Wednesday, January 29, 2020

PEMBANGUNAN KETENTERAAN NEGARA JIRAN - THAILAND

Kereta Kebal terbaru milik RTA T84 Oplot.
Thailand dilaporkan akan membelanjakan USD 7.6 Billion untuk kententeraan pada 2020 bagi mengukuhkan pasukan Angkatan Tentera Thailand menerusi Bajet Tahunan yang diumumkan Kerajaan Thailand untuk Kementerian Pertahanan Thailand.

Thailand telah lakukan transformasi sejak 2017 untuk memastikan Angkatan Tentera Thailand terus releven terutama Tentera Darat DiRaja Thailand (RTA).

Satu Program Jangka Masa Panjang untuk Transformasi dan Penstrukturan 2017 - 2026 dibentuk bagi memastikan RTA mampu mengantikan aset usang dan berusia selain melakukan Kajian dan Pembangunan (R&D) penghasilan produk ketenteraan buatan tempatan.

Kereta kebal VT4 sebanyak 49 unit di tempah
Ia dimulakan dengan perolehan Kereta Kebal baharu bagi mengantikan kereta kebal "vintage" Perang Dingin M-41A3 Walker Bulldog dengan Kereta Kebal buatan Ukraine T-84 Oplot dan Kereta Kebal buatan China VT-4.

Perolehan T-84 Oplot dilakukan pada 2011 namun penyerahan 48 buah kereta kebal berkenaan alami kelewatan dan hanya selesai diserahkan pada 2018 berikutan Krisis Perang Saudara Ukraine.

Akibat dari kelewatan penyerahan, pada 2017, Thailand dilaporkan membuat perolehan 49 buah kereta kebal VT-4 dari China. Dilaporkan RTA telah menerima kesemua 48 unit kereta kebal berkenaan.
Kereta kebal vintage M41 Wlker Bulldog
Kereta kebal vintage M60 Patton

Thailand masih lagi mempunyai stok simpanan kereta kebal "vintage" Perang Dingin berjumlah 500 buah yang terdiri dari jenis M-60 Patton, M-48 Patton, M-41 Walker Bulldog dan Stingray.

RTA juga mempunyai simpanan stok kenderaan perisai tempur infantri "vintage" V-150 sebanyak 150 buah yang bakal diganti oleh BTR-3E1 dari Ukraine, VN-1 dari China dan M1126 Stryker dari Amerika Syarikat.

Tiga model yang di tempah Royal Thailand Army (RTA) untuk menggantikan model V-150
Pada 2010, Thailand telah menempah sejumlah kenderaan perisai BTR-3E1 dari Ukraine bagi mengantikan V-150. Dilaporkan 288 buah ditempah dengan beberapa unit dipasang secara tempatan secara berlesen. Sebanyak 238 buah BTR-3E1 telah diterima RTA.

Pada 2019, Thailand telah menerima pakej kenteraan dari Amerika Syarikat berupa 60 buah M1126 Stryker dari Amerika Syarikat. Ia merupakan stok simpanan Tentera Darat Amerika Syarikat dan penyerahan kesemua 60 buah telah selesai. Dilaporkan Thailand berminat menambah lagi 60 buah M1126 Stryker.

Selain itu, Thailand dilaporkan menempah 38 buah VN-1 dari China pada 2019. Terdapat laporan Thailand menambah lagi 73 buah lagi VN-1. Kumpulan pertama 38 buah VN-1 dijangka diserahkan pada tahun 2020-2021.


sumber :-Malaysia Defence Review-


Monday, January 20, 2020

INDONESIA MAHU BATAL KONTRAK KAPAL SELAM KOREA DAN CARI PILIHAN LAIN

Kapal Selam KRI-Nagapasa dari kelas Chang Bogo
Indonesia dilaporkan mahu membatalkan kontrak tambahan 3 buah kapal selam Kelas Chang Bogo keluaran Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan dengan mengantikannya dengan 4 buah Kapal Selam Scorpene keluaran Naval Group dari Perancis.

