Tribunal PCA antara China dan Filipina adakah ia adil??? |
PCA membuat keputusan setelah melihat China tidak mempunyai hak-hak sejarah terhadap kawasan ‘sembilan sempang’ seperti yang didakwa negara itu, sekali gus memberi kemenangan kepada Filipina yang mencabar tuntutan negara tersebut dalam pertikaian yang berlarutan sejak sedekad lalu.
Malangnya, China masih lagi ego dalam isu berkenaan dan tidak akan tunduk sama sekali kepada keputusan yang dibuat oleh PCA itu.
“Keputusan ini tidak sah serta tidak mempunyai kekuatan. China tidak menerima dan tidak mengiktirafnya.
“Beijing tidak menerima apa-apa cara penyelesaian pertikaian oleh pihak ketiga atau sebarang penyelesaian yang dikenakan kepada China,” jelas Kementerian Luar China setelah keputusan diumumkan oleh PCA.
Malah, Timbalan Menteri Luarnya, Liu Zhenmin turut memberi amaran kepada mana-mana pihak bahawa keputusan PCA itu hanya akan mencetuskan konflik yang lebih besar di rantau Asia dan mengancam zon pertahanan udara di kawasan tersebut.
Menurut Zhenmin, Beijing memiliki hak untuk membina zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) di kawasan terbabit walaupun perkembangan itu memberi kuasa kepada pihak tentera China bertindak terhadap pesawat asing.