Showing posts with label APMM. Show all posts
Showing posts with label APMM. Show all posts

Thursday, October 13, 2022

OPV PERTAMA APMM BERJAYA DILANCARKAN

OPV APMM -Tun Fatimah

PUTRAJAYA, 11 Okt – Kapal Peronda Luar Pesisir yang pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya dilancarkan ke air di Pelabuhan Klang, pada Isnin.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, OPV 1 dilancarkan ke air di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang jam 5.57 pagi dengan menggunakan sistem pelancaran ‘Air Balloon’.

“Selepas ini pihak THHE akan menghidupkan dan mentauliah sistem kapal, membuat ujian di laut serta menyediakan latihan kepada kru kapal selama tiga bulan sebelum majlis penyerahan kapal OPV 1 kepada APMM dibuat pada awal tahun 2023,

“Kapal OPV 1 berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar itu berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kapal yang direka bentuk ini mengikut reka bentuk kapal Damen 1800 itu, berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

“Selepas diserahkan kepada APMM kelak, OPV 1 dijangka akan beroperasi di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali di Sarawak,” ujarnya.

Kapal OPV 1 yang dinamakan Tun Fatimah itu sepatutnya dilancarkan pada 13 Sept yang lalu sebelum tarikh pelancarannya dilanjutkan kepada 10 Oktober.

Pelancaran kapal itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Malaysia, Anis Rizana Mohd Zainudin, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ahmad Firdaus Baharudin serta ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan TH Heavy Engineering Berhad.

sumber : airtimes network

Thursday, March 18, 2021

FUNGSI PESAWAT CL-415 MILIK APMM

Pesawat Bombardier CL-415 milik APMM : foto dari Airliners.net

Sebut sahaja pesawat CL-415 milik APMM, sudah pastinya terbayang gambaran di kepala, pesawat tersebut sedang memadamkan kebakaran dari udara. 

Ya, itulah imej yang seringkali dipaparkan di media massa tentang keupayaan pesawat ini. Lantas masyarakat membina  persepsi bahawa itulah fungsi utama pesawat CL-415 APMM. 

Malah APMM sendiri kelihatan tidak berusaha untuk menerangkan fungsi sebenar pesawat keluaran firma Bombardier dari Kanada ini.

Jadi jika tiada misi memadamkan kebakaran, adakah pesawat hanya bersantai di stesen udara APMM? Jawapanya tentulah sama sekali tidak. Jadi apa fungsi utama pesawat CL415 APMM ini? 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa fungsi utama pesawat CL-415 APMM adalah melakukan misi rondaan untuk memantau keadaan serta keselamatan kawasan martitim negara. 

Dengan ertikata lain ia memikul tanggungjawab untuk melakukan misi rondaan maritim. APMM mengoperasikan dua buah pesawat CL-415MP dimana ia sebenarnya adalah merupakan varian pesawat rondaan maritim bagi CL-415. 

Untuk tujuan itu, pesawat CL-415MP APMM dilengkapi dengan kepala penderia elektro-optik SeaFLIR 2 lengkap dengan kamera video dan kamera infra merah yang membolehkannya menangkap gambar dan video dalam kepekatan malam. Berbeza dengan pesawat maritim yang lain, kepala penderia elektro-optik pesawat tidak dipasang di bawah muncung pesawat  sebaliknya ia ditempatkan di bawah sayap kiri pesawat. 

Disamping itu ia turut dilengkapi dengan dua radar maritim pandang sisi atau Side Looking Airborne Radar jenis MSS-6000 untuk pemantauan jarak jauh lengkap dengan sistem AIS. Kesemua penderia dan aset sistem dikawal oleh seorang operator misi menerusi konsol kawalan. Untuk misi rondaan maritim, pesawat lazimnya membawa 4 orang krew.  

Jadi, pesawat CL-415MP APMM mempunyai tiga fungsi utama iaitu rondaan maritim, SAR dan memadamkan kebakaran.

Sumber : Malaysia Military Power

Wednesday, February 10, 2021

APMM KAWAL KETAT SEMPADAN PERAIRAN NEGARA

APMM di perairan Sabah : foto dari Internet

Sepanjang 2020, pasukan Maritim membawa banyak kejayaan dalam mengekang penyeludupan dan cubaan individu memasuki negara secara haram.

Kawasan perairan sempadan tanah air antara Malaysia dan Indonesia, di kawasan Mentadak, Pulau Sebatik, berkeluasan 442 batu nautika, yang mempunyai banyak lorong tikus, memberi cabaran besar kepada pasukan keselamatan negara.

