Saturday, April 27, 2019

ALKISAH PERTAHANAN NEGARA YANG SEMAKIN SURAM -MDR


Perkembangan pertahanan negara makin suram selepas pengumuman Menteri Pertahanan Malaysia (Menhan) baharu ini yang mahu menangguhkan perolehan dan pembelian aset baharu untuk memberi laluan kepada Kerajaan mengunakan dana kerajaan menyelamatkan institusi kerajaan yang dikatakan mengalami keŕugian selepas diambil kerajaan baharu selepas piliharaya umum tahun lalu.

Kenyataan Menhan dilihat tidak bersesuaian tatkala beliau dijangka akan berangkat ke Moscow, Russia selama 4 hari untuk bertemu rakan sejawatannya Menteri Pertahanan Russia bagi membincangkan kemungkinan pembelian aset tentera baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia serta agensi keselamatan dan penyelamatan Malaysia seperti Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Russia pada Pameran LIMA'19 pada hujung Mac yang lalu menyatakan kesediaan mereka untuk menerima komoditi Kelapa Sawit sebagai cara pembayaran atau tukaran barter untuk pembelian produk pertahanan dari Russia.

Russia dilaporkan berminat menawarkan jet pejuang Su-57E, Su-35 dan Yak-130 kepada Malaysia selain helikopter Mi-17. Russia juga bersedia berkerjasama memastikan jet pejuang Russia milik Malaysia tetap terbang dan memastikan kerja penyelenggaraan pesawat diteruskan serta mendapatkan alat ganti terus dari pengeluar asal.

Russia juga bersedia menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di Moscow Aviation Institute University of Russian.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berdepan dengan masalah apabila memiliki banyak aset berusia dan usang. Lebih 60% aset 3 cabang ATM telah melebihi usia 10 tahun dan yang paling berusia mungkin melebihi 50 tahun.

Tentera Darat Malaysia (TD) pada awalnya merancang menaiktaraf kenderaan perisai Condor, Sibmas, Stomer serta kereta kebal ringan Scorpion. Kenderaan yang menjangkaui usia 40 tahun itu pada awalnya mahu dinaiktaraf dengan memberi nafas baharu dengan memasang beberapa bahagian dan peralatan dengan teknologi terkini.

Pada 2016, Deftech telah mempertontonkan prototaip program pembuatan semula kenderaan perisai Condor, manakala KSSB mempertontonkan prototaip naiktaraf kereta kebal Scorpion semasa Pameran DSA 2016.

Namun selepas dinilai semula pada 2018 oleh kerajaan baharu (selepas pilihanraya), program menaiktaraf Condor dan Scorpion dibatalkan dengan kemungkinan dibersarakan. Walaupun terdapat kemungkinan terdapat pengantian dengan kenderaan perisai MRAP 4x4, 6x6 serta kemungkinan penambahan AV8 Gempita 8x8, namun tiada tindakan lanjut diberikan oleh kerajaan.

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengumumkan program 15 to 5 sebagai satu langkah untuk meningkatkan keupayaan selain pengurusan yang efisien serta kos operasi yang lebih menjimatkan.

Namun pada 2018 selepas pilihanraya umum, 2 buah Projek dibawah program 15 to 5 iaitu Littoral Combat Ship (LCS) dan Littoral Mission Ship (LMS) mengalami kelewatan yang tidak dijangka.

LCS pada tahun lalu, telah mengalami kelewatan dalam pembinaanya selepas dinilai semula oleh kerajaan baharu. Projek LCS akhirnya diteruskan pada September 2018 dan turut melakukan perletakan tunas bagi LCS ke-4.

Namun penyerahan LCS pada Mac 2019 tidak berlaku dan ia ditangguh sehingga hujung tahun 2019. Ia sekali berlaku kejutan apabila Panglima Tentera Laut melalui satu kenyataan baru-baru ini LCS pertama hanya diserahkan pada 2021. Ini disebabkan kelewatan satu bahagian dan peralatan dari Amerika Syarikat yang diperlukan oleh LCS untuk mengintergrasikan sistem berkenaan dengan keseluruhan sistem yang ada dengan LCS.

Selain itu, program 15 to 5 TLDM juga dilihat seperti tidak akan diteruskan selepas tiada perbincangan lanjut dibuat semasa pameran LIMA'19. Malah LCS bakal tidak mempunyai sistem pertahanan udara apabila kerajaan enggan meneruskab pembelian misil VL Mica sebagai langkah menentang usul Kesatuan Eropah terhadap penggunaan kelapa sawit sebagai bahan api bio.

TUDM sebelum pameran LIMA'19 dilaporkan telah meminta maklumat (RFI) dari pelbagai pengeluar jet pejuang untuk memenuhi permintaan TUDM untuk mendapatkan Light Combat Aircraft (LCA). LCA adalah jet pejuang ringan yang digunakan sebagai bantuan tambahan buat jet pejuang utama selain untuk tujuan latihan untuk bakal juruterbang jet pejuang.

