Tuesday, April 28, 2020

KAPAL SELAM KEDUA KD TUN ABDUL RAZAK KEMBALI BEROPERASI


Kapal selam serangan kedua kelas Perdana Menteri (Scorpène) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah kembali beroperasi setelah tamatnya program pemulihan selama 18 bulan di negara ini.

Program membaikpulih kapal selam kedua ini memakan belanja hampir RM 1.232 billion.

Dalam sebuah video yang dikeluarkan pada 16 April, TLDM menunjukkan KD Tun Razak melakukan operasi di lokasi yang tidak didedahkan, dengan krewnya ditunjukkan memakai topeng muka, mungkin sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran coronavirus Covid-19. Kapsyen dalam video tersebut menyatakan bahawa TLDM "melakukan rondaan di perairan Malaysia".

Pusat membaik pulih kapal Selam Boustead Heavy Industries Corp : foto BHIC 
TLDM tidak memberikan butiran lebih lanjut dalam video itu, tetapi sumber ketenteraan memberitahu Jane bahawa kapal selam itu, yang ditugaskan pada Oktober 2009, telah melakukan percobaan laut sejak akhir 2019 setelah selesainya penyesuaian, yang dilakukan oleh Boustead DCNS Naval Corporation (BDNC): usaha sama antara kumpulan kejuruteraan tentera laut Malaysia Boustead Heavy Industries Corporation dan pembuat kapal Perancis, DCNS (sekarang dipanggil Naval Group).

Perkhidmatan ini menerbitkan video serupa pada Mei 2018 sejurus selepas KD Tunku Abdul Rahman kelas satu kembali beroperasi selepas penukaran yang serupa. Kapal selam ini, yang ditugaskan pada Januari 2009, telah memulai perbaikannya dengan BDNC, yang juga menyediakan layanan dan dukungan terpadu untuk kedua kapal selam itu, pada bulan November 2015.

Sama seperti Tun Razak, kerja-kerja perbaikan Kapal selam pertama dilakukan di sebuah kemudahan di pangkalan tentera laut Sepanggar di Kota Kinabalu, yang terletak di negeri Sabah di bahagian pulau Borneo di Malaysia dan di mana kedua-duanya kapal selam itu ditempatkan.

sumber : Jane

KEHADIRAN KAPAL-KAPAL CHINA DAN USA - PERAIRAN NEGARA TEGANG

Gambar setelit menunjukkan kedudukan antara LHA6 - USS America dan West Capella

Armada Ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) terdiri Kapal Penyerang Amfibia (LHA), USS America, Kapal Kruiser, Kelas Ticonderoga, USS Bunker Hill dan Kapal Pembinasa, Kelas Arleigh Burke, USS Barry serta Kapal Frigat Tentera Laut DiRaja Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta kini berada di Laut China Selatan untuk membayangi kapal-kapal milik China yang dilaporkan menganggu kerja-kerja penggalian minyak dan gas oleh kapal penggerudi telaga minyak West Capella di medan blok milik Petronas berhampiran kawasan tuntutan 3 negara iaitu China, Vietnam dan Malaysia.

USS America - LHA 6
Kapal penyerang amfibia ini, kini dikatakan berada kira-kira 100 batu nautika dengan kelajuan penuh dari kapal West Capella yang dilaporkan diganggu oleh kapal Hidrografi milik China, Haiyang Dizhi 8.

USS America sebelum itu berada di Laut China Timur untuk menjalani latihan bersama pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) 6 hari lalu dan kemudian ulang bekal di Filipina 2 hari lalu.

Peningkatan aktiviti oleh China ditambah dengan kemasukan kapal peninjau dasar laut Haiyang Dizhi 8 yang kini melaksanakan tugasan pencerap dasar laut berhampiran dengan West Capella. Haiyang Dizhi 8 diiring oleh lebih 10 buah kapal militia dan pengawal pantai dan didapati bergerak dalam garisan lurus berbolak balik, disyaki ia sedang menunda sonar.

Kapal peninjau dasar laut China - Haiyang Dizhi 8
Kapal yang sama juga melakukan aktiviti berkenaan di perairan Vietnam dan mencetuskan ketegangan antara pengawal pantai kedua negara.

Dengan kemasukan USS America dan USS Bunker Hill, ia menunjukkan Washington serius dengan kenyataan mereka sejak minggu lepas yang mendesak Beijing untuk menghentikan aktiviti mereka dan tidak membuli negara-negara pesisir kerana kelihatan Beijing cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara pesisir kini dilanda wabak Covid19.

USS Bunker Hill (CG 52) - Kapal Kruiser peluru berpandu
Peningkatan aktiviti maritim di Laut China Selatan bukanlah sesuatu yang baru dan ia berterusan sejak sebelum wabak melanda lagi. Ketika mana China berhempas pulas mengekang penularan wabak, angkatan militia laut dan pengawal pantai mereka terus aktif.