Namun kedaulatan negara harus dipertahankan dari terus dibolosi oleh pencoroboh dan kawalan sempadan perairan negara semakin dipertingkatkan melalui pelaksanaan Op Cegah PATI COVID-19, sejak April 2020.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Tawau, antara pasukan keselamatan yang terlibat langsung bersama ESSCOM, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Siva Kumar Vengadasalam, sepanjang tahun 2020, pasukannya berjaya mengekang aktivit penyeludupan dan cubaan individu memasuki negara ini secara haram.

“Sepanjang tahun 2020, pasukan Zon Maritim Tawau telah membuat sebanyak 32 tangkapan ke atas pelbagai kesalahan dan juga sebanyak 10,424 pemeriksaan dijalankan.

“Antara tangkapan profil tinggi melibatkan dadah jenis syabu seberat 17 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM1.5 juta,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

Ujar Siva Kumar, pihaknya juga berjaya merampas nilai barangan hampir RM3 juta.

Bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Kapal KM Pintar APMM juga diletakkan setiap hari selama 24 jam berhampiran sempadan perairan untuk menghalang kemasukan PATI melalui jalan laut bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sebanyak 10 buah bot pasukan keselamatan pelbagai agensi seperti APMM, PPM, ESSCOM dan TLDM dikerahkan dalam tugasan itu selama 24 jam setiap hari.

Sumber  : Astro Awani

Thursday, December 3, 2020

OPV PERTAMA APMM SEDIA UNTUK DILANCARKAN

OPV pertama APMM no pennamt 8305

Di dalam tempoh terdekat ini, kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) pertama no 8305 milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang sedang dibina dijangka siap sepenuhnya bagi membolehkan agensi negara itu menguatkuasakan undang-undang maritim negara dengan lebih berkesan.

OPV pertama ini dikatakan bakal dilancarkan pada 28 November tetapi ditunda ke tarikh lain yang tidak diberitahu.

APMM bakal dilengkapi dengan tiga buah kapal OPV yang baharu, dengan yang pertama tidak lama lagi manakala dua lagi pada tahun depan.

foto dari internet

Kapal OPV yang direkabentuk mengikut rekaan Damen 1800 itu berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

Kapal OPV milik APMM ini berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar dan berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil. Kapal-kapal OPV itu dibina oleh THHE-Destini dengan kontrak telah dianugerahkan pada 2017.

Ia bakal dilengkapi dengan meriam, berkelajuan 21 knot dengan dilengkapi fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter, bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan bilik rawatan serta bilik tahanan.

setelah dilancarkan MMEA akan perolehi kapal OPV mereka yang pertama

Kapal OPV ini juga didatangkan bersama radar X dan ‘S band’ bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas serta boleh menempatkan 70 orang anak kapal dengan 20 penumpang dalam satu masa bagi melaksanakan operasi di laut.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri baru-baru ini juga menyatakan,  Kementerian Dalam Negeri juga dalam proses memajukan permohonan bagi perolehan Multi Purpose Mission Ship (MPMS) atau kapal induk yang dilengkapi dengan peralatan canggih berteknologi tinggi serta berkemampuan membawa 6 unit fast interceptor craft dan UAV.

sumber : Defence Security Asia


Thursday, October 22, 2020

ADAKAH 6 BOT NELAYAN CHINA DITAHAN APMM DI TANJUNG SEDILI ITU BETUL BOT NELAYAN ATAU....

Sebahagian bot-bot nelayan China yang ditahan di Tanjung Sedili oleh APMM : foto ihsan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan enam buah bot nelayan China di perairan Johor Timur semalam.

Penahanan keenam-enam buah bot nelayan China itu dilakukan oleh Zon Maritim Tanjung Sedili.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, pihaknya menerima maklumat tentang pencerobohan bot-bot nelayan China itu daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ).

“Kapal peronda APMM kemudiannya telah mengesan bot-bot nelayan itu dan mendapati kesemua bot itu berada pada kedudukan 2.1 dan 2.3 batu nautika selatan Tanjung Setapa.”

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bot nelayan China itu berdaftar di Qinhuangdoa dan dikendalikan oleh enam nakhoda serta 54 anak kapal berusia di antara 31 hingga 60 tahun, “ menurutnya.

Mereka katanya dalam perjalanan ke Mauritania.