Namun pada LIMA'19, tiada satu tindakan lanjut dibuat, malah kerajaan menyatakan belum masa untuk membuat pemilihan dan pembelian. Malah berita mengenai LCA terus sepi selepas tamatnya LIMA'19.

LCA penting untuk mengantikan Hawk 208/108 dan MBB339 yang sebelum ini mengalami masalah penyelanggaraan serta keselamatan sehingga berlaku kemalangan dan kehilangan nyawa.

Selain itu, status operasi MiG-29N menjadi tanda tanya apabila ia direhatkan pada 2015. Ia berpunca masalah untuk mendapatkan alat ganti serta kos baikpulih yang dikatakan mahal. Russia dilaporkan bersedia menerima 16 buah pesawat berkenaan untuk tukaran alat ganti atau penambahan Su-30MKM.

Dengan ketiadaan MiG-29N dilihat sedikit sebanyak meninggalkan kekosongan diruang udara Malaysia memberi peluang pihak tertentu untuk melakukan aktiviti provokasi dan menceroboh ruang udara Malaysia. Dilaporkan terdapat lebih 1000 pencerobohan aset tentera asing selepas MiG-29N direhatkan.

Kerajaan seharusnya menitikberatkan hal pertahanan negara seperti isu-isu lain, ini kerana Malaysia saban tahun bajet pertahanan semakin berkurangan. Ia menyebabkan kesukaran buat ATM mengekalkan keupayaan dan tahap kesiapsiagaan semakin berkurangan.

Kerajaan seharusnya melakukan satu perancangan rapi berdasarkan kemampuan dan bukannya mengunakan dana sedia ada untuk membantu perkara yang tiada kaitan dengan pertahanan.

Berdasarkan kenyataan Menhan sebelum ini, dilihat pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara pasti jadi tumpuan untuk melihat apa yang akan terjadi selepas itu.

Adakah pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara akan mengikut jejak program untuk pertahanan yang sebelum ini dirancang namun gagal sebelum dilaksanakan?

Kertas Putih adakah hanya akan jadi kertas putih sahaja tanpa sebarang tulisan didalamnya??????

sumber : petikan dari facebook Malaysia Defence Review


Wednesday, April 24, 2019

LCS MAHARAJA LELA DIJANGKA DITAULIAHKAN PADA 2021 - PANGLIMA TLDM

KD Maharaja Lela akan di tauliahkan pada 2021
KUALA LUMPUR, 18 Apr – Kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), LCS Maharaja Lela dijangka ditauliahkan pada 2021, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

“Lagi dua tahun…yang lain akan diterima dan ditauliahkan secara berperingkat selepas itu,“ katanya ketika ditanya mengenai perkembangan LCS selepas beliau menghadiri Program Derma Darah sempena sambutan Hari TLDM Ke-85 di Kem Kementah di sini, hari ini.

Pada 31 Okt lepas, media melaporkan penyerahan LCS pertama milik TLDM yang dijadualkan tahun ini ditangguhkan susulan pembinanya, Boustead Naval Shipyard (BNS) masih menunggu komponen penting daripada sebuah syarikat di Amerika Syarikat dan ia dijangka tiba pada penghujung tahun ini.

Ini sekali gus mengakibatkan kapal berkenaan tidak dapat terlibat dalam Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 baru-baru ini.

TLDM sebelum ini dilaporkan akan menerima enam LCS secara berperingkat mulai pertengahan tahun ini.

LCS dibina dengan keupayaan peperangan empat dimensi bagi mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta dilengkapi sistem pengurusan peperangan terkini dan mampu menampung sehingga 118 anak kapal selain sebuah helikopter dan pasukan khas.

Mengulas mengenai program derma darah yang dilakukan setiap tahun itu, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sosial TLDM kepada masyarakat.

“Pada tahun lepas, di sini sahaja (Kuala Lumpur) 350 orang penderma dan tahun ini kita jangka cuba mengatasi bilangan tersebut, harap melebihi daripada 400 penderma,” kata Mohd Reza.

Beliau berkata program berkenaan turut berlangsung di pangkalan TLDM yang lain antaranya di Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu.

sumber : Bernama.


APMM SEMPORNA TAHAN DUA LELAKI SELUDUP MINYAK PETROL


Semporna, 23 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki berhampiran perairan Pulau Bum Bum dekat sini, selepas cuba menyeludup keluar 150 tong berisi minyak petrol ke Filipina, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pihaknya yang menjalankan tugas rutin terserempak sebuah bot kargo dikendalikan dua lelaki warga Filipina berumur 60 dan 40 tahun itu dalam keadaan mencurigakan sebelum bot itu ditahan pada 8 malam.

“Kedua-dua lelaki yang tidak memiliki dokumen diri sah itu bertindak meloloskan diri apabila menyedari kehadiran bot pasukan keselamatan.

“Namun, anggota penguat kuasa mengejar dan menahan bot suspek, hasilnya terdapat 150 tong minyak petrol dianggarkan bernilai RM24,500 dalam ruangan bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Norrimi, tangkapan kes penyeludupan itu merupakan yang kedua bagi tahun ini selepas Februari lepas yang mana kegiatan menyeludup bahan bakar ditumpaskan APMM.

