Showing posts with label misil. Show all posts
Showing posts with label misil. Show all posts

Sunday, January 23, 2022

RUSIA UJI MISIL HIPERSONIK TSIRKON (ZIRKON)

Penembakan peluru berpandu hipersonik Tsirkon dari kapal Frigate milik Rusia 

Rusia menguji sekitar 10 peluru berpandu jelajah hipersonik Tsirkon (Zirkon) baru dari frigat dan dua lagi dari kapal selam, senjata yang dipuji Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai sebahagian daripada sistem senjata generasi baharu yang tiada tandingan, menurut agensi berita Interfax yang memetik Armada utara Rusia pada hari Jumaat.

Putin telah menggelar ujian peluru berpandu, yang dijalankan minggu lalu, sebagai "peristiwa besar dalam kehidupan negara," sambil menambah bahawa ini adalah "langkah besar" dalam meningkatkan keupayaan pertahanan Rusia.

Beberapa pakar Barat telah mempersoalkan betapa canggihnya generasi baru senjata Rusia, sambil menyedari bahawa gabungan kelajuan, kebolehgerakan dan ketinggian peluru berpandu hipersonik menjadikannya sukar untuk dikesan dan dipintas.

Putin mengumumkan pelbagai senjata hipersonik baharu pada tahun 2018 dalam salah satu ucapannya yang paling bersahaja dalam beberapa tahun, mengatakan ia boleh mengenai hampir mana-mana titik di dunia dan mengelak perisai peluru berpandu yang dibina oleh Amerika Syarikat.

Pada bulan Oktober, Rusia telah berjaya melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik Tsirkon (Zirkon) dari kapal selam buat kali pertama.

Misil Tsirkon(Zircon)

3M22 Tsirkon (Kod NATO: SS-N-33) peluru berpandu jelajah hipersonik anti-kapal yang berkuasa scramjet yang kini dalam pengeluaran oleh Rusia.

Jarak peluru berpandu dianggarkan 250 hingga 500 km) apabila dilancarkan pada tahap rendah, dan mampu menjangkau sehingga 740 km dalam trajektori separuh balistik, purata jarak adalah sekitar 400–450 km.

Beberapa tabloid internet malah mendakwa jarak peluru berpandu boleh mencapai 1,000 - 2,000 km, bergantung kepada jenis sasaran.

Zirkon boleh bergerak pada kelajuan Mach 8–Mach 9 (9,800–11,025 km/j). Ini telah menyebabkan kebimbangan bahawa ia boleh menembusi sistem pertahanan laut sedia ada. 

Peluru berpandu Hipersonik Zirkon ini mampu menukar maklumat dalam penerbangan dan boleh dikawal oleh arahan jika perlu.

sumber : 

Wednesday, December 29, 2021

ROYAL NAVY TUKAR MISIL SEA WOLF KEPADA MISIL SEA CAPTOR

Misil Sea Wolf yang dilancar dari kapal Royal Navy

Setelah lebih 8 bulan "berkampung" di Devonport, akhirnya HMS Portland iaitu salah satu dari 12 Friget Type 23 British Royal Navy bersedia kembali ke barisan hadapan.

HMS Portland Type 23 Duke Friget dilancarkan pada 15 May 1999 oleh Lady Heather Brigstocke di HMNB Devonport Dockyard, Plymouth. Setelah menjalani ujian laut/sea trial, ia secara rasmi memasuki perkhidmatan pada 3 May 2001.

Setelah 2 dekad berkhidmat, ia menjalani refit dan naiktaraf. Antaranya pemasangan Artisan 3D Radar dan penggantian misil SeaWolf kepada Sea Ceptor.

Commanding Officer HMS Portland, Tim Leeder menyifatkan pembaharuan setelah 8 bulan menukarkan kapal perang ini kepada state of the art warfighting machine.

Sea Wolf ialah misil dwi fungsi bagi memusnahkan sasaran udara atau memintas misil antikapal. Dibangunkan pada tahun 1979, ia memiliki kelajuan supersonik Mach 3 dan menjangkau jarak hingga 10km.