Malah kapal peronda pengawal pantai yang paling besar, CCG5901 juga tetap berada didalam perairan EEZ negara kita ketika wabak mula2 melanda, dan walaupun mereka tidak membuat kacau ia jelas menunjukkan aktiviti menunjukkan kehadiran tidak berkurang. Kehadiran kapal mereka di perairan Luconia juga tidak berkurang.

Kapal penggerudi telaga minyak - West Capella
Dimaklumkan, aset TLDM dan APMM juga berada dekat dengan West Capella dan turut memantau persekitaran EEZ kita. Walaupun kita menghadapi masalah kekurangan aset, namun kedaulatan perairan negara tetap dijaga.

sumber : MMP & MDR


Saturday, April 18, 2020

T-90M PRORYV VARIAN TERBARU DARI KELUARGA T-90

T - 90M Proryv

Tentera Darat Russia dilaporkan menerima kumpulan pertama kereta kebal utama (MBT) T-90M Proryv yang merupakan varian naiktaraf T-90. MBT berkenaan dilaporkan akan dioperasikan oleh Pasukan Elit Divisyen Armor Tentera Darat Russia "Tamanskaya".

T-90M Proryv dibangunkan dengan asas dari T-90MS merupakan varian eksport T-90 dan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) MBT T-14 Armata.

T-90M Proryv dilaporkan mengunakan laras meriam 2A82-1M 125mm yang mana 30% lebih tepat dari meriam standard 2A46M 125mm. Selain itu, senjata bantuan juga terdiri "Remote Weapon Station" yang dipasang mesigan Kord 12.7mm selain mesigan sepaksi PKT 7.62mm. Ia diintergrasikan dengan Sistem Kawalan Tembakan Automatik Kalina. Sistem persenjataan ini turut dipasang pada MBT T-14 Armata.

T-90M Proryv dilaporkan mengunakan Sistem Perlindungan Aktif (APS) Afganit dimana ia dilengkapi sistem pengesanan radar 360° AESA yang mana mampu mengesan, menangkis serta memintas sistem misil anti-armor (ATGM) dan pelancar roket grenede (RPG) dari jarak 5000 meter seperti persenjataan TOW, Javelin, Spike, Hellfire dan Brimstone. APS ini turut digunakan MBT T-14 Armata.

Untuk perlindungan armor, T-90M Proryv dipasang Relikt "explosive reactive armour" ERA yang mana mampu menahan impak ledakan misil anti-armor. Selain itu, lapisan armor T-90M Proryv dipertingkatkan dilapisan turret dan laras meriam.

Russia dilaporkan mahu 400 buah T-90A (Varian Pertama T-90) dinaiktaraf ketahap T-90M Proryv selain 160 buah T-90M Proryv telah ditempah dengan 3 siri kumpulan penyerahan bermula awal April sebagai "Stop-Gap" kelewatan penyerahan T-14 Armata yang dilaporkan sedang diuji dengan teknologi baharu.

T-90M Proryv dilengkapi enjin diesel V-92S2F yang memberi kuasa 1130 kuasa kuda (HP). Ia membolehkan MBT ini memecut 60kmj dengan jarak jangkauan 550km.

T-90M Proryv juga merupakan varian T-90 paling berat dengan kemampuan mencapai berat 48 tan dengan varian standard T-90 hanya 45 tan.

Pegawai Tentera Darat Russia menyatakan pada media bahawa T-90M Proryv setaraf MBT Abrams dari Amerika Syarikat, Lecrec dari Perancis dan Merkava dari Israel.

Media Russia melaporkan T-90M Proryv bakal dipertontonkan pada awam semasa Perarakan Ulang Tahun Ke-75 Kemenangan Tentera Merah semasa Perang Dunia Ke-2 di Dataran Merah Moscow pada 9 Mei.

sumber : Malaysia Defence Review

Friday, April 17, 2020

MALAYSIA PERKETAT PERAIRAN NEGARA



Keselamatan perairan negara kita terus diperkukuh ketika wabak #COVID19 semakin membimbangkan seluruh dunia. Kerjasama utuh Tentera Laut Diraja Malaysia bersama Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah membuahkan hasil 

sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia

Monday, April 6, 2020

SELF PROPELLED GUN - ARCHER 155MM

Archer SPG dibawa oleh trak Volvo A30D

Archer Artillery System 155mm SPG generasi terbaru menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Program pembangunan Archer bermula pada 2003 untuk memasang artileri Haubits FH77 155mm Howitzer pada badan kenderaan bagi memenuhi keperluan SPG tentera darat Sweden dan Norway.

Prototaip Archer mula diuji pada tahun 2004, artileri Haubits FH77 155mm dipasang pada chasis trak Volvo A30D yang diubah suai berkeupayaan membawa krew dengan perlindungan dari NBC dan armor yang mampu bertahanan dari serangan senjata sehingga 7.62mm dan juga serpihan artileri.