Susulan itu, katanya APMM Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan daerah ini.

Katanya, orang ramai disaran memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat aduan kepada pusat operasi pasukan keselamatan menerusi talian 089-782619 atau MERS 999.

sumber : Bernama

TLDM PERLUKAN KAPAL HIDROGRAFI BARU

Kapal Hidrografi TLDM KD Perantau. 
PELABUHAN KLANG 12 April - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan kapal hidrografi baharu yang serba moden bagi tujuan pemetaan data perairan negara.

Ini kerana, ketika ini, TLDM hanya mempunyai sebuah sahaja kapal hidrografi iaitu KD Perantau yang sudah berusia 20 tahun, selepas KD Mutiara ditamatkan perkhidmatan.

Kekurangan tersebut menyebabkan buat masa ini TLDM terpaksa bergantung kepada khidmat kapal hidrografi milik swasta yang diperoleh secara kontrak sewaan bagi melaksanakan tugas itu.

Pengarah Kanan Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan Md. Said berkata, jika hanya bergantung kepada KD Perantau, ia memakan masa 55 tahun untuk melengkapkan pemetaan perairan negara.

“Ketika ini memang kita melaksanakan operasi menggunakan KD Perantau dan dibantu kapal pihak swasta yang dibuat secara kontrak sewaan kerana faktor kekangan kewangan kerajaan.

“Namun untuk jangka masa panjang, TLDM memerlukan kapal hidrografi moden yang canggih kerana keluasan perairan kita adalah dua kali ganda daripada keluasan daratan.

“Bagaimanapun, kita memahami kekangan kerajaan dan buat masa ini kita akan melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan konsep sewaan itu,” katanya kepada pemberita. -

Sumber : utusan online

Tuesday, April 23, 2019

INDONESIA LANCAR KAPAL SELAM PERTAMA DIPASANG DALAM NEGARA

Pelancaran kapal selam ketiga dari Kelas Nagapasa oleh PT-PAL
Syarikat Pembinaan Kapal Indonesia PT PAL telah melancarkan kapal selam diesel-elektrik ketiga negara itu, Nagapasa (Type 209/1400) (SSK).

Kapal selam yang akan dikenali sebagai KRI Alugoro (405) setelah ditauliahkan, dilancarkan pada 11 April di Dermaga PT-PAL Semarang, Surabaya Indonesia.

Sementara dari keseluruhan ketiga kapal selam kelas Nagapasa, KRI Alugoro adalah kapal selam pertama yang akan dipasang di Indonesia.

Pemasangannya dilakukan dengan kerjasama para jurutera dari Korea Shipbuilder Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME) sebagai sebahagian daripada program pemindahan teknologi.

Alugoro adalah sebahagian daripada kontrak KRW1.3 trilion (USD1.2 bilion) yang ditandatangani antara DSME dan Kementerian Pertahanan Indonesia pada bulan Disember 2011 untuk tiga SSK.

Kapal selam ini dihasilkan dari reka bentuk kapal selam kelas Chang Bogo dari Angkatan Laut Republik Korea (RoKN).

keratan rentas KRI Nagapasa (403)

KRI Nagapasa (403) yang pertama dalam kelas ini ditailiahkan pada Ogos 2017, manakala kapal kedua, KRI Ardadedali (404), diserahkan kepada Angkatan Laut Indonesia (Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut: TNI-AL) pada tahun 2018.

Kelas Nagapasa mempunyai panjang keseluruhan 61.2 m, keseluruhan rasuk 6.25 m, dan draf hull 5.5 m. Ia dikuasakan oleh empat penjana diesel MTU 12V 493 , dan mempunyai kelajuan maksima ialah 21.5 knot ketika menyelam, dan 11 knot apabila dipermukaan.

Memiliki berat 1460 tan ketika berada dipermukaan dan berat bertambah ke 1596 tan ketika menyelam.

Kapal ini boleh berlayar selama lebih dari 50 hari dan boleh membawa 40 anggota kru serta pasukan elit Indonesia untuk menyokong fungsi operasinya.

Sistem persenjataan ia dilengkapi dengan torpedo generasi baru Black Shark buatan Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali dan mampu menjangkau sasaran hingga 50km

Torpedo Black Shark Dari WASS Itali

sumber : Janes.com

Sunday, April 21, 2019

QATAR TANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK BELI 100 UNIT ALTAY TURKI

Kereta kebal buatan Turki ' Altay'

Perjanjian antara Turki dan Qatar untuk pembelian kereta kebal utama Turki yang pertama, Altay, telah ditandatangani, kata pegawai semalam.

Naib Pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) Ali İhsan Yavuz berkata menurut perjanjian Qatar akan membeli hingga 100 kereta kebal dari Turki dan 40 daripadanya akan dikirimkan ke negara Teluk pada fasa pertama.

Yavuz menyatakan bahawa selepas penghantaran pertama, enjin domestik akan mula digunakan dalam Altay. Pada masa ini, prototaip Altay dikuasakan oleh enjin diesel 1,500 hp dari  MTU Friedrichshafen GmbH Jerman.