Indonesia sebelum ini telah menempah 3 buah Kapal Selam Kelas Chang Bogo pada 2011 dengan kapal pertama terima oleh Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) pada 2017 dengan diberi nama kapal selam Nagapasa.

Kemudian pada 2019, Indonesia menambah lagi 3 buah Kapal Selam Kelas Chang Bogo dengan perjanjian pemindahan teknologi serta lesen kebenaran memasang kapal selam berkenaan di Indonesia dengan dana diperolehi menerusi pinjaman bank secara kredit dari bank di Korea Selatan.

Dilaporkan Indonesia tidak berpuashati dengan keupayaan dengan prestasi Kapal Selam Chang Bogo terutama membabitkan bateri, Sistem Pengurusan Pertempuran (CMS) termasuk torpedo dan misil gagal dilancarkan.

Dengan lawatan Menteri Pertahanan Indonesia ke Perancis dilaporkan berminat dengan kapal selam Scorpene dari Perancis. Pada 2016, Perancis dilaporkan menawarkan varian mini Kapal Selam Scorpene iaitu Scorpene 1000.

Scorpene 1000 mempunyai berat kira-kira 1000 tan sahaja berbanding varian penuh Scorpene mempunyai berat 1500 tan ke 2000 tan.

Dianggap kapal selam halimunan (Stealth), varian mini Scorpene masih mengekalkan ciri varian penuh Scorpene namun kekurangan jumlah misil dan torpedo serta tiub torpedo dikurangkan.

Mini Scorpene dilengkapi sistem CMS SUBTICS keluaran Naval Groups dengan diintergrasikan dengan sistem sensor, optik, sistem peperangan elektronik serta sistem kawalan tembakan.

Kapal Selam Scorpene telah digunakan oleh Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Selain itu Indonesia juga dilaporkan sedang meneliti pilihan yang lain iaitu Kapal selam buatan Turki Type 214 atau dari Jerman. Difahamkan bahawa Turki menghasilkan kapal selam yang lesennya diperolehi dari Jerman.

sumber -Malaysia Defence Review-

Sunday, January 19, 2020

KD KERIS TELAH TIBA DAN DI TEMPATKAN DI ARMADA TIMUR

LMS KD Keris telah tiba di pengkalan TLDM Sepanggar (Armada Timur) : foto Malaysia Defence
KOTA KINABALU: Kapal Misi Pesisir (LMS) Kapal Diraja (KD) Keris kini telah tiba dan ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Sepanggar (TLDM) Armada Timur menjadikan jumlah keseluruhan 17 kapal yang beroperasi di perairan Sabah dan Sarawak tahun ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata kehadiran KD Keris di sini mampu mengukuhkan lagi jaringan pertahanan kawalan keselamatan perairan Malaysia khususnya Malaysia Timur.

"Penambahan aset ini juga mampu meluaskan lagi kawasan rondaan di pesisir pantai terutama di Laut Cina Selatan sekaligus meningkatkan keselamatan komuniti maritim negara.

"Kehadiran KD Keris juga mampu membantu mengurangkan kos pengoperasian serta mengurangkan bebanan tempoh operasi kapal lain sepertimana KD Baung yang merekodkan 230 hari operasi tanpa henti di lautan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan KD Keris yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin di Tambatan PTKK.

KD Keris berukuran 68 meter panjang dan 9.2 meter lebar ini berkemampuan bergerak dengan kelajuan maksima 22 knot. Kapal yang dikendalikan 45 kru ini diketuai Pegawai Memerintah Komander Mohd Zulkarnain Mohd Rawi mampu beroperasi selama 15 hari di laut.

Sementara itu dalam perkembangan lain Reza berkata PTKK akan menerima 12 pesawat tanpa pemandu (UAV) ScanEagle yang dibiayai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat menerusi program Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) tahun ini.

"UAV akan dioperasikan di PTKK bagi menjaga perairan Sabah dengan mengambil masa kira-kira setahun untuk pembiasaan operasi sebelum digunakan untuk penugasan operasi mengikut keperluan termasuk di kawasan pantai timur Sabah," katanya.

