Thursday, March 18, 2021

FUNGSI PESAWAT CL-415 MILIK APMM

Pesawat Bombardier CL-415 milik APMM : foto dari Airliners.net

Sebut sahaja pesawat CL-415 milik APMM, sudah pastinya terbayang gambaran di kepala, pesawat tersebut sedang memadamkan kebakaran dari udara. 

Ya, itulah imej yang seringkali dipaparkan di media massa tentang keupayaan pesawat ini. Lantas masyarakat membina  persepsi bahawa itulah fungsi utama pesawat CL-415 APMM. 

Malah APMM sendiri kelihatan tidak berusaha untuk menerangkan fungsi sebenar pesawat keluaran firma Bombardier dari Kanada ini.

Jadi jika tiada misi memadamkan kebakaran, adakah pesawat hanya bersantai di stesen udara APMM? Jawapanya tentulah sama sekali tidak. Jadi apa fungsi utama pesawat CL415 APMM ini? 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa fungsi utama pesawat CL-415 APMM adalah melakukan misi rondaan untuk memantau keadaan serta keselamatan kawasan martitim negara. 

Dengan ertikata lain ia memikul tanggungjawab untuk melakukan misi rondaan maritim. APMM mengoperasikan dua buah pesawat CL-415MP dimana ia sebenarnya adalah merupakan varian pesawat rondaan maritim bagi CL-415. 

Untuk tujuan itu, pesawat CL-415MP APMM dilengkapi dengan kepala penderia elektro-optik SeaFLIR 2 lengkap dengan kamera video dan kamera infra merah yang membolehkannya menangkap gambar dan video dalam kepekatan malam. Berbeza dengan pesawat maritim yang lain, kepala penderia elektro-optik pesawat tidak dipasang di bawah muncung pesawat  sebaliknya ia ditempatkan di bawah sayap kiri pesawat. 

Disamping itu ia turut dilengkapi dengan dua radar maritim pandang sisi atau Side Looking Airborne Radar jenis MSS-6000 untuk pemantauan jarak jauh lengkap dengan sistem AIS. Kesemua penderia dan aset sistem dikawal oleh seorang operator misi menerusi konsol kawalan. Untuk misi rondaan maritim, pesawat lazimnya membawa 4 orang krew.  

Jadi, pesawat CL-415MP APMM mempunyai tiga fungsi utama iaitu rondaan maritim, SAR dan memadamkan kebakaran.

Sumber : Malaysia Military Power

Sunday, March 14, 2021

SKUADRON 502 FENNEC KAWAL PERAIRAN NEGARA

Skuadron 502 Fennec mengawal perairan Sabah dan Sarawak : foto dari TLDM

KOTA KINABALU: Pemantauan keselamatan di perairan Sabah kini dapat diperkasakan dengan kehadiran helikopter jenis AS 555 SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan beroperasi di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) Teluk Sepangar.

Helikopter ini tiba di PTKK dari Markas Pemerintahan Armada Barat semalam dengan menggunakan kapal TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya, Datuk Sabri Zali, berkata penggunaan aset udara seperti helikopter sangat berkesan dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut.

Selain itu, aktiviti penyeludupan barangan asas dan pencerobohan nelayan asing ke perairan Sabah juga dapat dikekang.

Helikopter Fennec yang digunakan oleh TLDM

"Helikopter ini akan turut membantu mempertingkatkan keupayaan armada kapal TLDM melalui latihan bersama pesawat seperti Deck Landing Training (DLT), Winching Exercise (Winchex), Naval Gun Fire Support (NGS) Spotter dan lain-lain lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Sabri hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah Skuadron 502 yang mengoperasikan Fennec, Komander TLDM Fairul Mohd Shukor di pejabat beliau di Teluk Sepanggar.

sumber : BH online


Wednesday, March 10, 2021

INDONESIA LANCAR DUA LST KELAS TELUK BINTUNI.