Prototaip untuk Altay diumumkan pada pertunjukan pertahanan 2011 di Istanbul. Kontrak untuk pengeluaran besar-besaran Kereta kebal tempur generasi akan datang ditandatangani di antara Presidensi Pertahanan Industri Turki (SSB) dan pengeluar kenderaan perisai domestik BMC pada bulan November 2018.

Oleh itu, kereta kebal Altay pertama akan dilancarkan di line pemasangan dalam tempoh 18 bulan akan datang dan akan dihantar ke Angkatan Tentera Turki. Kontrak ini termasuk pengeluaran besar-besaran dan sokongan logistik kitaran hayat bagi 250 unit. 

Di dalam skop proses pengeluaran besar-besaran, 40 kereta kebal akan dihasilkan pada fasa pertama, dan seterusnya 210 tangki dengan peningkatan sistem perisai dan subsistem akan dihasilkan.

Beberapa kontraktor pertahanan tempatan terkemuka seperti Roketsan, Aselsan, Havelsan dan Institut Industri Jentera dan Kimia (MKEK) adalah antara pihak yang berkepentingan dalam projek Altay.

The Altay, yang ditetapkan menjadi kenderaan barisan hadapan paling penting Angkatan Bersenjata Turki (TSK), dinamakan sempena Tentera Darat Jeneral Fahrettin Altay, yang memerintahkan Kor Kelima Kelima semasa Perang Kemerdekaan Turki.

Diklasifikasikan sebagai kereta kebal "generasi ketiga yang maju", Altay akan dilengkapi dengan keadaan teknologi seni, yang mampu menyediakan segala macam sokongan taktikal untuk tentera abad ke-21. 

Kereta kebal ini dijangka menjadi sangat penting bagi tentera Turki pada masa depan terima kasih kepada mobilitinya yang sangat baik, kuasa tembakan yang unggul, dan ketahanan.

Altay dilengkapi dengan meriam 120-mm 55 kaliber smoothbore sebagai senjata utamanya. Sistem kawalan tembakan generasi baru akan membolehkan pengguna menembak sasaran dalam gerakan dengan kadar ketepatan yang tinggi. 

Kereta kebal ini juga akan menampilkan turet mesingan kawalan jarak jauh 12.7 mm dan mesingan 7.62 mm  yang dipasang pada menara untuk digunakan di kawasan bandar dan tembakan sokongan.

Ia juga akan menampilkan perisai komposit untuk menahan kesan serpihan peluru, peluru berpandu atau peluru meriam, melindungi anak kapal dari tembakan musuh.

Sistem sokongan hayat, kit perlindungan tambahan periuk api, kumpulan kuasa tambahan, sistem amaran laser dan sistem kesedaran situasi 360 darjah adalah antara elemen penting lain dari Altay.

sumber : Daily sabah




Tuesday, April 16, 2019

"KERIS" NAMA KAPAL LITTORAL MISSION SHIP PERTAMA MALAYSIA

KD Keris - Littoral Mission Ship pertama diresmikan
WUHAN,15 April – Tentera Laut Diraja Malaysia telah mengabadikan senjata tradisional Melayu, Keris sebagai nama Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) yang pertama.

KERIS telah dilancarkan di Shuangliu Manufacturer Base, Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Wuhan, China pada hari ini.

Majlis Perasmian LMS yang pertama telah disempurnakan oleh isteri Menteri Pertahanan, Puan Hajjah Normah binti Alwi. Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Pengarah Boustead Heavy Industry Corporation (BHIC), Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali (Bersara), pihak pengurusan China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) serta China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

“Nama KERIS telah dipilih bersempena dengan nama Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas KRIS yang telah dilucut tauliah pada 1 Ogos 2005.

“Penggunaan nama KERIS yang merupakan senjata tradisional Melayu, melambangkan simbol semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menentang serta menangkis serangan musuh.

“Semangat ini bakal dimiliki oleh bakal kru LMS yang akan memulakan latihan di Shanghai tidak lama lagi,” kata TLDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Peletakan Lunas LMS yang pertama ini bermula pada 24 Oktober 2018 lalu dan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Sementara itu, TLDM turut menjelaskan tradisi tentera laut di mana isteri kepada orang kenamaan negara akan diberi penghormatan untuk melancarkan kapal baharu yang bakal menyertai armada TLDM.

Majlis perasmian LMS di Wuchang Shipbuilding
“Wanita yang melancarkan kapal ini digelar ‘Lady Sponsor’ dan akan terpahat sebagai sebahagian coretan sejarah kapal ini,” jelas TLDM dalam kenyataan yang sama

LMS merupakan salah satu daripada 5 kelas kapal yang digariskan dibawah Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM. Dalam pelan tersebut, TLDM telah menggariskan perolehan sebanyak 18 buah kapal LMS. Setakat ini, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan perolehan sebanyak 4 buah kapal LMS.

Keempat-empat unit LMS ini bakal menyertai Armada Timur di mana kehadiran LMS bakal menguatkan lagi kesiagaan dan kedaulatan perairan maritim Malaysia timur.