Wang Yi ketika bertemu Datuk Hishammuddin di Putrajaya : foto internet

Apa yang menarik adalah, penahanan bot-bot dan nelayan China itu berlaku beberapa hari sebelum Menteri Luar China Wang Yi mengunjungi Malaysia untuk bertemu dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Adakah menteri luar China ini akan menyentuh isu ini ketika bertemu dengan Menteri Luar  Malaysia?

Secara hakikatnya, isu bot-bot nelayan itu adalah terlalu kecil untuk dibincangkan oleh kedua-dua Menteri Luar, kecuali jika apa yang ditahan oleh APMM dua hari lepas itu bukanlah bot nelayan.

Jika ia bukan bot nelayan, bot-bot apakah itu? adakah ia bot "militia maritim".

Pada ketika ini banyak negara menggunakan “militia maritim” dalam melaksanakan kerja-kerja sebagai anggota para militari untuk menegakkan tuntutan mereka dalam sesuatu pertikaian maritim, maka siasatan lebih terperinci terhadap “nelayan” China yang ditahan itu perlu dilakukan dengan lebih mendalam.

Menurut penganalisis barat, China dan Vietnam banyak menggunakan khidmat “militia maritim” dalam pertikaian tentang Laut China Selatan.

“Militia Maritim” yang menyamar sebagai nelayan akan bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada negara mereka tetapi mampu bertindak agresif jika dicabar.

Kapal Hai Yang Di Zhi 8  : foto Internet

Ketika kapal penyelidik marin Hai Yang Di Zhi 8 belayar di Laut China Selatan, kapal itu bukan sahaja diiringi oleh kapal-kapal pengawal pantai China tetapi juga bot-bot kecil umpama bot-bot yang menurut pertubuhan bukan kerajaan, Asia Maritime Transparency Institute (AMTI) adalah “militia maritime.” 

Bot-bot militia maritime ini boleh berada di sesuatu kedudukan sehingga berminggu hanya semata-mata untuk memerhati sasaran mereka.

Menurut admin Defence Security Asia, ia musykil kerana bot yang ditahan tidak menyerupai bot nelayan biasa tetapi lebih kepada bot pelbagai guna. Adakah ia survey vessel?

Jika tujuan mereka ke Mauritania, ianya sangatlah jauh dan mampukah bot sebegini tahan menghadapi ombak besar sepanjang perjalanan ke Benua Afrika?  Wallahualam…..

sumber : Defence Security Asia

Sunday, October 11, 2020

APMM SARAWAK AKAN TERIMA OPV BARU PADA SUKU PERTAMA TAHUN DEPAN

OPV terbaru Maritim Malaysia : foto Internet

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak akan menerima kapal peronda luar pesisir (OPV) terbaru selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan, kata Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di sini hari ini, Mohd Zubil berkata tiga OPV berharga kira-kira RM700 juta, kini sedang dibina di Klang dan apabila siap, mereka akan dihantar ke Sarawak, Sabah dan Pahang.

Katanya, OPV, berukuran 83 meter dan lebar 13.7 meter, yang mampu melakukan rondaan di laut sehingga 30 hari tanpa harus kembali ke pangkalan dan dapat membantu membendung masalah pencerobohan asing.

"Dengan adanya aset baru lain seperti OPV, kemampuan kita dalam memantau pencerobohan air termasuk oleh nelayan haram dapat ditingkatkan dengan lebih baik," katanya.

Selain OPV, Mohd Zubil berkata, APMM juga akan memiliki empat helikopter bersaiz sederhana tambahan yang dijangka dihantar pada akhir tahun ini.

Setakat ini, katanya MMEA memiliki 261 bot dan kapal, enam helikopter dan dua pesawat Bombardier.

Sementara itu, Mohd Zubil menasihati nelayan di negeri ini untuk mengutamakan keselamatan mereka dengan memakai jaket keselamatan ketika mereka berada di laut.

Katanya, walaupun bukan tugas APMM untuk memantau keselamatan nelayan, kadar kelangsungan hidup mereka akan sangat tinggi jika mereka memakai jaket keselamatan.

"Sekiranya seseorang tidak memakai jaket keselamatan, kadar kelangsungan hidupnya mungkin akan bertahan selama berjam-jam bertahan berbanding lapan jam atau lebih jika memakai jaket keselamatan," tambahnya.

Fungsi pagi ini turut menyaksikan Zubil menyaksikan penyerahan tugas antara pengarah Laksamana Pertama APMM Sarawak, Laksamana Pertama (Maritim) Robert Teh Geok Chuan dan pengarah negeri yang baru Kapten (Maritim) Zin Azman Md Yunus.