Dua kapal LST yang dilancarkan di PT Bandar Abadi di Batam : foto dari PT Bandar Abadi shipyard

Syarikat pembinaan kapal Indonesia PT Bandar Abadi telah melancarkan dua kapal pendaratan amfibia (LST) kelas Teluk Bintuni yang dibina untuk Angkatan Laut Indonesia (TNI-AL) semasa upacara pelancaran dan penamaan kapal yang diadakan di Batam pada 27 Februari 2021.

TNI-AL berhasrat untuk memperolehi sejumlah dua belas kapal dari kelas yang sama dengan beberapa modifikasi dari kapal utama untuk meningkatkan kemampuan kapal.

Dua kapal baru, sebelumnya ditetapkan sebagai AT-8 dan AT-9 semasa pembinaan, masing-masing dinamakan sebagai Teluk Weda (526) dan Teluk Wondama (527).

Teluk Weda (Teluk Weda) di beri nama berdasarkan sebuah teluk yang terletak di Weda Tengah di Maluku Utara, sementara Teluk Wondama (Teluk Wondama) diberi nama dari sebuah teluk di Papua.

Kedua kapal itu dibina berdasarkan kontrak bernilai IDR360 bilion (AS $ 25.2 juta) yang ditandatangani antara Kementerian Pertahanan Indonesia (MOD) dan PT Bandar Abadi pada April 2019.

Kapal-kapal ini adalah untuk menggantikan kapal serangan amfibia yang lebih tua, dan juga dimaksudkan untuk meningkatkan kemampuan Angkatan Bersenjata Indonesia (TNI) untuk memindahkan pasukan, kenderaan perisai dan pembekalan ke seluruh negara.

Kelas Teluk Bintuni telah direka secara tempatan dan telah dibina oleh beberapa pembina kapal termasuk PT Bandar Abadi. 

Panjangnya 120 meter, lebar 18 meter, berat 2300 tan dan dikuasakan oleh dua enjin diesel marin yang memungkinkan kelajuan maksimum 16 knot dan jarak 7,200 batu nautika pada 12 knot.

Di pasang 2 unit meriam bofors L70/40mm dan 2 unit mesingan 12.7mm 

Ia memiliki ruang yang cukup untuk 368 pasukan dan hingga 15 kendaraan tempur infanteri BMP-3F melalui jalan roll-on / roll-off (Ro-Ro), dan mempunyai landasan helikopter yang dibenarkan untuk helikopter kelas 10 tan.

Ia juga memiliki kemampuan untuk deployment hingga empat kapal pendarat - kendaraan dan personel (LCVP) di deknya.

sumber : asia pasific defense journal


PENGKALAN UDARA TERAPUNG STN 5 (PULAU LAYANG - LAYANG)

pulau layang-layang (stesyen 5) dengan runway yang siap dibina : foto internet

Pada tahun 1970an hingga 1980an runway Stn 5 tiada lagi dan ia belum dibina. Yang ada hanyalah terumbu karang yang tumbuh membentuk seperti cendawan dan diliputi pasir timbul semasa air laut surut.

Pada tahun 1980 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membina tugu sebagai penanda hak Malaysia dan membina modul terapung atau penempatan anggota diatas terumbu karang yang dikelilingi pasang surut air laut.

tugu penanda diatas terumbu karang layang -layang ketika itu : foto internet

Pada penghujung tahun 1989 dan memasuki tahun 1990an keluasan Stn 5 atau dipanggil Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) bertambah setelah di tambak sepenuhnya secara berperingkat menggunakan tanah, pasir, konkrit dan lain-lain yang diangkut dari tumpah darah kita, dari Sabah manakala modul Stn 5 ditunda dari Semenanjung.