Misil Sea Captor

Manakala Sea Ceptor ialah misil generasi baru. Dikenali sebagai CAMM (Common Anti-Air Modular Missile). Terdapat 2 versi lain iaitu ASRAAM (misil udara ke udara) dan Land Ceptor iaitu sebahagian sistem pertahanan udara SHORAD Sky Sabre.

Seperti Sea Wolf, ia mempunyai fungsi yang sama. 

Namun Sea Ceptor boleh menjangkau hingga 25km bagi versi standard dan 40km (versi CAMM-ER). Walaubagaimanapun laporan IHS Janes menyebut ujian penembakan berjaya memusnahkan sasaran sejauh 60km.

Sea Ceptor juga dilengkapi dengan Aktif Radar Seeker dan Two Way Datalink. Ini menjadikan ketepatan pemusnahan sasaran setaraf dengan Aster 15.



SEAWOLF TLDM

misil Sea wolf yang dilancarkan dari Kapal KD Lekiu

KD Jebat dan KD Lekiu memiliki sistem pertahanan udara yang serupa dengan Friget Type 23 British Royal Navy.

Mula ditauliahkan secara rasmi dalam perkhidmatan pada 10 November 1999, ia merupakan aset tercanggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Setelah 2 dekad berlalu dan ancaman misil antikapal semakin canggih termasuk berkelajuan hipersonik, penggantian misil SeaWolf perlu diberi perhatian oleh perancang TLDM. Dengan pengenalan misil seperti Sea Ceptor, ia memberi ruang masa pemintasan atau window interception yang lebih kepada Skuadron 23 Friget ini.

Begitu juga dengan ancaman pesawat MPA (Maritim Patrol Aircraft) dan drone yang menjadi mata kepada kapal perang musuh. Doktrin peperangan terkini menekankan aspek pengesanan yang memberi kelebihan untuk melancarkan serangan terlebih dahulu. 

Dengan julat SeaWolf sekitar 10km, ia memberi tekanan kepada krew untuk mengelak daripada dikesan lebih awal. Namun situasi boleh berubah andai KD Jebat dan KD Lekiu mempunyai keupayaan memusnahkan sasaran lebih jauh, meminimakan risiko dikesan oleh aset2 udara musuh.

Dengan kemasukan kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas Maharajalela dijangka bermula pada tahun 2025, sudah pastinya KD Jebat dan KD Lekiu akan terus menjadi tunggak barisan hadapan TLDM.

Terbaru Kapal Korvet kelas Laksamana menjalani pembaharuan kerangka bagi memanjangkan jangka hayat operasi. 

sumber : Emmet Eebit - soldadu


Monday, July 19, 2021

TURKI CIPTA MISIL ANTI RADIASI SENDIRI GANTI MISIL AGM -88 HARM

AGM-88 HARM

ANKARA, Turki - Syarikat pembuat peluru berpandu dari negara Turki, Roketsan telah membangunkan peluru berpandu supersonik anti-radiasi untuk TF-X, jet pejuang buatan negara yang sedang dalam pembuatan.

Peluru berpandu itu, yang dinamakan Akbaba (atau "vulture" dalam bahasa Inggeris), termasuk dalam senarai peluru TF-X pada taklimat Tentera Udara Turki pada 30 Jun.

Program Akbaba dirahsiakan, dan laman web tidak menyebutkan teknologi Roketsan.

"Kami tidak dapat memberikan maklumat mengenai projek Akbaba kerana kerahsiaan atas alasan keselamatan negara," kata Roketsan kepada Defense News pada 8 Julai.

Tetapi seorang pegawai syarikat, yang tidak mahu disebutkan namanya, mengatakan peluru berpandu Akbaba akan menggantikan sejumlah 100 peluru berpandu AGM-88 HARM dalam simpanan Tentera Udara.

Syarikat Amerika Raytheon Technologies telah membina AGM-88 HARM, yang juga merupakan peluru berpandu anti-radiasi berkelajuan tinggi yang digunakan untuk mencari dan memusnahkan sistem pertahanan udara yang dilengkapi radar.

Seorang pegawai Tentera Udara mengatakan Akbaba akan digunakan oleh Skuadron "Bronze" ke-151 - sebuah unit yang mengkhususkan diri dalam menggunakan senjata HARM ketika mengoperasikan F-16C / D Fighting Falcons.