Upacara memeriksa barisan krew KD Keris oleh Yang di pertua Negeri Sabah
Sumber : Utusan Borneo

Thursday, January 16, 2020

KUASA MARITIM ALAT UNTUK PAMER KEKUATAN NEGARA

TNI-AL mengawasi kapal CG China semasa menceroboh laut Natuna : foto dari Informasi tempur
ZAKI SALLEH / 14 Jan 2020.

ISU pencerobohan kapal pengawal pantai dan bot nelayan China yang berada di kepulauan Natuna di Laut China Selatan sejak minggu lalu telah mencetuskan ketegangan di kawasan perairan itu apabila Indonesia mengerahkan enam kapal perangnya ke sana bagi mengawasi keadaan.

Secara teknikalnya, kehadiran kapal pengawal pantai China itu dianggap bukan tindakan agresif kerana ia adalah kapal pasukan penguat kuasa maritim, berbeza jika yang menceroboh perairan itu adalah kapal perang.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama kapal-kapal itu memasuki perairan sekitar kepulauan tersebut kerana tindakan serupa dilakukan sejak tiga tahun lalu apabila Beijing mendakwa sebahagian lautan itu sebagai kawasan perikanan tradisionalnya.

Cumanya, reaksi Indonesia kali ini dilihat lebih keras apabila mengarahkan empat buah pesawat pejuang F-16 meronda di perairan tersebut, manakala beberapa lagi kapal perang digerakkan ke sana.

Biarpun kuasa militer Indonesia tidaklah sekuat mana jika dibandingkan dengan China tetapi Jakarta berani menunjukkan taring, lantas tindakan itu memberi keyakinan kepada rakyat terhadap tahap kewibawaan pentadbiran Presiden Joko Widodo.

Sekurang-kurangnya sebanyak 63 buah bot nelayan China dikesan memasuki perairan Natuna antara 19 hingga 24 Disember 2019.

Pertikaian tuntutan China terhadap kawasan di Laut China Selatan itu turut menyentuh wilayah negara lain seperti Brunei, Filipina, Taiwan, Vietnam dan Malaysia.

Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia perlu meletakkan kesiapsiagaan itu sebagai teras utama, lantas wajib melengkapkan angkatan lautnya.

Tidak dapat tidak, kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan (Mindef) harus menyemak kembali keperluan yang perlu untuk merancakkan program pembangunan yang dirangka Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menyentuh aspirasi 2020 TLDM, Panglimanya, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus kapal TLDM berada pada tahap kesiapsiagaan antara kategori satu hingga tiga iaitu tidak rosak dan boleh beroperasi sepenuhnya serta rosak tetapi boleh beroperasi.

Jika mempunyai modal insan berkelas dunia sekali pun, jentera utama TLDM adalah untuk memiliki aset-aset teras iaitu kapal perang terbaik, selain pesawat udara dan kelengkapan pertahanan lain.

Kekurangan aset-aset itu boleh menyebabkan negara terpaksa bersikap lebih diplomasi sekiranya berhadapan pencerobohan perairan.

Percaya atau tidak, TLDM masih mengoperasikan kapal-kapal peronda lama yang mencecah usia lebih 40 tahun untuk mengawasi wilayah maritim negara.

Sebab itu, pentauliahan kapal misi pesisir (LMS) terbaru TLDM, KD Keris, di Limbungan Perkapalan Wuchuan, Qidong, Shanghai, China pada Isnin lalu amat besar signifikan.

Walaupun dilihat sedikit terlewat tetapi ia memberi kelegaan ketika TLDM bergelut dengan pengoperasian kapal-kapal era lampau. KD Keris dibina pada 31 Julai 2018, seterusnya dilancarkan pada 15 April tahun lalu.

Kapal itu kini dalam pelayaran pulang dan dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat ini. Walaupun bersaiz kompak tetapi LMS memiliki ciri-ciri kapal ronda moden, selain boleh diubah padan mengikut kesesuaian operasi.