Kelebihan Arher boleh dioperasikan dengan pantas. Hanya memerlukan 30 saat untuk dioperasikan memulakan tembakan pertama. Kesemua krew tidak perlu keluar dari kenderaan dan hanya memerlukan 4 krew sahaja (Komander, pemandu dan 2 operator Arcer).

Pada 2019 lalu Tentera Darat Sweden memilih trak MAN HX2 beralih dari VOLVO A30D bagi perolehan baru Acher. Acher mampu membawa sehingga 21 projektil yang disimpan pada sistem magazin automatik. Hanya memerlukan masa 10 minit untuk pengisian semula, Archer akan bergerak bersama kenderaan sokongan.

Jarak tembakan dari 35km sehingga 60km jika penggunaan projektil panduan GPS XM982 Excalibur.

Sistem ini direka untuk mobiliti strategik, operasi dan taktikal yang tinggi. Kenderaan ini boleh mencapai kelajuan jalan sehingga 70 km / h, mampu meredah salji sehingga kedalaman 1 meter,  boleh diangkut menggunakan kereta api dan pesawat pengangkut taktikal A400M.

Perjalanan program Archer penuh berliku, beberapa kali penyerahan Archer lewat disebabkan masalah teknikal. Penyerahan sepatutnya dimulakan pada 2011 dengan 48 unit (24 unit Tentera Darat Sweden dan 24 unit Tenera Darat Norway) Akhirnya pada 2013 Norway menarik diri dari program Archer. Pada 2013 Sweden telah menerima unit pertama Archer dan mula memasuki perkhidmatan sepenuhnya pada 2016.

sumber: Informasi Tempur

Sunday, April 5, 2020

TLDM SUDAH TERIMA 6 UAV SCANEAGLE II

UAV Scan Eagle II

Malaysia akhirnya menerima 6 ScanEagle 2 unmanned aerial vehicles (UAVs) - & pelbagai peralatan berkaitan yang di berikan secara percuma oleh Amerika di bawah program MSI.

Batch pertama UAV telah pun di serahkan pada penghujung February, manakala baki 6 akan diserahkan pada 2022.

Package perolehan termasuk latihan dan selenggaran dimana krew Skuadron 601 TLDM akan mengoperasikan UAV sehingga 2000 jam penerbangan.

Melalui Maritime Security Initiative (MSI) Amerika telah memberikan bantuan dalam bentuk keupayaan dan kemampuan (pelatihan) kepada negara-negara maritim termasuk Malaysia untuk membantu meningkatkan keupayaan maritim di Asia Tenggara.

Program ini dibiayai percuma sepenuhnya oleh kerajaan AS tanpa apa-apa perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Malaysia.

Masa Depan Pembelian dron ini akan membantu dalam aktiviti pengawasan maritim, sementara penambahan kedua-dua pesawat Peronda (MPA) dan tiga Medium Altitude Long Endurance Unmanned Airborne Vehicles akan dilaksanakan seperti Rancangan Malaysia ke-12.

Scan Eagle merupakan sistem UAS (unmanned Aerial System) berkos rendah, ringn dan mempunyai jarak jangkauan yg jauh, dilengkapi kamera resolusi tinggi serta sistem pandangan malam (Night vision dan thermal vision).

Berasal dari sistem UAS awam SeaScan bagi industri perikanan...Scan Eagle menggunakan catapult sebagai medium pelancaran membolehkan ia dioperasikan diatas kapal2 peronda yg tidak mempunyai geladak penerbangan.

ScanEagle dapat memberikan keupayaan ISR kepada kapal peronda dalam masa sebenar, dengan ketahanan penerbangan sehingga 24 jam, mampu untuk beroperasi sehigga altitud 5944m dengan kelajuan 48knots.

Dilengkapi sistem panduarah GPS dan inertial, Scan Eagle juga mempunyai keupayaan untuk dilengkapkan dengan synthetic arpeture radar NanoSAR....selain kelengkapan ISR bagi tujuan communication relay.

Dua perkara yg membolehkan ScanEagle adalah uav nya sendiri yg ringan dan kompak selain payload nya yg boleh ditukar ganti (samada antara intergrated avionics atau dengan menempatkan NanoSAR)..kit kamera resolusi yg boleh ditukar ganti di medan dengan sensor lain seperti kit elektro optikal dan infra merah...sensor biologi dan kimi..laser designator dan juga magnetometer untuk mengesan anomali magnetik.

Scan Eagle terdiri dari 4 sistem kompak utama...UAV nya sendiri...catapult untuk pelancaran dan Skyhook untuk tujuan recovery UAV kepada induknya serta modul Command and Control.

sumber : Malaysia Military Power