Sumber perolehan pertahanan mengatakan nilai kontrak untuk Akbaba tidak diketahui kerana kuantiti belum ditentukan.

"Kami mempunyai sekitar 100 AGM-88 HARM, yang akan diganti oleh Akbaba. Ini menjadikan nilai kontrak sekitar $ 50 juta. Tetapi kami mungkin mempunyai pesanan susulan yang lebih besar daripada pesanan asal," katanya. "Ini adalah program terbuka."

Pegawai itu juga mengatakan jumlah dan nilai akhir kontrak akan bergantung pada kemajuan program TF-X.

sumber : Defence News


Sunday, July 19, 2020

MISIL CAMM KELUARAN MBDA

Misil CAMM dari MBDA

Common Anti-Air Modular Missile (CAMM) merupakan siri misil atau perluru berpandu keluaran MBDA. Ia dibangunkan sebagai misil pertahanan udara untuk mengatasi serangan misil kruiser berkelajuan tinggi atau sasaran udara seperti pesawat dan pesawat tanpa pemandu (UAV).

CAMM telah dikembangkan variannya untuk platform laut, darat dan udara. United Kingdom (UK) menjadi pengguna tunggal ketika ini.

Tentera Laut United Kingdom (RN) mengunakan varian laut CAMM yang dikenali Sea Ceptor. Ia telah digunakan oleh kapal frigat Type 23 bagi mengantikan VL Sea Wolf menerusi platform "Vertical Launching System" (VLS) sedia ada pada kapal berkenaan.

UK telah memulakan pembangunan Sea Ceptor untuk RN bermula 2012 dengan kos £483 juta. Pada 2017, misil Sea Ceptor telah diuji secara rasmi pada Frigat Type 23, HMS Argyl. Pada 2018, Sea Ceptor secara rasmi digunakan RN.

Sea Ceptor mempunyai jarak jangkauan maksimum 25km lebih baik daripada VL Sea Wolf yang hanya mempunyai jarak maksimum 10km sahaja.

UK dijangka bakal mengunakan Sea Ceptor pada Kapal Frigat Type 26 "Global Combat Ship" (GCS) yang dijangka kapal pertama memasuki perkhidmatan RN pada 2026.

Misil sea wolf dilancar secara menegak

Brazil juga memilih Sea Ceptor pada Kapal Frigat Tamandare dimana kapal pertama bakal memasuki perkhidmatan Tentera Laut Brazil pada 2025.

Chile dan New Zealand dilaporkan memilih Sea Ceptor bagi mengantikan misi sedia ada pada kapal frigat masing-masing.

Chile mengantikan VL Sea Wolf pada Frigat Type 23 milik Tentera Laut Chile manakala New Zealand mengantikan Sea Sparrow pada Frigat Kelas Anzac milik Tentera Laut DiRaja New Zealand.

Itali turut membangunkan CAMM pada 2013 dengan varian lebih baik serta jarak jangkauan mencecah 45km. Ia dikenali CAMM - Extended Range atau CAMM-ER bertujuann mengantikan Aster 15 dan Aspide 2000.

UK turut membangunkan varian darat atau Sistem Pertahanan Udara diasaskan dari CAMM dikenali Land Ceptor untuk mengantikan misil Rapier digunakan Tentera Darat British.

Pada 2018, Sistem ini diintergrasikan dengan radar dan pos kawalan yang dikenali Sky Sabre dan digunakan pasukan Rejimen Artileri DiRaja, Tentera Darat British.

Sky Sabre terdiri dari kenderaan taktikal MAN SV HX60 8x8 dimana 12 tiub pelancar CAMM dipasang pada kenderaan terbabit. Ia turut dilengkapi radar Saab Giraffe Agile-Multi Beam (ABM) serta sut elektronik dari Rafael.

Sky Sabre boleh melancarkan misil CAMM (jarak jangkauan 25km) dan CAMM-ER (jarak jangkauan 45km).

Radar Giraffe ABM mampu mengesan sasaran pada jarak 120km dalam masa singkat dengan pengawasan 360°.

Rafael membekalkan Modular, Integrated C4I Air & Missile Defense System (MIC4AD) untuk Pengurusan dan Perintah Sistem Pertempuran, Kawalan,Komunikasi, Perkomputeran serta Perisikan (BMC4I) sistem intergrasi Sky Sabre.

