peluru), kerana ianya sukar untuk dikendalikan oleh seorang anggota.

Jumlah peluru yang mampu dibawa oleh anggota (penembak) untuk sesuatu operasi iaitu 200 ke 1000 butir, manakala pembantu membawa barel spare, peluru tambahan, mengisi peluru dan pencari sasaran bagi penembak dan pembawa peluru pula membawa peluru tambahan dan tripod.

Mesingan M60 kemudiannya digantikan sepenuhnya dengan versi M240 (Medium machine gun) dalam inventori tentera Amerika dan dalam tahun 1980 peranan M60 sebagai Skuad senjata automatik ( Squad Automatic Weapon) telah digantikan dengan versi M249.

Data Spesifikasi M60

Panjang: 42.4 inci (107.70 sentimeter)

Berat: 18.75 pound (8.51 kilogram)

Diameter dalam: 7.62mm (.308 inci)

Jarak mak tembakan efektif : 3609.1 kaki (1100 meters)

Jarak Maksimum : 2.3 batu (3725 meter)

Muzzle velocity: 2800 kaki (853 meter)

Kadar tembakan per saat :Insani: 550 butir per minit, Auto: 100 butir per minit.

Jenis peluru diguna : M61 Armour percing, M62 Tracer, M80 Ball dan M63 Dummy.




................................