Perolehan LMS ini juga dapat mengatasi masalah keusangan aset serta kitaran jadual senggaraan kapal-kapal TLDM sedia ada.

Teknologi yang dimiliki LMS adalah selari dengan kemodenan semasa sesuai dengan keupayaan kapal peronda di rantau Asia Tenggara. 

Melalui perolehan ini juga, Malaysia dapat mengukuhkan hubungan diplomasi dengan negara China dalam bidang pertahanan serta ekonomi.

KERIS, kapal LMS bernombor pennant 111 bakal menjalani pelbagai ujian penerimaan di pelabuhan dan di laut sebelum diserahkan secara rasmi kepada TLDM pada Disember 2019.

sumber: Airtimes



MISIL MBDA MICA

Misil MICA  RF (sebelah kiri) dan MICA IR (kanan)

Misil MBDA MICA adalah peluru berpandu anti-udara pelbagai sasaran (multi target), all weather, fire and forget, sistem peluru berpandu jarak dekat dan sederhana.

Ia direka dan dibangunkan oleh pengeluar sistem peluru berpandu Eropah, Matra BAE Dynamics Alenia (MBDA)

Ia bertujuan untuk digunakan oleh platform udara sebagai peluru berpandu individu serta platform darat dan kapal, yang boleh dilengkapi dengan sistem Pelancar Menegak (VLS) untuk tembakan.

Misil ini dilengkapi dengan sistem kawalan vektor teras (TVC) pada motor roket bertujuan meningkatkan ketangkasan peluru berpandu .

Penerbangan misil dikawal oleh program yang dikenali sebagai strap down inertial mid course guidance system dan kemudian oleh terminal homing seeker.


Terdapat dua varian MICA iaitu MICA RF (radio frequency) mempunyai pencari homing radar aktif dan MICA IR (infrared) mempunyai pencari homing pengimejan infra merah.

Kedua-dua pencari ini direka bentuk untuk menapis tindak balas yang datang dari chaff dan decoy flares (api pengumpan).

MICA versi udara ke udara 


Misil udara ke udara dipasang pada pesawat Rafale

Misil MICA versi udara ke udara berjaya dipasang pada pesawat Rafale telah berjaya diluncurkan pada 11 Jun 2007 dan berjaya memusnahkan sasaran.

Misil ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan kompak dengan sayap kord yang panjang . Empat sayap pendek pada ekornya untuk memberikan keupayaan aerodinamik yang lebih baik dan kelajuan yang tinggi.

Panjang 3.1m, diameter 0.16m, dan berat 112kg, ia boleh dilancarkan dengan menggunakan pelancaran rail atau kaedah pelancaran eject dari pesawat.

Penentuan sasaran untuk peluru berpandu disediakan oleh sensor elektro-optik, radar dan penglihatan yang dipasang pada helmet juruterbang.

Jarak jangkauan Misil MICA udara ke udara ialah dari 500 meter ke 60 kilometer.

Peluru berpandu ini dioperasikan oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis. Ia telah dieksport ke beberapa negara asing termasuk Taiwan, Qatar, Arab-Emirates dan Greece.

 VL MICA versi permukaan ke udara (pelancar menegak) 


VL-Mica versi daratan
MICA juga boleh digunakan sebagai peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak dekat. Ia boleh didapati dalam versi daratan, VL MICA, diluncurkan dari peluncur kotak secara menegak yang dipasang pada trak 5 tan.

Versi tentera laut, VL MICA-M, diluncurkan dari sistem pelancaran menegak yang dilengkapi di geladak kapal.

Pada Julai 2006 pelancaran misil melalui platform kapal tentera laut berjaya dilakukan dan berjaya memusnahkan sasaran pada jarak 10 km dan pada Oktober 2008 sebanyak 14 ujian penembakan secara menegak dilakukan diatas kapal laut berjaya memusnahkan sasaran pada jarak 12 kilometer.

Sistem pelancar menegak (VL-MICA) adalah berdasarkan teknologi pelancaran menegak yang dibangunkan oleh BAE Systems untuk peluru berpandu pertahanan udara Seawolf (versi laut).

Misil versi VL MICA-M ini amat sesuai di pasang pada kapal jenis korvet kerana ianya lebih murah dan kecil berbanding dengan sistem misil Aster 15 yang mahal dan perlukan ruang yang lebih besar untuk dipasang serta mempunyai keupayaan yang sama dengan sistem Aster.

Sistem ini boleh beroperasi secara bersendirian atau diintegrasikan ke dalam rangkaian pertahanan udara yang luas. 

MICA versi kapal permukaan
VL MICA disepadukan dengan sistem tempur kapal, yang menyediakan data penetapan sasaran dari sensor pertahanan udara sedia ada. Misil yang dilancarkan dari kontainer individu menyediakan payung pertahanan 360 ° serta mengekalkan kestabilan dan kehalimunan kapal.

Sistemnya yang kompak dan modular membolehkan ia dipasang pada kapal perang baru atau kapal refit.

Pemilikan Misil ini untuk kapal Frigat kelas KD Maharajalela masih lagi menjadi persoalan adakah jadi atau tidak apabila pembeliannya tidak ditandatangani di LIMA' 19 baru-baru ini.