Untuk pasaran eksport, Land Ceptor dikenali "Enhanced Modular Air Defence Solutions" (EMADS) diperkenalkan pada 2019 mengantikan Sistem Pertahanan Udara Jernas (varian eksport Rapier) dan SPADA (mengunakan misil Aspide).

Selain itu, Brazil juga membangunkan Sistem Pertahanan Udara AV-MMA atau AVibras Medium Altitude Missile. Ia akan mengunakan teknologi dan platform Sistem Pelancar Roket Berganda (MRLS) Astros 2020. Dilaporkan Kor Marin Brazil dijangka menguji sistem ini sebagai Artileri Pertahanan Udara.

KD Lekiu antara kapal perang yang menggunakan misil Sea Wolf dalam sistem pertahanan diri

MBDA UK dilaporkan mensasarkan Malaysia bagi mengantikan VL Sea Wolf dan Sistem Pertahanan Udara Jernas dengan Sea Ceptor dan EMADS.

Tentera Laut DiRaja Malaysia mengoperasikan VL Sea Wolf pada Frigat Kelas Lekiu yang diasaskan dari rekaan BAE Frigate 2000 (dahulu Yarrow) sejak 1999.

Tentera Darat Malaysia mengoperasikan Sistem Pertahanan Udara Jernas yang merupakan varian eksport Sistem Pertahanan Udara Rapier yang digunakan Tentera Darat British. Ia digunakan sejak 2006.

MBDA dan MoD UK

sumber -Malaysia Defense Review-

Monday, August 19, 2019

MISIL R77 / AA-12 ADDER

Misil R77 / AA-12 Adder (kod Nato)
R77 atau dikenali RVV-AE Misil dalam Russia dan AA-12 Adder oleh Nato adalah Medium Range Misil buatan Russia yang bersifat BVR (Beyond Visual Range) maknanya Juruterbang tidak nampak sasaran musuh di depan mata. Merupakan misil udara ke udara.

Bagaimana R77 ini beroperasi? Ianya dilancarkan dan menuju ke sasaran berpandukan pada radar di pesawat pejuang itu sendiri.

Erti kata lain, juruterbang SU30MKM tidak boleh tembak R77 dalam keadaan Dogfight mesti dalam kedudukan yang sesuai, BVR dan paling penting kena ada radar lock. (perlu mengaktifkan radar untuk mengunci sasaran iaitu pesawat musuh)

Ingat setiap pesawat pejuang dalam mana-mana negara jarang nak on radar dia kecuali terpaksa kerana ia akan mendedahkan kedudukan pesawat tersebut. itu sebab kenapa TUDM hendakkan sangat AWACS tu sebab pesawat ini mampu memberi panduan dan koordinat pesawat musuh dan memudahkan SU30MKM untuk menembak R77 ke sasaran.

Berbalik pada R77 ini, ianya mula direkabentuk pada tahun 1982 selepas US memperkenalkan buat pertama kali nya AIM 120C Amraam dalam ordnans USAF dan US Navy.

Bila betul- betul R77 ini diserap dalam Russian Air Force adalah pada tahun 1992 MosAeroShow dan mendapat jolokan nama Amraamski.

R77 ini mempunyai pelbagai variasi sesuai untuk kepelbagaian tugasan dan yang penting, Duit oleh Negara Pembeli itu sendiri.

Versi asas R77 dahulu nya mampu mencapai jarak 80KM tetapi dengan kemajuan dan penyelidikan berterusan Versi Termaju R77 buatan Russian mampu mencapai jarak sasaran 120 - 160KM yang dikenali sebagai R77RVV-AE-PD. Menggunakan solid-feul ramjet enjin.

Pengeluar Misil R77 iaitu Tactical Missile Corp pada 2009 telah memperkenalkan variasi RVV-SD yang mana lebih berat, 15kg lebih berat dari R77 versi asal. lebih panjang dan keupayaan radar seeker yang dinaiktarafkan, perubahan pada bahagian boat tail rear bagi mengurangkan daya seretan.

Malaysia bila mana mengunakan R77? mestilah pemilikan R77 misil ini mula berkhidmat di bawah skuadron 17/19 Mig 29N dahulu kala nya. Variasi R77 yang digunakan oleh SU30MKM itu tidak dapat dipasti dari jenis apa.

