Tuesday, August 25, 2015

M-142 HIMARS (SISTEM ROKET ARTILERI MOBILITI TINGGI)

M-142 HIMARS MLRS
M-142 HIMARS asasnya adalah dari binaan M-270 MLRS. Berat HIMARS adalah hampir separuh berat M207, ini bermakna ia boleh diangkut oleh pesawat C-130 Hercules, yang membolehkan HIMARS 

Monday, August 17, 2015

BATCH KE 2 KERETA KEBAL UTAMA , APAKAH PILIHAN MALAYSIA ???


Batch kedua kereta kebal Utama, TDM perlu bijak memilih

Tentera Darat Malaysia berhasrat untuk membentuk rejimen kereta kebal keduanya, termasuk kemungkinan pembelian satu lagi kumpulan platform kereta kebal Utama PT-91M

Pelan bagi membentuk Rejimen perisai Malaysia kedua telah diketahui selama beberapa tahun sebelum ini. Maklumat mengenai kemungkinan membeli satu lagi kumpulan kereta kebal PT-91M Pendekar, bagaimanapun, agak mengejutkan kerana terdapat desas desus mengatakan pembelian PT-91M sebelum ini dilanda pelbagai masaalah seperti masaalah penghantaran dan pengoperasian.

Sunday, August 9, 2015

BRP GREGORIO DEL PILAR ( PF-15 ) FRIGAT TENTERA LAUT FILIPINA

BRP Gregorio del Pilar (PF-15)
BRP Gregorio del Pilar (PF-15) adalah sebuah frigat Tentera Laut Filipina dan kapal utama dari kelasnya. Ia bolehlah dianggap sebagai salah satu daripada kapal-kapal perang yang paling moden di Asia Tenggara.

Dari 1967-2011 ia adalah Kapal Pengawal pantai (Coast Guard) berketahanan tinggi dari kelas Hamilton milik Amerika Syarikat yang dinamakan USCGC Hamilton (WHEC-715). Ia telah ditamatkan perkhidmatan pada 28 Mac 2011 dan Filipina memperolehinya  melalui Artikel lebihan Pertahanan dibawah Akta Bantuan Luar Negeri Amerika. 

Sunday, August 2, 2015

RAIFAL TEMPUR PINDAD SS2

Raifal SS2 dipasang dengan pelancar granad
Raifal SS2 (Senapan Serbu 2 - Assault Rifle 2) dihasilkan di Indonesia oleh Kilang PT Pindad  dan berdasarkan senapang SS1 (FN FNC) , yang dibuat oleh kilang yang sama di bawah lesen daripada syarikat Belgium FN Herstal.

Raifal SS2 telah digunakan oleh tentera Indonesia sejak tahun 2005, dan juga ditawarkan untuk eksport. Pada awalnya didapati dalam tiga versi asas (Raifal standard SS2-V1, carbine SS2-V2 dan para-sniper SS2-V4) ia kini juga boleh didapati dalam versi subkompak SS2-V5, yang di perkenalkan pada tahun 2008.