Teh, yang pernah menjadi pengarah APMM Sarawak selama dua tahun terakhir dari 28 Mei 2018 hingga 21 September, tahun ini akan bersara tahun depan, sementara Zin Azman sebelumnya adalah timbalan pengarah APMM Sarawak.

sumber : Borneo Post



Saturday, September 26, 2020

APMM LETAK KAPAL 24/7 DI BETING PATINGGI ALI

Kapal APMM sedang shadow kapal CG china : sumber internet



















.

Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa berada berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) bagi mengawasi kapal pengawal pantai China.

Ketua APMM Miri Md Fauzi Othman berkata, kapal APMM itu akan berada di kedudukan itu 24/7 (24 jam 7 hari seminggu) bertujuan memelihara kedaulatan negara.

Di dalam  jargon ketenteraan/keselamatan, kapal APMM itu akan “shadow” kapal pengawal pantai China itu di Beting Patinggi Ali.

“Ia tidak dapat dinafikan bahawa kapal pengawal pantai China sentiasa berada di lokasi itu,” katanya sebagaimana dipetik oleh akhbar Borneo Post di Miri.

Beliau berkata, kapal pengawal pantai China itu berada di perairan berhampiran Beting Patinggi Ali sejak 2013 dan pihak APMM turut bertindak dengan meletakkan asetnya di kawasan itu sepanjang masa bagi mengawasi kapal negara Komunis itu.

Walaupun kapal-kapal APMM dan China hanya berada 20 batu nautika di antara satu sama lain, tetapi tidak pernah berlaku konfrontasi sesama mereka.

Hanya kapal-kapal milik Malaysia dan China berada di perairan itu, katanya sambil menambah, ia tidak melibatkan negara lain.

Beting Patinggi Ali hanya terletak 84 Batu Nautika daripada pantai Bintulu, di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Menurut data daripada Marine Traffic sebagaimana dipetik oleh portal Malaysiakini, kapal Pengawal Pantai China (CCG 5202) berada di perairan Beting Patinggi Ali pada Julai lepas.

Kehadiran kapal CCG 5203 turut dikesan dari 23 Disember tahun lalu hingga 13 Jan tahun ini; 16 Jan hingga 1 Februari; 6 Februari hingga 17 Februari, dan 2 April hingga 23 Mei.

Kapal CCG 5204, sementara itu, dikesan dari 17 Februari hingga 2 April dan dari 22 Mei hingga 7 Julai.

Set data tersebut juga menunjukkan kapal CCG hanya direkodkan sebagai “Pengawal Pantai China” dan dikesan berhampiran Luconia Shoals dari 13 Jan hingga 16 Jan.

Berdasarkan set data, tempoh antara 2 Februari dan 5 Februari adalah satu-satunya tempoh tahun ini di mana tiada kapal CCG di Beting Patinggi Ali.

Baru-baru ini, Jabatan Audit Negara di dalam laporannya mengatakan kapal-kapal milik Pengawal Pantai China dan Tentera Laut China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019, terutama di Beting Patinggi Ali.

Beijing mendakwa memiliki “hak bersejarah” di Laut China Selatan termasuk Beting Patinggi Ali.

Bagaimanapun, tuntutan China itu yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

sumber : Defence Security Asia

Monday, September 21, 2020

APMM TERIMA 7 BUAH BOT PEMINTAS BARU

Upacara penyerahan Bot pemintas kepada APMM : foto dari APMM

PORT DICKSON, 17 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima 7 buah bot pemintas yang bernilai RM 6.3 juta bagi memperkukuhkan pengoperasian Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan oleh pasukan itu di sepanjang perairan Selat Melaka.

Terdapat beberapa model bot yang diterima oleh APMM antaranya P38 dan P9 keluaran UES LLC dari Oman dan selebihnya tidak diketahui.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, 7 unit bot pemintas pelbagai jenis ini akan diagihkan kepada beberapa negeri dan zon bagi memperkasakan lagi penguatkuasaan di laut.

“Pasukan Tindakan Khas (PTK) akan menerima 2 unit bot pemintas ini, manakala APMM Negeri Perak, APMM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Zon Maritim Kuala Kurau serta Zon Maritim Batu Pahat masing-masing bakal memperoleh satu unit bot pemintas yang baharu ini,

“Manakala APMM Kuala Perlis bakal menerima satu unit bot pemintas pada awal Oktober depan. Keutamaan agihan bot pemintas ini diberikan kepada APMM Negeri dan Zon yang berdekatan dengan perairan negara jiran dan terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, dadah dan sebagainya,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi APMM, hari ini.