Jumlah R77 dalam Pegangan TUDM. MMP boleh bercakap Beribu-ribu hahahaha (Korang sendiri tahu mende ni rahsia kan)

Apa apa pun. Jumlah MRCA kena tambah dan Awacs kena ada.

Bahasa Mudah nya Duit

TUDM X reti main saham.

IkanJerungHantu

Sumber : Malaysia Military Power

Tuesday, April 16, 2019

MISIL MBDA MICA

Misil MICA  RF (sebelah kiri) dan MICA IR (kanan)

Misil MBDA MICA adalah peluru berpandu anti-udara pelbagai sasaran (multi target), all weather, fire and forget, sistem peluru berpandu jarak dekat dan sederhana.

Ia direka dan dibangunkan oleh pengeluar sistem peluru berpandu Eropah, Matra BAE Dynamics Alenia (MBDA)

Ia bertujuan untuk digunakan oleh platform udara sebagai peluru berpandu individu serta platform darat dan kapal, yang boleh dilengkapi dengan sistem Pelancar Menegak (VLS) untuk tembakan.

Misil ini dilengkapi dengan sistem kawalan vektor teras (TVC) pada motor roket bertujuan meningkatkan ketangkasan peluru berpandu .

Penerbangan misil dikawal oleh program yang dikenali sebagai strap down inertial mid course guidance system dan kemudian oleh terminal homing seeker.


Terdapat dua varian MICA iaitu MICA RF (radio frequency) mempunyai pencari homing radar aktif dan MICA IR (infrared) mempunyai pencari homing pengimejan infra merah.

Kedua-dua pencari ini direka bentuk untuk menapis tindak balas yang datang dari chaff dan decoy flares (api pengumpan).

MICA versi udara ke udara 


Misil udara ke udara dipasang pada pesawat Rafale

Misil MICA versi udara ke udara berjaya dipasang pada pesawat Rafale telah berjaya diluncurkan pada 11 Jun 2007 dan berjaya memusnahkan sasaran.

Misil ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan kompak dengan sayap kord yang panjang . Empat sayap pendek pada ekornya untuk memberikan keupayaan aerodinamik yang lebih baik dan kelajuan yang tinggi.

Panjang 3.1m, diameter 0.16m, dan berat 112kg, ia boleh dilancarkan dengan menggunakan pelancaran rail atau kaedah pelancaran eject dari pesawat.

Penentuan sasaran untuk peluru berpandu disediakan oleh sensor elektro-optik, radar dan penglihatan yang dipasang pada helmet juruterbang.

Jarak jangkauan Misil MICA udara ke udara ialah dari 500 meter ke 60 kilometer.

Peluru berpandu ini dioperasikan oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis. Ia telah dieksport ke beberapa negara asing termasuk Taiwan, Qatar, Arab-Emirates dan Greece.

 VL MICA versi permukaan ke udara (pelancar menegak) 


VL-Mica versi daratan
MICA juga boleh digunakan sebagai peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak dekat. Ia boleh didapati dalam versi daratan, VL MICA, diluncurkan dari peluncur kotak secara menegak yang dipasang pada trak 5 tan.

Versi tentera laut, VL MICA-M, diluncurkan dari sistem pelancaran menegak yang dilengkapi di geladak kapal.

Pada Julai 2006 pelancaran misil melalui platform kapal tentera laut berjaya dilakukan dan berjaya memusnahkan sasaran pada jarak 10 km dan pada Oktober 2008 sebanyak 14 ujian penembakan secara menegak dilakukan diatas kapal laut berjaya memusnahkan sasaran pada jarak 12 kilometer.

Sistem pelancar menegak (VL-MICA) adalah berdasarkan teknologi pelancaran menegak yang dibangunkan oleh BAE Systems untuk peluru berpandu pertahanan udara Seawolf (versi laut).

Misil versi VL MICA-M ini amat sesuai di pasang pada kapal jenis korvet kerana ianya lebih murah dan kecil berbanding dengan sistem misil Aster 15 yang mahal dan perlukan ruang yang lebih besar untuk dipasang serta mempunyai keupayaan yang sama dengan sistem Aster.