LMS kedua, Sundang, dijangka diterima tahun ini, diikuti dua kapal berikutnya. TLDM sebelum ini menyasarkan memiliki sebanyak 18 buah LMS dalam usaha memperteguhkan kawalan maritim negara seperti yang digariskan pada Program Transformasi 15 To 5 TLDM.

Pada masa sama, TLDM masih mengintai agar dilengkapkan dengan kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) bagi memastikan keperluan operasi logistik angkatan itu, selain menyokong operasi kemanusiaan dan bencana alam.

Harus diakui, laut masih rangkaian perhubungan dan ekonomi yang penting dan ia menuntut kekuatan maritim sesebuah negara untuk melindungi laluan pelayarannya.

sumber : Informasi Tempur

Thursday, January 9, 2020

GOODBYE SIKORSKY S-61A-4 (NURI)

Hekopter NURI (Sikorsky S-61A-4)
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) secara rasmi "merehatkan" Helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri dari perkhidmatan berikutan kesukaran untuk membaikbpulih dan menyelenggara helicopter berkenaan.

Panglima Tentera Udara (PTU) menerusi satu sidang media menyatakan helikopter yang telah mencapai usia 55 tahun akan digantung kerana kos mendapatkan alat ganti semakin mahal menjadikan ia tidak lagi relevan untuk dikendalikan.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan TUDM akan mendapatkan sekurang-kurangnya 8 helikopter awam secara sewa untuk menampung operasi yang ditinggalkan 12 helikopter Nuri sebelum ini.

Dijangka, perolehan baru helikopter memerlukan sekurang-kurangnya 24 bulan untuk mendapatkan dana dan memulakan proses pembelian. PTU juga menjelaskan akan melakukan penjimatan terhadap bajet TUDM sedia ada untuk merealisasikan helikopter baru ternasuk mengurangkan kegiatan majlis keraian.

Sejak 1991, helikopter Nuri telah mengalami pelbagai kemalangan sehingga mengorbankan nyawa. Terbaharu pada Ogos 2019, helikopter Nuri mengalami kemalangan di Kem Gubir, Kedah ketika operasi ulang-bekal.

TUDM juga mengesahkan sedang membuat penilaian terhadap beberapa model helikopter antara lain AW149 Keluaran Leonardo Helicopter dari Itali, S-70i / UH-60 Blackhawk Helikopter Keluaran Lockheed Martin dari Amerika Serikat, Mil Mi-17 Keluaran Helikopter Rusia dari Rusia dan H225M (EC725 Caracal) Keluaran Helikopter Airbus dari Perancis.

Sumber : MDR-


PENTAULIAHAN KD KERIS

KD Keris dengan no penant 111
KD Keris Ditauliahkan didalam Perkhidmatan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Upacara Pentauliahan Misi Littoral Mission (LMS) KD KERIS di Qidong, China telah disempurnakan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany penuh tradisi dan bersejarah.

Kapal pertama dalam kelasnya yang ditetapkan sebagai Littoral Mission Ship (LMS)
dijangka berlepas dari Qidong pada 8 Januari dan dijangka tiba pada 17 Januari di pangkalan tentera laut Kota Kinabalu di Sepanggar.

Kapal kedua LMS, Sundang, dijadualkan diserahkan dan ditailiahkan pada bulan April 2020.

LMS adalah sebahagian daripada program transformasi armada '15 hingga 5 'RMN, yang melibatkan mengurangkan 15 kelas kapal semasa kepada hanya lima - iaitu LMS, Kapal Sokongan Pelbagai Pelbagai (MRSS), Kapal Pertempuran Littoral (LCS) Kapal Patroli (PV) dan kapal selam.

Kapal Berkonsep Modular untuk Operasi Bantuan Bencana dan Kemanusian ini bakal dioperasikan di Timur Sabah untuk menyokong operasi ESSCOM di Wilayah ESSZONE terutama di pulau-pulau terpencil.

Upacara Pentaulihan KD Keris

gambar dari facebook MDR



Gambar dari facebook MDR


gambar dari facebook MDR

Sumber : Malaysia Defence Review