Zubil berkata, kesemua bot pemintas ini dinamakan sebagai “Kelas Benteng” selaras dengan perolehan aset berikutan keperluan bagi mempertingkatkan penguatkuasaan Op Benteng di bawah National Task Force (NTF).

“Sejak Op Benteng dilancarkan sehingga Ogos 2020, APMM telah memeriksa sebanyak 22,815 vesel dengan 190 tangkapan atas pelbagai kesalahan,

“Daripada keseluruhan tangkapan, 107 tangkapan melibatkan kes berkaitan perikanan manakala 27 kes tangkapan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI), 18 lagi melibatkan kes penyeludupan dan lain-lain sebanyak 38 kes. Maritim Malaysia juga turut merampas pelbagai barangan yang melibatkan kes dan dianggarkan bernilai RM10 juta,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat tempatan supaya terus bekerjasama dengan semua agensi penguat kuasa maritim dan tidak menjadi tali barut kepada penjenayah.

“Penduduk setempat tidak boleh memberi maklumat atau memberi sebarang bantuan kepada mereka kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab ini akan mengugat keselamatan dan keamanan negara,

“Ianya juga selaras dengan usaha kerajaan dalam menyekat penyebaran wabak COVID-19,” ujarnya. 

sumber : airtimes.my & MMP

Wednesday, October 23, 2019

PELAN APMM UNTUK MENGOPERASIKAN ARMADA 9 OPV

Aset APMM (Malaysia Coast Guard) : foto 2121studio.com
Coast Guard Malaysia, yang juga dikenali sebagai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), merancang untuk mengendalikan sembilan Kapal Patrol Luar Pesisir (OPV) seperti terbukti dalam konvensyen penamaan OPVnya.

Dua OPV terdahulu, KM Langkawi (ex KD Jagat) dan KM Banggi (bekas KD Marikh) yang diperolehi daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (RMN) diberi nama ciri maritim di Malaysia (pulau-pulau, selat dll) dengan APMM.

Walau bagaimanapun, perolehan KM Pekan (bekas JCG Erimo) dan KM Arau (bekas JCG Oki) yang diperoleh dari Pengawal Pantai Jepun (JCG) menetapkan satu hal baru dalam penamaan konvensyen kapal-kapal MMEA sekurang-kurangnya ketika mengenai kapal-kapal yang hull besar seperti OPV dan Cutters.

Pekan dan Arau adalah bandar-bandar kerajaan negeri Kesultanan Melayu Pahang Darul Makmur dan Perlis Indera Kayangan.
OPV baru dari kelas Damen 1800 untuk APMM yang sedang dibina
Tiga OPV baru yang sedang dibina di Pulau Indah berhampiran Pelabuhan Klang akan dinamakan sempena bandar-bandar diraja Kota Bharu (Kelantan Darul Naim), Kuala Kangsar (Perak Darul Ridzwan) dan Seri Menanti (Negeri Sembilan Darul Khusus).

Telah dilaporkan bahawa akhirnya dua OPV kelas Langkawi akan bersara dengan itu menjadikan satu keperluan untuk mendapatkan empat lagi OPV.

Ini boleh menjadi cabaran kerana dana terhad yang boleh disediakan untuk mendapatkan lebih banyak kapal di masa hadapan.

APMM meminta dua Seabases yang boleh diatur gerak untuk membolehkan agensi itu mengekalkan kehadiran berterusan di kedua-dua belah Laut China Selatan. Keperluan sedemikian tidak mungkin timbul disebabkan oleh dana terhad yang diperuntukkan kepada agensi.

Agensi pengawal pantai baru-baru ini dipindahkan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) ke Kementerian Dalam Negeri yang juga bertanggungjawab untuk agensi keselamatan negara yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia (RMP).

RMP baru-baru ini memohon dua buah bot rondaan kelas PZ, yang dikenali sebagai kapal patrol kelas Ramunia agar dikembalikan supaya Polis Marin dapat mengerahkan mereka ke Timur Sabah sebagai kapal Induk (Motherships).

Ini telah memberi tekanan selanjutnya kepada APMM akibat kekurangan aset.

OPV Rotoiti dan Pukaki dari Royal New Zealand Navy
Mungkin APMM dan Kerajaan ingin mempertimbangkan beberapa pilihan yang baru-baru ini berlaku. Tentera Laut Diraja New Zealand (RNZN) baru-baru ini telah mempersarakan dua kapal Patrol Inshore Kelas Lake, HMNZS Pukaki dan HMNZS Rotoiti yang berkhidmat hanya selama 10 tahun.

