Exocet, peluru berpandu anti-kapal dari Perancis yang boleh dilancarkan dari beberapa platform seperti pesawat, helikopter, kapal perang dan kapal selam.
Semua peluru berpandu mempunyai sistem asas yang sama iaitu tahan dalam semua-cuaca, sea-skimming, tembak-dan-lupa (fire and forget), radar petunjuk dan di gerakkan oleh motor roket pepejal dwi teras pada kelajuan transonik.
Ianya bertujuan untuk menyerang kapal-kapal perang yang besar dan juga kecil pada jarak sederhana seperti kapal jenis Pemusnah (Destroyer), Frigat dan Korvet.