Antara negara yang mengoperasi sistem VL-MICA versi laut ialah Indonesia, Singapura, Oman, UAE, Maghribi dan Mesir 

sumber wiki & army technology  



Friday, April 5, 2019

A400M TUDM LAKSANA ENAM MISI SEJAK 2017

A400M semasa misi kemanusiaan di Palu, Indonesia
LANGKAWI  - Belum pun menginjak usia lima tahun, pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Airbus A400M telah melaksanakan enam misi bantuan kemanusiaan dan bencana sejak 2017.

Empat pesawat yang mula diterima secara berperingkat-peringkat sejak Mac 2015 itu turut pernah melaksanakan tugas bagi mengisi bahan api pesawat-pesawat tempur milik TUDM di udara.

Selain misi kemanusiaan di Marawi, Filipina pada Julai 2017, TUDM pernah terbang ke Chittagong, Bangladesh sebanyak tiga kali iaitu pada Ogos 2017 diikuti pada Januari dan Julai tahun lalu dengan membawa kargo seberat 37 tan.

Pada Julai 2018, A400M sekali lagi terbang bersama-sama puluhan tan barangan keperluan asas dan ubat-ubatan dalam misi sama kepada mangsa banjir di Vientiane, Laos.

Pegawai Memerintah Skuadron Ke-22 TUDM, Leftenan Kolonel Yusrizal Zain berkata, paling mencabar adalah ketika pesawat itu menyertai misi kemanusiaan di Palu, Indonesia yang dilanda gempa bumi, kira-kira lima bulan lalu.

“A400M terbukti cemerlang di Palu apabila juruterbang mampu mendarat walaupun dengan bebanan (kargo) yang penuh, di landasan yang tidak boleh digunakan sepenuhnya ekoran retak akibat bencana, sekali gus menjadi pesawat pengangkut terbesar yang mendarat di sana, pada masa itu.

aksi A400M di LIMA'19 Langkawi : Foto TUDM
“Oleh itu, pesawat ini terbukti mampu beroperasi di landasan yang rosak atau tidak diturap dan lebih pendek kerana reka bentuk dan teknologinya,” katanya ketika ditemui sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) di sini hari ini.

Berikutan prestasi cemerlang serta tahap penggunaan yang tinggi, Skuadron Ke-22 TUDM telah mendapat pengiktirafan daripada Airbus kerana kejayaan mereka merakam jam penerbangan paling tinggi dalam kalangan semua pengendali A400M di seluruh dunia.

Selain Malaysia yang merupakan negara Asia pertama memiliki pesawat itu, Airbus A400M yang berteknologi canggih dan terkini turut digunakan Perancis, Jerman, Turki dan United Kingdom.

Yusrizal berkata, aset pertahanan negara itu telah membolehkan Malaysia menyokong pelbagai operasi kemanusiaan dengan lebih efektif berbanding dahulu kerana TUDM memiliki keupayaan untuk terbang lebih jauh dan pantas sambil membawa berat bebanan yang lebih tinggi berbanding pesawat lain.

“Walaupun A400M secara idealnya lebih sesuai digunakan untuk menyokong misi kemanusiaan di rantau Asia Pasifik, namun ciri pesawat yang serba boleh akan memantap dan mempertingkatkan keupayaan operasi TUDM.

“Pesawat ini juga merupakan duta terbaik Malaysia semasa pelaksanaan misi pelbagai hala dan mempamerkan kemampuan kendiri kami berbanding tentera udara lain dari seluruh dunia,” ujarnya.

sumber : utusan



Thursday, April 4, 2019

NGAFV SINGAPURA TERIMA TURET BARU SAMSON 30 - TANPA PEMANDU

NGAFV Singapura dengan turet baru - Samson 30

Kenderaan tempur berperisai Generasi Baru (NGAFV), menerima turet baru tanpa pemandu (Samson 30) yang dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense Systems Ltd.

Ia adalah syarikat teknologi pertahanan Israel. Ia diasaskan sebagai Makmal Pertahanan Nasional R & D Israel untuk pembangunan senjata dan teknologi ketenteraan dalam Kementerian Pertahanan Israel.

Diterbitkan oleh wartawan Mike Yeo di akaun Twitternya pada 1 Mac, gambar menunjukkan versi terkini kenderaan perisai tempur moden Singapura.

Sistem all-in-one ini boleh ia mencari punca tembakan, membolehkan krew untuk membalas tembakan kembali dengan berkesan dengan Turret Tanpa pemandu SAMSON 30 atau interface dengan platform pertempuran lain melalui rangkaian BMS.

Turet lama yang dipasang pada NGAFV
Sebagai tambahan kepada meriam automatik 30mm, dua peluru berpandu berpandu serba guna,  mesingan coaxial, turet baru mengintegrasikan dua pemandangan bebas, pelancar tersembunyi untuk bom asap dan sistem lengkap Trophy APS .

Kenderaan Generasi Baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAFV) telah dilancarkan pada bulan Jun 2016. Ia sedang dibangunkan oleh Agensi Pertahanan, Sains dan Teknologi Singapura dengan kerjasama ST Engineering dan SAF.