Pada tahun 1990an juga kerja-kerja pembinaan infrastruktur penting seperti pembangunan penempatan anggota, engine room, 2 lot hangar, stesen radar, menara peninjau, persenjataan Bofor 40 mm dan lain-lain termasuk pembinaan runway konkrit Stn 5 sepanjang 1,067 meter dibina antara tahun 1991 hingga 1995 kesemua projek dibiayai Kerajaan Malaysia pada waktu itu sebagai suatu rangka pelan pertahanan dan lanjutan industri pelancongan Malaysia.

pembinaan stesen 5 bermula dengan menempatkan markas tentera : foto internet

Kemudian pada tahun 2001 runway Stn 5 dinaiktaraf dan dipanjangkan kepada 1,367 meter dan 28 meter lebar. Kerja-kerja pembesaran runway dijalankan Syarikat tempatan Sin Matu Sdn. Bhd. dan siap sepenuhnya pada tahun 2003. 

Nombor pengklasifasian runway adalah 032RBXU, menunjukkan runway adalah sederhana kukuh pembuatannya terhadap pengolahan maksimum tekanan tayar pesawat.

Pangkalan Terapung dan Runway  Stn 5 berukuran 1,367 meter dan lebar 28 meter kekal sehingga ke hari ini 2021 dibawah seliaan Malaysia walaupun terdapat pertikaian pemilikan wilayah-wilayah Kepulauan Spratly.

Kapal selam

Pembelian 2 buah kapal selam kelas Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada waktu itu adalah salah satunya disebabkan pencerobohan dan kehadiran kapal selam asing berulang kali sebelum ini berhampiran terumbu-terumbu milik Malaysia kerana kaya dengan hasil sumber asli laut menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

MISI 

Mempertahankan terumbu-terumbu milik Malaysia sehingga ketitisan darah terakhir.

FUNGSI DAN PERANAN

- Sebuah pasukan barisan hadapan pertahanan maritim negara yang berperanan dan bertanggungjawab memelihara kedaulatan, keselamatan perairan dari sebarang ancaman dan pencerobohan pihak musuh.

- Pengawasan keselamatan dan kepentingan strategik negara. 

- Pengawasan dan keselamatan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benua negara.

- Mengimplementasikan dasar dan posisi serta plan kontingensi Stesen GSP TLDM sesuai dengan arahan pihak atasan.

- Memastikan status aset TLDM di semua stesen berada di tahap pengoperasian yang tinggi. 

sumber : Group pencinta dunia pertahanan & ketenteraan

Wednesday, March 3, 2021

KUBURAN KERETA KEBAL

Depot penyimpanan kereta kebal yang tidak digunakan lagi ; foto internet

Kharkiv - Terdapat lebih daripada 400 buah kereta kebal terbengkalai di kilang tersebut, di sebuah depot rahsia yang dikawal ketat. Depot itu berada di wilayah Slobozhanshchyna di timur Ukraine, hanya 20 batu dari sempadan Russia.

Semasa era Soviet Union pada tahun 1960-an dan 70-an, kilang Kharkiv telah memperbaiki lebih daripada 60 buah kereta kebal dan 55 buah enjin SETIAP BULAN.

Setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991, banyak kereta kebal di lokasi tersebut dibiarkan mereput kerana Ukraine yang baru merdeka tidak mempunyai wang atau keinginan untuk memperbaiki atau memodenkan teknologi dari mesin lama.

Walaupun pengeluarannya terhenti pada tahun 1990-an, kilang itu tidak pernah ditutup secara rasmi dan segelintir mekanik tetap di lokasi melakukan kerja-kerja memperbaiki kereta kebal moden mengikut waktu yang diperlukan.

kereta kebal dibiarkan berkarat dan reput di depot tersebut

Kilang ini pernah mengkhususkan baik pulih dan pemodenan kereta kebal T-64, T-72, dan T-80 yang dibina di Kilang Malyshev yang juga berdekatan di Kharkiv.