Pilihan lain adalah OPV yang direka oleh India. Semasa lawatan oleh kapal penyelidikan Tentera Laut India, INS Sagardhwani, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia berkata,

"Kami ingin berkongsi kepakaran teknikal dan kejuruteraan kami dalam bidang industri keselamatan, pertahanan dan maritim, demi kepentingan negara-negara lain.

"Dan Malaysia sangat dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam program usahasama mungkin dalam pembinaan kapal, sama seperti kita berkongsi pengetahuan teknikal dan latihan dalam banyak aspek lain,"

OPV Vikram Class - India Coast Guard
Seperti yang dicadangkan oleh Marhalim Abbas dalam blognya, lebih baik mengambil peluang untuk membeli OPV kelas Vikram yang dibina oleh Lourssen & Toubro untuk Pengawal Pantai India (ICG), dengan kos RM120 juta bagi setiap kapal, 

MMEA dapat memenuhi Keperluan 9 OPV pada kos yang lebih murah, hampir separuh kos untuk membina tiga kelas OPVs Kota Bharu yang berdasarkan reka bentuk Damen 1800 OPV.

sumber : malaysiaflyingherald


Wednesday, May 29, 2019

PERANAN UTAMA APMM (MARITIM MALAYSIA)

Berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara
Baru-baru ini timbul tentang ura-ura untuk meletakkan APMM (Maritim Malaysia) di bawah KDN dengan alasan pertindihan tugas dengan Polis Marin.

Mengenai isu ini MMP (Malaysia Military Power) ingin mengupas peranan dan fungsi sebenar APMM ini diwujudkan.

APMM ditubuhkan pada Februari 2005 setelah Akta APMM 2005 mendapat kelulusan Parlimen dan Agong pada masa itu. APMM berperanan menguatkuasakan undang –undang maritim berdasarkan jarak operasi maritim 200 batu nautika dari pantai negara kita.

Penubuhan APMM ini dilihat mengurangkan beban tugas yang kerap kali ditanggung oleh TLDM dalam pengawasan zon maritim EEZ. Ramai yang mengatakan mengapa tidak diberikan kepada Polis Marin.

Suka diingatkan bidang kuasa Polis Marin sangat lah terhad. Polis secara azali dari dulu hanya menjaga keamanan di dalam Negeri sahaja.

Pekara ini juga terpakai kepada Polis Marin yang mana Polis Marin diberikan keutamaan tugasan perairan negara pada jarak 12 batu nautika yang melibatkan jenayah dan rondaan keselamatan.

Untuk pengetahuan, China Coast Guard sebenarnya sejak tahun 2018 telah diletakkan dibawah pemerintahan tentera sepenuhnya.

APMM peranan nya sama dengan US Coast Guard atau Coast Guard negara lain iaitu menguatkuasakan undang-undang maritim di Zon EEZ.

APMM juga dilihat sebagai Badan Bukan Ketenteraan di zone EEZ yang mana kehadirian nya di Zon EEZ dilihat sebagai penguatkuasa yang sah oleh kerajaan Malaysia.

Antara peranannya :-

1. Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

2. Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

3. Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.

4. Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).

5. Menjalankan pengawasan udara dan pantai.

6. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.

7. Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.

8. Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.

9. Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.

10. Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.

11. Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau
perang.

Contoh peristiwa fungsi APMM ini penting seperti kes Kapal-kapal China Coast Guard yang menghampiri beting patinggi Ali di bintulu. China secara total memang kerap gunakan Coast Guard mereka menceroboh perairan spartly kerana apa?

Negara –negara seperti Malaysia,Filipina dan Vietnam tidak boleh melakukan provakasi ketenteraan ke atas mereka yang mana China akan gunakan alasan untuk serangan balas.

Oleh yang demikian seperti peristiwa pencerobohan beting patinggi Ali. Kapal Peronda APMM dikerah mengawasi dan menghalau Kapal China Coast Guard yang 10 kali ganda besar saiz dair kapal peronda APMM.

                     China Coaat  Guard                      
Ingat satu kapal China Coast Guard pada masa itu jenis Frigate type 218. So dari insiden berkenaan kita nampakkan betapa kritikalnya APMM dalam isu pertelagahan zon EEZ ini dan kerana APMM ini laa Malaysia boleh bertegas dalam isu kedaulatan EEZ nya tanpa perlu provakasi dari Tentera.

