Thursday, August 30, 2018

SISTEM PERTAHANAN UDARA TURKI - HISAR-A DAN HISAR-O

Sistem pertahanan udara (darat ke udara) HISAR-O melakukan ujian tembakan
Negara Turki telah berjaya menghasilkan Sistem misil Pertahanan Udara Jarak rendah (Hisar-A) dan Sistem misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana di kenali sebagai Hisar-O.

Ini dibuktikan dengan kejayaan Roketsan  menjalankan ujian sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara (SAM) jarak sederhana Hisar-O di Aksaray, Turki tengah pada 3 Disember 2016.

Sistem peluru berpandu HÄ°SAR-O ini bertujuan untuk melindungi pangkalan tentera, anggota tentera, pelabuhan, dan aset strategik negara yang lain terhadap ancaman dari udara di ketinggian sederhana.

Hisar-A dan Hisar-O berperanan memusnahkan pesawat sayap kaku dan berputar, misil kruis, pesawat udara tanpa pemandu (UAV) dan peluru berpandu udara ke permukaan.

Namun begitu Hisar-A hanya mampu meneutralkan ancaman tersebut dari jarak sejauh 15 kilometer, tetapi Hisar-O dapat melakukan hal yang sama dari jarak 25 kilometer.

Hisar-O ini dikuasai oleh roket pendorong denyutan dua denyutan. Ia dipandu oleh sistem navigasi inersia (INS) yang menyokong pembetulan panduan radar permukaan melalui pautan data. Selepas cukup dekat dengan sasaran, Hisar-O akan beralih ke pelacak imej inframerah (IIR).

Pembangunan Sistem Pertahanan udara Turki ini dilakukan oleh dua Syarikat besar pertahanan Turki iaitu Aselsan dan Roketsan dan masing -masing diberikan tugas tertentu.

Aselsan ditugaskan untuk membangun dan menghasilkan radar, perintah dan kawalan, dan sistem kawalan tembakan, manakala Roketsan bertanggungjawab terhadap pembangunan peluru berpandu dan pendorongnya.

Sistem Pertahanan udara HISAR-A, sistem misil dan radar dipasang pada kenderaan sama dan mampu beroperasi secara individu
Sistem peluru berpandu HISAR-A dilancarkan pada kenderaan berperisai FNSS ACV-30. Semua operasi penembakan dilakukan dari dalam kenderaan. Ia dapat melindungi krew dari tembakan mesingan dan serpihan letupan peluru meriam.

Selain dari misil yang diletakkan secara menegak, radar pengawasan udara 3D dan sistem elektro-optik / inframerah (EO / IR) juga dipasang serentak dan terletak di bahagian belakang kenderaan yang sama. Ini membolehkan ia beroperasi secara individu dan berasingan.

Sistem peluru berpandu Hisar-O, dipasang pada trak tentera chasis 6x6 Mercedes Benz. Setiap kenderaan peluncur ini mampu membawa sejumlah 6 unit pelancar peluru berpandu.  

Sistemnya berbeza dengan HISAR-A kerana ia lebih menjurus kepada sistem bateri pertahanan udara dengan kenderaan perintah, kenderaan radar dan kenderaan peluncur peluru berpandu yang berasingan.

Sistem HISAR-A ini dilihat amat bersesuaian dengan Malaysia jika ingin mengoperasinya, kerana memiliki platform yang sama iaitu ACV ADNAN, hanya memerlukan pemasangan sistem sahaja pada platform yang telah tersedia.

sumber : armyrecognition, mmp, daily sabah


 

Monday, August 20, 2018

KAPAL COAST GUARD CHINA 3401 MENCEROBOH LAGI DI BETING PATINGGI ALI

Kapal Coast Guard China yang menceroboh perairan Malaysia : foto MDSC
Kedudukan kapal CG China dan Kapal KD Kelantan : foto MMP
Kapal Coast Guard China dilihat menceroboh lagi di sekitar perairan Beting Patinggi Ali.

Nampaknya arahan dan amaran Tun M dan YB Mat Sabu kepada China supaya tidak meletakkan kapal perang dan kapal coast guard di Laut China Selatan sikit pun tidak dihiraukan oleh China.

China terus meletakkan kapal coast guard 3401 berhampiran Beting Patinggi Ali dan terus mengganggu kapal/bot awam yang berlayar behampiran.

Beting Patinggi Ali terletak sejauh terletak 80 batu nautika atau 107 kilometer dari Tanjung Baram, di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

TLDM menghantar dua kapal korvet KD Kelantan dan KD Selangor untuk memantau keadaan di Beting Patinggi Ali dan kapal CG China Haijing 3401

Berita ni saya ambil dari facebook Malaysian Defence and Security Community dan facebook MMP untuk dikongsi dengan pembaca sekelian.  