Pembangunan AFV generasi baru ini bermula pada tahun 2006, manakala kemasukan perkhidmatannya dirancang untuk 2019. AVF baru dijangka menggantikan kenderaan perisai M113 Ultra Angkatan Tentera Singapura dan akan mengukuhkan keupayaan armor, ketahanan, perlindungan, kebolehmampuan dan kesedaran situasi.

sumber : militaryleaks


FIRMA TISAS TANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN SYARIKAT MALAYSIA UNTUK MENGHASILKAN SENJATA POLIS SECARA BERSAMA

Pistol Zigana PX-9 dengan aksesori yang dipasang
Sebuah syarikat pembuatan senjata api domestik yang berpusat di wilayah Laut Hitam, Turki, Trabzon menandatangani perjanjian pada selasa lalu dengan sebuah syarikat Malaysia untuk bersama-sama menghasilkan senjata untuk pasukan keselamatan Malaysia.

Trabzon Gun Industry Co. (TISAŞ) menandatangani perjanjian di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2019) di Malaysia, pameran yang paling menonjol dari jenisnya di rantau Asia Pasifik.

Perjanjian itu merangkumi pengeluaran bersama senjata jenis Zigana PX-9 bersama-sama dengan IDC Technologies Sdn Bhd.

Naib Pengerusi TISAŞ Abdullah Erdem berkata bahawa Zigana PX-9 adalah model terkemuka di kalangan eksport senjata dari Turki, sambil menambah bahawa mereka terus menghasilkan model itu untuk kegunaan pasukan polis Filipina.

Erdem berkata selepas perjanjian itu dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara kedua untuk bersama-sama menghasilkan senjata dengan firma Turki.

Upacara tandatangani perjanjian antara Firma TISAS dengan syarikat Malaysia.
"Perjanjian ini dengan pelanggan asing menunjukkan tempat negara kita dalam industri pertahanan sambil menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Syarikat Malaysia akan mula melaksanakan persediaan infrastruktur yang diperlukan untuk pengeluaran dan menguji 20,000 senjata setiap tahun, satu jumlah pengeluaran sasaran yang akan dicapai sebaik sahaja kerja infrastruktur selesai.

Erdem berkata matlamat "syarikat rakan kongsi kami adalah untuk memenuhi keperluan tentera dan polis dan juga untuk mengeksport senjata ke negara-negara di rantau ini.

Pada mulanya, pengeluaran hanya akan dibuat untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan di negara mereka . "

Produk utama TISAŞ adalah pistol dan senjata yang digunakan oleh polis dan tentera di seluruh dunia, dengan Turki dan A.S. sebagai pembeli utama keluaran syarikat ini.

Zigana PX-9, pistol berkaliber 9x19mm dengan kapasiti magazin 15 butir peluru dan Picatinny rail untuk dipasang aksesori yang sesuai.

Pistol ini direka untuk penembak bertangan kiri dan kanan, dengan  ambidextrous slide stop lever, safety catch dan punat pelepas magazin.

Pistol semi-automatik dua tindakan (double action) dan berat hanya di bawah 800g dengan magazin kosong

sumber : Daily Sabah


Monday, April 1, 2019

RUSSIA TAWARKAN HELIKOPTER MI -17

Helikopter MI-17V5 Russia
LIMA 2019 ini telah membuktikan era perolehan russia semakin mendapat tempat dalam Pemerintahan baru.

TUN M membuat kenyataan beliau berminat dengan tawaran Russia untuk menjual Helikopter Utili MI-17 bagi program pengantian Helicopter Nuri yang dah berkhidmat lebih 50 tahun dalam TUDM.

Tawaran Russia ini nampak menarik perhatian TUN M berikutan prestasi Helikopter MI17 yang berkhidmat di bawah Unit Udara Bomba dan Penyelamat.

Pada masa yang sama, pengeluar helikopter mengemukakan tawaran 8buah Ansat Mi-8/17 dan Ka-32A11BC untuk sektor Awam.

Buat masa ini, MMP tidak ambil maklum versi apa yang ditawarkan oleh Russian Helicopters kepada Malaysia. Setakat ini nak yang terbaik pun MMP merasakan MI-17V5 adalah Versi Eksport yang terbaik boleh ditawarkan kepada Malaysia.

Ada jugak versi Mi17 V7 tetapi ianya khusus kepada PLA China dan kemungkinan ada Versi terbaru mungkin diperkenalkan kepada Malaysia.

Mi17V5 adalah Helikopter Mi17 generasi baru dan ia kini digunapakai oleh Tentera Udara India sebanyak 80 buah dan US sendiri juga membeli beberapa MI17V5 untuk kegunaan pasukan Tentera Afganistan ANA.

Ciri Helikopter MI17V5 yang MMP boleh kupas adalah seperti di bawah:

Ruang dan Bebanan

Ruang lantai kabin helicopter MI17V5 adalah 12.5m2 dan ruang efektif untuk beroperasi 23m3. Standard port side door dan ramp pada bahagian belakang memudahkan operasi troop dan kargo.