Bagi MMP, cadangan untuk dipindahkan di bawah KDN tidak laa salah dan tidak laa betul. APMM kalau pada hemah MMP perlu dibawah ATM kerana nya fungsi nya yang lengkap dengan anggota bersenjata dan asset-aset yang boleh dikatakan memiliki kemudahan ketenteraan yang separa lengkap.

Bidang tugas APMM ini jelas besar dan tidak boleh dipikul bersama dengan Polis Marin. Mereka perlu diberikan hak dan kebebasan untuk jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan tersusun.

MMP tidak melihat APMM menangkap penjenayah,pati dan kapal-kapal penceroboh menjadi masalah kepada Polis dan Imigresen, sebab ATM dari dahulu terlibat dalam operasi menahan dan menangkap penyeludup dan pati di sempadan negara. ATM juga serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

So Kalau ATM boleh kenapa APMM dikatakan penindihan kuasa pulak?

Sumber : Malaysia Military Power


Wednesday, April 24, 2019

APMM SEMPORNA TAHAN DUA LELAKI SELUDUP MINYAK PETROL


Semporna, 23 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki berhampiran perairan Pulau Bum Bum dekat sini, selepas cuba menyeludup keluar 150 tong berisi minyak petrol ke Filipina, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pihaknya yang menjalankan tugas rutin terserempak sebuah bot kargo dikendalikan dua lelaki warga Filipina berumur 60 dan 40 tahun itu dalam keadaan mencurigakan sebelum bot itu ditahan pada 8 malam.

“Kedua-dua lelaki yang tidak memiliki dokumen diri sah itu bertindak meloloskan diri apabila menyedari kehadiran bot pasukan keselamatan.

“Namun, anggota penguat kuasa mengejar dan menahan bot suspek, hasilnya terdapat 150 tong minyak petrol dianggarkan bernilai RM24,500 dalam ruangan bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Norrimi, tangkapan kes penyeludupan itu merupakan yang kedua bagi tahun ini selepas Februari lepas yang mana kegiatan menyeludup bahan bakar ditumpaskan APMM.

Susulan itu, katanya APMM Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan daerah ini.

Katanya, orang ramai disaran memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat aduan kepada pusat operasi pasukan keselamatan menerusi talian 089-782619 atau MERS 999.

sumber : Bernama

Monday, July 9, 2018

APMM PERLUKAN 3 KAPAL BARU " MOTHER SHIPS" UNTUK TUGASAN RONDAAN

KM Pekan 90 meter merupakan antara kapal PV terbesar dalam APMM

KUCHING: Kerajaan akan diminta untuk memperoleh sekurang-kurangnya tiga kapal pelbagai misi bagi tugas pengawal pantai di Laut China Selatan, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ketua Pengarah Maritim (APMM)  Zulkifli Abu Bakar berkata untuk permulaan sekurang-kurangnya tiga kapal serbaguna tersebut akan mencukupi.
Kapal baru itu akan menjadi kapal "kapal induk" yang mampu membawa sekurang-kurangnya enam bot, krew, pegawai, peralatan dan bekalan logistik yang mencukupi untuk beroperasi di laut sehingga 21 hari, untuk menjalankan rondaan dan penguatkuasaan.
Beliau berkata APMM sentiasa mencari cara yang lebih baik untuk memastikan kecekapan operasi yang lebih baik dalam menjaga perairan negara dan melaksanakan operasi yang kos efektif, dengan menggunakan asetnya lebih optimum. 
"Kapal Induk lebih baik, lebih menguntungkan dan ekonomik untuk beroperasi," katanya.
Kapal berbilang misi akan lebih besar daripada kapal rondaan luar pesisir dan akan dapat bertahan di laut untuk tempoh yang lebih lama dengan julat yang lebih panjang. "Tidak semestinya mahal, mungkin sekitar RM300,000 seunit," katanya.
APMM telah menerima tiga kapal peronda generasi baru, manakala tiga lagi sedang dalam pembinaan, dan menandatangani kontrak bagi tiga kapal rondaan luar pesisir (OPV) berukuran 83 meter panjang dan 13.7 meter lebar, yang dijangka siap pada tahun 2020.