Tuesday, August 14, 2018

JEPUN LANCAR KAPAL PEMUSNAH PELURU BERPANDU BARU - MAYA (179)

Kapal Pemusnah Peluru Berpandu Balistik baru Angkatan Laut Jepun - Maya (179)
Jepun telah melancarkan kapal  pemusnah peluru berpandu baru yang pertama dalam  kelasnya dengan keupayaan pertahanan peluru berpandu balistik, untuk menguatkan pertahanannya terhadap ancaman peluru berpandu dari Korea Utara.

Kapal Pemusnah yang diberi nama Maya, no penant 179 merupakan kapal pertama pemusnah peluru berpandu yang dihasilkan dari 27 buah kelas Atago yang di pesan oleh Tentera Laut Jepun (JMSDF). ia dibina di limbungan kapal Isigo Ward di Yokohama.

Kapal seberat 8700 tan dan panjang 170 meter ini merupakan versi tingkat upaya dari kelas Atago (improved Atago) di lengkapi dengan sistem tempur Aegis Baseline J7 dan sistem radar Northrop Grumman AN / SPQ-9B, yang menyediakan keupayaan untuk mengesan dan menjejaki sasaran peluru berpandu anti-kapal yang berkelajuan rendah, berkelajuan tinggi dan rendah dalam persekitaran yang berat.

Sistem tempur Aegis
Sistem aegis Baseline J7  buatan Jepun ini adalah setara  dari segi keupayaannnya dengan Aegis Baseline 9 / BMD 5.1 yang standard buatan A.S

Sistem Aegis terdiri daripada komputer berkuasa, radar dan sistem pelancaran peluru berpandu yang mampu menjejaki berpuluh-puluh sasaran serentak dan menembak beberapa peluru berpandu sekaligus.  

Para pegawai pertahanan Jepun berharap ia akan menjadi salah satu kapal Angkatan Laut Jepun yang paling kuat dengan penggunaan versi terbaru sistem tempur Aegis yang paling canggih yang boleh di linkkan dengan rangkaian tempur tentera laut A.S.

Melalui sistem ini Kapal pemusnah Maya mampu melancarkan peluru berpandu SM3 Block IIA versi paling terkini melalui sistem pelancar menegak MK41 (MK41 Vertical Launching System)

Pelancar menegak peluru berpandu ( VLS MK41)
Gambar 3D pelancar menegak (VLS Mk41)
Selain dari peluru berpandu SM3, ia juga akan membawa peluru berpandu permukaan ke udara RIM-66 Standard Missile-2 (SM-2) dan RIM-162 Misil Sea Sparrow Evolved (ESSM). kesemua misil ini boleh dilancarkan dari sel VLS Mk41 kapal pemusnah Maya.

Sistem persenjataan lain ialah Japan Type 90 (SSM-1B) misil anti kapal, 2 unit mesingan CIWS Mark 15 20 mm,  2 unit torpedo dipasang dalam konfigurasi tiga tiub, 1 unit meriam Mk 45 Mod 4 127 mm 62 kaliber , dipasang dalam bentuk Stealth shape. Dibuat oleh syarikat Japan Steel Works di bawah lesen Amerika dari pengilang asalnya.
 
Enjin Kapal ini dikuasakan, oleh gabungan diesel-elektrik dan gas, atau CODLAG, dan boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 30 knot.

Dikendalikan oleh 300 kru kapal termasuk pegawai. 

Pelancaran Kapal pemusnah ini telah mendapat respon dari pihak China dengan menyatakan kapal tersebut berpotensi menyasarkan China serta mengancam negara-negara lain dan menurut pakar dari China sesekali keselamatan mutlak direalisasikan oleh Jepun dan Amerika Syarikat, mereka boleh menyerang negara-negara lain tanpa rasa bersalah.

sumber : the Diplomat & Malaysia insider 


 


Thursday, August 9, 2018

PESAWAT PENGEBOM CHINA BERUPAYA TERBANG KE SELAT MELAKA

Pesawat pengebom jarak jauh China H6-K
Beijing, 5 Jun – Pakar pertahanan di China menyatakan bahawa pesawat pengebom China berupaya untuk melakukan rondaan di Selat Melaka.

Ini melihat dengan keupayaan  dan kejayaan pesawat pengebom H-6K PLAAF (Tentera Udara Rakyat Republik China) melaksanakan operasi pendaratan di pulau-pulau di Laut China Selatan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan di laman China Military Online.

“Selat Melaka merupakan satu laluan perairan penting yang berhubung dengan Laut China Selatan dan mempunyai kepentingan tersendiri dari segi ketenteraan dan ekonomi,” kata Lan Shunzheng dalam satu wawancara yang dikendalikan  oleh Science and Technology Daily.