Sistem ini boleh beroperasi secara bersendirian atau diintegrasikan ke dalam rangkaian pertahanan udara yang luas. 

MICA versi kapal permukaan
VL MICA disepadukan dengan sistem tempur kapal, yang menyediakan data penetapan sasaran dari sensor pertahanan udara sedia ada. Misil yang dilancarkan dari kontainer individu menyediakan payung pertahanan 360 ° serta mengekalkan kestabilan dan kehalimunan kapal.

Sistemnya yang kompak dan modular membolehkan ia dipasang pada kapal perang baru atau kapal refit.

Pemilikan Misil ini untuk kapal Frigat kelas KD Maharajalela masih lagi menjadi persoalan adakah jadi atau tidak apabila pembeliannya tidak ditandatangani di LIMA' 19 baru-baru ini.

Antara negara yang mengoperasi sistem VL-MICA versi laut ialah Indonesia, Singapura, Oman, UAE, Maghribi dan Mesir 

sumber wiki & army technology  



Monday, April 23, 2018

LOI VL MICA UNTUK LCS DI TANDATANGANI

Peluru berpandu VL-MICA dari MBDA
KUALA LUMPUR: Satu daripada Letter Of Intent (LOI) yang diserahkan pada 18 April di DSA 2018, adalah untuk peluru berpandu VL MICA permukaan-ke-udara oleh MBDA.

MICA dibeli untuk melengkapkan LCS, sudah tentu. Tidak seperti NSM, ini bukan kontrak, walaupun ia mungkin akan diberikan tidak lama lagi.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, MBDA telah dikontrak oleh BNS untuk membekalkan pelancar dan peralatan yang berkaitan walaupun bukan peluru berpandu. Semua senjata untuk LCS - dari senjata api ke peluru berpandu - adalah "kelengkapan peralatan kerajaan" yang akan dibekalkan terus kepada BNS sebaik sahaja kontrak telah diberikan.  


Oleh itu, kerajaan (melalui Kementerian Pertahanan) yang menandatangani kontrak dan LOI untuk peluru berpandu - NSM dan MICA - dengan Kongsberg dan MBDA.

Bagi kos dan bilangan peluru berpandu MICA yang akan diperoleh, saya belum lagi mengesahkannya. Bagaimanapun, kerana enam LCS masing-masing dikatakan mempunyai 16 peluncur, kita boleh menganggap sekurang-kurangnya 100 peluru berpandu akan diperolehi. Ia juga mungkin bahawa kedua-dua versi RF dan IR peluru itu akan dibeli.

Bagaimanapun, dari skema LCS seperti yang ditunjukkan oleh BNS di DSA 2018, MD berpendapat bahawa mereka boleh dimuatkan peluru berpandu Aster 15 atau 30 untuk mengikuti kapal, jika dana sudah tentu tersedia. 

Skematik menunjukkan pelancar A-35 di LCS menembusi hanya satu dek dengan sekurang-kurangnya tiga geladak di bawah. Sudah tentu mereka perlu mengubah reka bentuk keseluruhan kawasan bow jika mereka melakukan ini tetapi Malaysian Defence (MD) tidak fikir ia tidak dapat dibatalkan atau mahal. Bahagian mahal tentu saja peluru berpandu itu sendiri!

Menukar enam LCS pertama untuk Asters bagaimanapun akan agak mahal kerana mereka perlu mengubah sekurang-kurangnya dua dek sekurang-kurangnya. 

sumber : Malaysian Defence

 
 

Sunday, October 8, 2017

ARAB SAUDI TANDATANGANI PERJANJIAN BELI S-400 TRIUMF

S-400 Truimf - Rusia
Menurut laman web Aljazeera, Arab Saudi telah menandatangani perjanjian untuk membeli sistem misil pertahanan udara buatan Rusia S-400, diumumkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan oleh Raja Saudi Salman bin Abdul Aziz Al Saud ke Moscow.

Maklumat ini juga dilaporkan pada hari Khamis, 5 Oktober, 2017, oleh televisyen al-Arabiya milik Arab Saudi. 

Memorandum persefahaman dilaporkan telah ditandatangani untuk membantu kerajaan Arab Saudi mengembangkan industri pertahanannya sendiri, menurut saluran televisyen yang berpangkalan di Dubai.