T-64 adalah kereta kebal pertempuran utama MBT era Soviet yang pertama kali dibina pada awal 1960-an. Manakala T-72 diperkenalkan pada tahun 1970-an dan menjadi salah satu kereta kebal yang paling banyak dihasilkan pada akhir abad ke-20.

T-80 memasuki perkhidmatan bersama T-72 pada tahun 1976 dan merupakan kereta kebal pengeluaran pertama yang dilengkapi dengan mesin-enjin turbin gas sebagai penggerak utama. Kereta kebal tersebut masih digunakan oleh Ukraine sehingga hari ini. Variasi yang diubah suai seperti OPLOT M.

Tank yang memerlukan 50-60 tan besi dalam pembuatannya terbiar begitu sahaja, kerana itu kebanyakkan negara bekas kesatuan Soviet seperti Serbia, Romania dan lain-lainnya cuba mengubah-suai model sedia ada kerana platform berpotensi ditingkatkan sepeti T-72 SHYGYS oleh Kazakhstan dan M-84AS1 Serbia, Degman dan versi Russia BVM, kesemua variasi tank soviet adalah potensi upgrade kerana ia direka sedemikian untuk memanjangkan hayat kenderaan, masalahnya cuma satu, iaitu modal.

sumber : GROUP PENCINTA DUNI4 KETENTERAAN & PERTAHANAN.

Monday, March 1, 2021

TENTERA DARAT UJI KEMAMPUAN MERIAM LG 1 MK III 105 MM

Latihan penembakan meriam LG1 MK III 105mm : foto berita tentera darat

Buat pertama kali, Tentera Darat menerusi 10 Briged (Para) telah memperlihatkan kemampuan meriam LG MK 111 105mm yang diperolehinya dalam eksesais yang berlangsung baru-baru ini.

Panglima 10 Briged (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Pengarah Artileri, Brig Jen Dato’ Dr Hj Ibrahim Yasir telah melakukan lawatan ke Eksesais Shelldrake Para Siri 1/2021 untuk melihat sendiri lebih dekat latihan itu.

Eksesais itu dilaksanakan oleh Rejimen Pertama Artileri Diraja (1 RAD) (Para) bermula pada 22 hingga 25 Feb 2021.

Lawatan itu bertujuan untuk melihat tahap kesiapsiagaan dan kompetensi pasukan dari aspek peranan serta tugas dan pada masa yang sama melihat persiapan pasukan-pasukan yang terlibat dalam menghadapi latihan Briged iaitu Eksesais Para Predator dan Eksesais Gerak Pantas yang bakal berlangsung pertengahan tahun 2021.

Eksesais ini bertujuan untuk menilai tahap kompentensi krew mengendalikan persenjataan Meriam 105mm LG1 MK III dan sub sistem serta memastikan kebolehgunaan persenjataan ini.

Terdahulu, 1 RAD (Para) telah melaksanakan tiga siri kursus penyesuaian bagi persenjataan yang merangkumi pengendalian meriam serta sub sistem sebelum melaksanakan latihan tembakan.

Sejurus Panglima dan Pengarah Artileri mendengar taklimat eksesais, program diteruskan dengan latihan tembakan tidak langsung di Tapak Meriam G26, tembakan langsung di Pos Pemerhati Bukit Kidney dan pertunjukan Tindak Cepat.

Panglima 10 Bgd (Para) turut melaksanakan kawad tindakan dan menembak meriam. Panglima 10 Bgd (Para) menekankan kepada setiap krew untuk meningkatkan kompetensi diri dalam melaksanakan peranan dan tugas 1 RAD (Para) bagi mendokong aturgerak 10 Bgd (Para).

Malaysia membeli 18 buah meriam LG MK111 105mm pada 2018 daripada syarikat Perancis, Nexter.

Meriam-meriam itu dipasang di dalam Malaysia oleh syarikat tempatan, Advance Defence System (ADS) sebelum diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

sumber : Defence Security Asia