“Jika pesawat pengebom tersebut digunakan untuk meronda di Selat Melaka, kawasan-kawasan sekitarnya akan turut terkesan dari langkah pencegahan sebegini,” tambah beliau sambil  menyatakan bahawa China berupaya untuk melakukan rondaan tersebut walaupun mempunyai kemungkinan bahawa negara itu tidak akan berbuat demikian.

Wang Mingliang, pakar pertahanan dari China turut menyatakan kejayaan China untuk menerbangkan dan mendaratkan pesawat pengebom di Laut China Selatan sekaligus mempertingkatkan keupayaan China untuk bertindak balas terhadap pelbagai ancaman maritim di kawasan sekitar.

Laporan media Rusia pula menyatakan bahawa kekuatan tentera laut China (PLAN) dan tentera udara China (PLAAF) mempunyai kekuatan sendiri dari segi kekuatan logistik dengan melihat bilangan pesawat penangki dan kapal-kapal tangki yang boleh diaturgerak di kawasan sekitar perairan Laut China Selatan.

“Jarak penerbangan biasa pesawat pengebom H-6K adalah sekitar 6,000 kilometer dan mampu untuk sampai ke Selat Melaka,” jelas Lan Shunzheng. “Namun, pesawat-pesawat ini masih perlu untuk memerlukan sokongan logistik yang baik untuk melakukan rondaan dan tindak balas di kawasan rondaan,”

“China mempunyai pengalaman tersendiri di kawasan Laut China Selatan dan kemungkinan pesawat H-6K dan peralatan sokongan perlu diubahsuai dan ditambah baik untuk disesuaikan dengan keadaan operasi di kawasan maritim,” tambah Lan Shunzheng.

Sumber : Airtimes

Thursday, August 2, 2018

UPACARA FIRST STEEL CUTTING KAPAL LMS DI CHINA

Model LMS untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijadual menerima kapal pertama misi pesisir (LMS) yang kini dalam pembinaan pada 31 Dis tahun depan sebelum menerima kapal kedua pada 31 Mac 2020.

Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, fasa reka bentuk LMS telah selesai dan kini memasuki fasa pembinaan kapal keseluruhannya yang mengambil tempoh kurang 18 bulan termasuk proses pemasangan peralatan dan sistem kapal serta aktiviti ujian di pelabuhan dan di laut.

“Ini merupakan tempoh paling singkat pernah dilaksanakan dalam sejarah pembinaan kapal perang TLDM. Sejumlah 21 pegawai, jurutera dan anggota daripada TLDM serta Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) kini berada di China sepanjang pembinaan bagi mengawasi serta mengurus projek pembinaan, sekali gus menjaga kepentingan kerajaan sejajar dengan keperluan kontrak,” menurut kenyataan itu.

Upacara First Steel Cutting (FSC), simbolik bermulanya fasa pembinaan kapal sejurus selesai reka bentuk, bagi LMS TLDM yang pertama dilaksanakan di Wuchang Shipbuilding Industrial Group (WSIG), Shuangliu, China.

Ia disempurnakan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang turut disaksikan Pengarah Urusan BNSSB Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, pihak China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) dan China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Pembinaan LMS adalah satu daripada lima kelas atau jenis kapal yang dilulus kerajaan di bawah program transformasi armada TLDM ‘15 to 5’ dan ​bakal menjadi pemangkin kepada industri pembinaan kapal di dalam negara.

Melalui kontrak perolehan yang dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat pembinaan kapal tempatan iaitu BNSSB pada 23 Mac tahun lepas, TLDM bakal menerima empat LMS dengan nilai kontrak RM1.17 bilion termasuk kos latihan komprehensif bagi bakal warga kapal.

BNSSB dengan kerjasama China Shipbuilding Offshore and International Corporation LTD sedang melaksanakan pembinaan dua LMS di Wuchang Shipyard, China dan diikuti dua buah lagi di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pemindahan teknologi serta menyumbang kepada peningkatan keupayaan pembinaan kapal perang tempatan.

Menurut kenyataan itu, pembinaan kapal LMS ketiga dan keempat di negara ini akan dilaksanakan serentak pada pertengahan tahun depan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya dan dipantau oleh beberapa jurutera dari syarikat China.

Kerjasama dengan negara China selaku peneraju dalam bidang itu mampu meningkatkan keupayaan negara untuk menjadi pengeluar kapal perang yang kompetitif di rantau ini, selain meningkatkan peluang pekerjaan serta ekonomi negara menerusi penglibatan syarikat tempatan dan antarabangsa.

Perolehan itu akan mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan dan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan China serta membuka peluang pembangunan industri maritim yang lain.

sumber: Defense Studies