SAMI ( Saudi Arabian Military Industries ) berkata MoU dengan pengeksport senjata Russia Rosoboronexport itu, datang dalam konteks kontrak yang ditandatangani untuk mendapatkan S-400, sistem Kornet-EM, TOS-1A, AGS-30 dan Kalashnikov AK-103.

Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Rogozin berkata Riyadh telah menunjukkan minat untuk membeli sistem peluru berpandu Rusia.
 
S-400 kini menjadi salah satu sistem peluru berpandu pertahanan udara yang paling popular selepas pembelian oleh China, India dan Turki baru-baru ini.

S-400 Triumph, nama pelapor NATO SA-21 Growler adalah sistem peluru berpandu jarak jauh ke udara yang dihasilkan oleh Almaz-Antey.

  
Sistem S-400 Triumph bertujuan untuk pertahanan dan menangani cubaan musuh dari memasuki ruang udara melalui, pesawat peninjau, ECM, radar-piket, pesawat strategik dan taktikal, peluru berpandu balistik taktikal, peluru berpandu balistik jarak sederhana dan aset serangan udara semasa dan masa depan yang lain pada jarak maksimum 400 km, dan ketinggian sehingga 30 km.

Pada masa ini, unit pertahanan udara Saudi dilengkapi dengan 17 bateri HAWK dengan 120 pelancar mudah alih dan tetap, 151 unit pelancar SHAHINE, dan 11 unit pelancar Patriot menggunakan peluru berpandu PAC-3.


Arab Saudi adalah negara sekutu A.S. yang kedua bersetuju membeli sistem S-400 selepas Turki bersetuju untuk membelinya dari Rusia pada bulan September.

Misil darat ke udara MIM-23 HAWK
Misil SHAHINE (R460 SICA) dari Perancis
 
Sistem misil Patroit dari Amerika Syarikat




sumber :World defence News 

Wednesday, July 13, 2016

TAIWAN SILAP LANCAR PELURU BERPANDU ANTI-KAPAL KE ARAH CHINA

Sebuah kapal perang Taiwan tersilap melancarkan peluru berpandu supersonik "pembunuh pesawat pengangkut"  ke arah China pada Jumaat, telah mengenai sebuah bot nelayan dan seorang nelayan telah terbunuh.

Hsiung-feng III (Brave Wind) peluru berpandu buatan tempatan terbang kira-kira 75 kilometer (45 batu) sebelum menghentam kapal pukat tunda di perairan Penghu, gugusan kepulauan Taiwan
di Selat Taiwan yang ditadbir, menurut tentera laut Taiwan.


Peluru  berpandu Hsiung-Feng III dalam perarakan hari kemerdekaan Taiwan

Monday, July 11, 2016

INDIA UJI PELURU BERPANDU JARAK SEDERHANA BARAK-8

 
Peluru berpandu balistik jarak sederhana usahasama India -Israel - foto: Indiadefensenews

BALASORE: India pada  Khamis 30 jun 2016 telah melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu permukaan-ke-udara, peluru berpandu balistik baru yang dibangunkan secara bersama dengan Israel dari pangkalan pertahanan di pesisir pantai Odisha, Times of India melaporkan.

Seorang pegawai Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) berkata, Barak-8, peluru berpandu jarak sederhana (MR-SAM), telah dilancarkan dari pelancar mudah alih di Chandipur di rangkaian Ujian Bersepadu (ITR) sekitar jam 8.15.
 
Menurutnya "Pelancaran ujian merupakan satu kejayaan besar dan ia menemui semua sasaran,"

Selain peluru berpandu sistem lain termasuk
sistem Pengawasan Multi Fungsi dan Threat Alert Radar sistem (MF STAR) untuk mengesan, penjejakan dan pemanduan, peluru berpandu tersebut.

ZeeNews melaporkan bahawa peluru berpandu balistik se
panjang empat meter  boleh mencapai target dalam lingkungan 50 ke 70 kilometer dan boleh membawa muatan kepala peledak seberat 60 kilogram.

