Wednesday, March 25, 2009

KAPAL PENGANGKUT PERANCIS MENGALAMI KEROSAKAN


Kapal pengangkut Charles de Gualle berkuasa nuklear

Paris 13 Mac - Menurut jurucakap Tentera laut Perancis’ Kapal pengangkut pesawat udara tunggal negara itu yang berkuasa nuklear , Charles de Gaulle, sudah tidak dapat beroperasi kerana mengalami kerosakan.

"Kapal Pengangkut yang menjadi kebanggaan armada Perancis itu akan tersadai di pelabuhan untuk kerja membaikpulih yang memakan masa berminggu-minggu ataupun berbulan selepas terdapat keretakan dalam sambungan pada dua daripada empat turbin dan juga pada shaft propeller kapal tersebut," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Perancis.


Jurucakap Tentera laut itu menyatakan bahawa masalah itu ditemui apabila getaran berlebihan telah dikesan. Ia menyatakan pemeriksaan lanjut keatas kapal induk tersebut itu diperlukan, untuk menentukan punca sebenar kerosakan dan pelan tindakan yang akan diambil bagi menangani perkara tersebut.

Charles de Gaulle, akhirnya berjaya di siapkan setelah pembinaanya tertangguh sebayak empat kali dengan jumlah kos tambahan sebanyak 3 bilion EURO, Kapal ini telah ditauliahkan pada 18 Mei 2001, lima tahun di belakang dari tarikh yang sepatutnya ia siap.

Charles de Gaulle satu-satunya kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear menjadi dibina di luar Amerika Syarikat.

Kapal ini mampu membawa sebanyak 40 buah pesawat Rafale, mempunyai landasan sepanjang 195 meter dan geladak penerbangannya berukuran 12,000 meter persegi.

Pembinaannya bermula pada bulan Disember 1987 tetapi telah terhalang akibat kekangan bajet. Menjalani ujian pertama (sea trial) pada Januari1999 dan memasuki perkhidmatan pada 2001.

USS Enterprise (kiri) Charles de Gaulle (kanan)








Monday, March 2, 2009

KAPAL SELAM BRITISH-PERANCIS BERLANGGAR


HMS Vanguard (kiri) milik tentera British berlanggar dengan Le Triomphant milik tentera Perancis

Dua kapal selam nuklear, milik tentera British dan Perancis berlanggar di Lautan Atlantik pada awal bulan Februari, menurut laporan dari akhbar The Sun, United Kingdom. 

Akhbar tersebut memberitahu bahawa, kedua-dua kapal selam HMS Vanguard dan Le Triomphant rosak dalam kejadian itu tetapi tiada laporan kerosakan pada bahagian nuklearnya.


Kapal selam tentera British kini ditunda ke pelabuhan Faslane di Scotland untuk dibaik pulih. Kedua-dua kapal selam berkenaan setiap satu membawa kira-kira 250 orang anak kapal, dilaporkan berada diatas permukaan laut dan dalam misi berbeza ketika berlanggar pada 4 Februari lalu. 

Kapal selam perancis pula mengalami kerosakan pada bahagian sonar dan berupaya kembali ke Brest dengan kuasa yang masih ada.


Kementerian pertahanan UK enggan memberi komen mengenai operasi kapal selam berkenaan tetapi jurucakapnya berkata kami boleh mengesahkan bahawa keupayaan memcegah yang dimiliki oleh UK kekal tidak terjejas pada setiap masa dan keselamatan nuklear juga tidak dikompromi"


HMS Vanguard adalah satu daripada empat kapal selam nuklear yang dikendalikan oleh tentera British sebagai sebahagian daripada sistem Trident yang sentiasa mengadakan rondaan pencegahan. Setiap kapal berukuran 150 meter panjang dan 13 meter dalam diameter serta boleh membawa sehingga 48 bom nuklear untuk maksimum 16 peluru berpandu.


Manakala Le Triomphant merupakan salah satu dari empat buah kapal selam kelas Triomphant milik Tentera Perancis yang terdiri dari Le Temeriare, Le Vigilant dan Le Terrible. Ukuran panjang bagi Kapal selam ini ialah 138 meter dan 12.50 meter dalam ukuran diameter.
Ia berkemampuan membawa 16 M45 Misil Balistik (Nuklear).