Model OPV untuk APMM di bina oleh Syarikat tempatan Destini Sdn Bhd siap tahun 2020
"Cabaran terbesar MMEA sekarang adalah pencerobohan nelayan asing di perairan kita, dan terdapat juga kes-kes yang melibatkan syarikat-syarikat tempatan bersekongkol dengan nelayan asing untuk secara haram mengeksport pendaratan makanan laut kita," katanya.
Beliau menambah dari segi rompakan laut, tidak ada banyak kes yang dilaporkan, MMEA telah mengadakan risikan untuk memerangi aktiviti itu, sebagai tambahan kepada rondaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran.
"Kita memerlukan kapal patroli untuk tujuan pengawasan dan mengendalikan kes-kes di laut kita, dan tidak memerlukan negara asing untuk menghantar kapal perang misalnya, untuk kes ini," katanya.
Laksamana Zulkifli berada di sini untuk penyerahan tugas pengarah wilayah MMEA Sarawak di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di Muara Tebas.
Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit, 60, yang telah berkhidmat dengan APMM sejak tahun 2005, menyerahkan tugas kepada Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan.
sumber : FMT

Tuesday, December 12, 2017

KM SRI AMAN ASET TERBARU APMM

NGPC kedua APMM - KM Sri Aman
KUCHING, 4 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menambah satu lagi aset kapal perondanya hari ini dengan pengoperasian ‘Kapal Ronda Generasi Baharu’ (NGPC) yang dinamakan KM Sri Aman.

Majlis perasmian pengoperasiannya yang berlangsung di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di Muara Tebas, kira-kira 25km dari sini disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata kapal peronda ini merupakan yang kedua daripada enam buah yang dibina untuk APMM oleh syarikat tempatan berpangkalan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Kapal NGPC pertama KM Bagan Datuk, disiapkan sekitar Mac lepas, dan baki empat kapal ronda dijangka akan disiapkan secara berperingkat, dengan kapal keenam dijangka siap pada suku pertama 2019.

Zulkifli berkata pengoperasian kapal ini merupakan cerminan komitmen dan inisiatif kerajaan dalam memastikan kepentingan dan keselamatan laut Malaysia terpelihara, apabila aktiviti penguatkuasaan APMM sentiasa diperhebatkan.

KM Sri Aman dengan no penant 4542
“Cabaran utama yang perlu ditangani oleh APMM adalah ancaman seperti jenayah rentas sempadan, keganasan maritim, ‘illegal salvaging of wrecks’, dan pengeksploitasian sumber laut secara haram,” katanya.

Beliau berkata dengan tanggungjawab besar yang dipikul APMM sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim dan cabaran alaf baharu yang dihadapi.

Perolehan NGPC adalah bertepatan pada waktunya bagi membolehkan semua tugas pengawalan dan penguatkuasaan APMM dilaksanakan dengan lebih efektif di kawasan perairan Malaysia.

Menurutnya kapal NGPC akan memberikan pulangan modal kepada kerajaan secara umumnya dan kepada APMM secara khususnya, terutama dengan adanya program kolaborasi industri yang melibatkan pemindahan teknologi, pengetahuan dan latihan berkaitan dengan kapal NGPC oleh syarikat yang dilantik.

Sementara itu APMM Wilayah Sarawak berharap agar satu daripada tiga kapal ronda luar pesisir pantai (OPV) yang dibekalkan kepadaa APMM, akan ditempatkan di kawasan perairan Sarawak.

Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Ismaili Bujang Pit berkata kawasan perairan Sarawak yang luas, merangkumi 239,605km persegi atau 39 peratus daripada kawasan perairan Malaysia memerlukan aktiviti pengawasan sentiasa ditingkatkan bagi mencegah pencerobohan nelayan asing ke kawasan perairan Malaysia.

sumber – Bernama


Monday, March 27, 2017

SMASH 30MM ASELSAN UNTUK OPV BARU APMM


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memilih SMASH 30 mm sistem senjata stabil kawalan jauh tentera laut dari syarikat pertahanan Turki Aselsan untuk tiga kapal baru  peronda pesisir pantai (OPV) yang diperolehi dari pembinaan kapal tempatan dengan usahasama THHE Destini.

Bercakap kepada Jane di Maritim Antarabangsa Langkawi dan pameran Udara Langkawi (LIMA) pada 22 Mac, seorang pegawai dari perkhidmatan ini juga telah mengesahkan bahawa sistem itu akan dijadikan sebagai senjata utama bagi OPV, dan ia akan dilengkapi dengan mesingan 12.7 mm  menghadap kedudukan kiri dan kanan.

Jenis yang sama senjata sebelum ini telah dipilih bagi perkhidmatan untuk satu lagi kelas baru NGPC dari Destini Shipbuilding & Engineering: iaitu meriam utama 44 mm untuk New Generation Patrol Craft (NGPC).