Monday, June 20, 2016

RSS VIGOUR (RSN) BERJAYA LAKUKAN TEMBAKAN MISIL BARAK-1 DI LAUT CHINA SELATAN

Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telah berjaya menjalankan latihan tembakan peluru hidup terhadap simulasi ancaman permukaan  dengan melancarkan peluru berpandu Barak-1 dari kapal korvet peluru berpandu kelas Victory RSS Vigour (P 92) , pada 22 March 2016.

Peluru berpandu Barak-1  dilihat dilancarkan dari Vigour, yang kemudian melakukan manuver  menggunakan kawalan tujahan vektor sebelum menghala dan menghentam sasaran dengan berkesan iaitu platform pegun yang ditetapkan.
 
RSN RSS Vigour berjaya melaksanakan penembakan misil Barak-1

Monday, June 13, 2016

INDIA BERCADANG UNTUK MENGESKPOT MISIL BRAHMOSNYA KE NEGARA ASIA LAIN.

India telah meningkatkan usaha untuk menjual sistem peluru berpandu canggih untuk Vietnam dan mempunyai sekurang-kurangnya 15 lagi pasaran yang menjadi tumpuannya, menurut pakar perkara ini mencerminkan kebimbangan di New Delhi mengenai asertif ketenteraan China yang semakin berkembang.

Peluru berpandu Brahmos buatan India
Menjual  peluru berpandu supersonik Brahmos, yang dibuat oleh usaha sama India-Rusia, akan menandakan satu anjakan untuk pengimport senjata terbesar di dunia, kerana India mencari cara untuk menambah dan meningkatkan pendapatanya dan menghantar senjata untuk memantapkan pertahanan rakan kongsi.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah mengarahkan Brahmos Aerospace, yang menghasilkan peluru berpandu, untuk mempercepatkan jualan kepada senarai lima negara yang didahului oleh Vietnam, menurut nota kerajaan dilihat oleh Reuters dan tidak dilaporkan sebelum ini.

Monday, May 2, 2016

NAVAL STRIKE MISSILE (NSM) DARI KONGSBERG

Kongsberg Naval Strike Missile
Naval Strike Missile (NSM) merupakan satu-satunya peluru berpandu jarak jauh anti-kapal dan serangan darat, generasi kelima yang wujud pada hari ini serta berketepatan tinggi . Ia telah dipilih oleh Royal Norwegian Navy (RWN) untuk kapal-kapal frigat dan korvet pantai yang baru.
  
NSM akan beroperasi sepenuhnya di atas kapal ini apabila mereka memasuki perkhidmatan pada masa akan datang. Tentera Laut Poland juga telah memilih NSM untuk digunakan pada pemasangan platform pertahanan pantai (coastal artillary) mereka yang baru. 

Ianya dibangunkan oleh syarikat Norway Kongsberg Defence & Aerospace (KDA).

Wednesday, January 28, 2015

EXOCET - PELURU BERPANDU ANTI KAPAL


Exocet, peluru berpandu anti-kapal dari Perancis yang boleh dilancarkan dari beberapa platform seperti pesawat, helikopter,  kapal perang dan kapal selam.

Semua peluru berpandu mempunyai sistem asas yang sama iaitu tahan dalam semua-cuaca, sea-skimming, tembak-dan-lupa (fire and forget), radar petunjuk dan di gerakkan oleh motor roket pepejal dwi teras pada kelajuan transonik.

Ianya bertujuan untuk menyerang kapal-kapal perang yang besar dan juga kecil pada jarak sederhana seperti kapal jenis Pemusnah (Destroyer), Frigat dan Korvet. 

Sunday, June 30, 2013

MISIL SEA WOLF






Misil Sea Wolf adalah misil anti-peluru berpandu  jarak dekat berkelajuan tinggi dengan sistem bimbingan arahan semi-automatik dengan mengunakan panduan radar dan / atau peluru berpandu infra-merah serta pengesan sasaran. 

Tuesday, April 6, 2010

MISIL ASPIDE

Misil Aspide 2000 boleh dilancarkan dari platform permukaan
Misil ASPIDE merupakan sistem misil (medium-range) Itali yang dibangunkan dari sistem misil Amerika Syarikat iaitu AIM 7E Sparrow dan paling sesuai digunakan dalam dua keadaan penembakan iaitu udara ke udara dan permukaan ke udara.