Helikopter ini juga boleh disertakan dengan extended starboard sliding door,rappelling dan peralatan paying terjun, Searchlight, sistem FLIR dan Sistem Emergency Flotation.

Maksimum Takeoff pesawat merangkumi berat 13 Tan dimana ia boleh mengangkut 36 Askar di dalam pesawat atau 4500kg bebanan pada sling.

Kokpit dan Avionik

Sistem Kokpit MI17V5 terdiri dari variasi glass kokpit yang diintegrasi kan dengan state-of-the-art avionics merangkumi 4 multifunction displays (MFDs), night-vision equipment, an on-board weather radar, dan Sistem Autopilot.

Persenjataan

MI17V5 boleh dilengkapi dengan persenjataan Shturm-V missiles, S-8 rockets, 23mm machine gun, PKT machine guns and AKM sub-machine guns.

Ketahanlasakan MI17V5

Kokpit dan peralatan kritikal di dalam MI17V5 dilindungi dengan Armor Plat. Posisi GMPG juga diletakkan dengan Armor Plat bagi memberikan perlindungan penuh kepada Juruterbang dan Gunner semasa operasi ketenteraan ini dilakukan.

Tangki Minyak Mi17V5 juga dipasang dengan foam polyurethane bagi mengelakkan ia mudah meletup. Badan helicopter juga dilengkapi dengan Engine Exhaust Infrared (IR) suppressors, Flare dan Jammer (bukan Big Gun bongok Doktor).

Enjin

Enjin Mi-17V-5 diintegrasikan dengan pengunaan Klimov TV3-117VM atau VK-2500 turbo-shaft engine. The TV3-117VM yang menjana kuasa sebanyak 2100HP dan VK2500 sekitar 2,700hp.Versi Enjin VK-2500 adalah versi termaju dari siri enjin V3-117VM. Enjin VK2500 ini dilengkapi dengan sistem full-authority digital control (FADEC).

The Mi-17V-5 mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 250km/h dan jarak operasi helicopter ini dalam lingkungan 580Km dan mampu terbang pada ketinggian 6000meter.

IkanJerungHantu, MMP

sumber : petikan dari facebook MMP


TIADA VLS MICA UNTUK KD MAHARAJA LELA -MANGSA PERANG SAWIT


Hari ini diberitakan perolehan sistem peluru berpandu VL Mica untuk kapal perang LCS Maharajalela class tidak akan ditandatangani kerajaan. Perjanjian perolehan dengan MBDA asalnya merupakan sebahagian dari kontrak yang akan melengkapan LCS Maharajalela dengan sistem peluru berpandu pertahanan udara tersebut.

Perjanjian perolehan ini telah dipersetujui melalui LOI pada April 2018 dan nampaknya kini ia terbatal ekoran kerajaan Malaysia menimbal balas tindakan boikot eksport minyak sawit ke EU.

Kini kita dapat lihat, jalan diplomasi yang diambil Malaysia lebih memburukkan keadaan dan sekaligus meletakkan Malaysia dalam kancah trade war, berbeza dengan langkah pemerintah sebelum ini yang mengamalkan jalan diplomasi "prosper thy neighbour" yang lebih menguntungkan Malaysia.

Pihak yang paling rugi disini adalah TLDM selain peneroka Felda. TLDM sudah sekian lama mengalami kekangan aset yang semakin usang dan kini dengan pemberitaan mengenai pembatalan perolehan sistem peluru berpandu Mica untuk LCS Maharajalela, kita dapat menyaksikan sekali lagi bagaimana TLDM yang sepatutnya mengorak langkah kearah pemodenan dan penambahan aset kini bogged down dengan sikap dan polisi luar pemerintah yang kucar kacir.

Pemerintah harus ingat, dalam kita tak boleh nak berlagak konon kita kuat dengan bertindak melulu melalui diplomatic meltdown seperti era 70an atau 80an, seperti era Dawn Raid dimana zaman kini memerlukan setiap negara bekerjasama antara satu sama lain menuju kesemakmuran.

Bertindak melalui diplomatic meltdown ini merugikan negara dan dalam keadaan pasukan kselamatan kita serba serbi kekurangan ia lebih memburukkan keadaan.

Pihak pemerintah juga harus tahu, pasukan keselamatan kita mengalami kekangan aset yang agak menyeluruh dan kritikal selari dengan perubahan threat perception serantau yang memerlukan ATM bertindak dengan lebih efisien.

Bagaimana kita nak harapkan pasukan keselamatan kita jika mereka diberikan aset sub standard, perlu melaksana tugas dengan kapal yang semakin tua, pesawat yang semakin dimamah usia, dengan ancaman konvensional yang semakin kompleks, dengan ancaman tidak konvensional yang semakin dinamik, dengan dasar luar negara yang lebih menjurus kepada mencari musuh dari bersahabat?

Untuk pengetahuan semua Frigate Stealth LCS Gowind TLDM telah pun di sesuaikan secara terperinci untuk mengoperasikan VL Mica. Bermakna sebarang pertukaran jenis Missile ada lah amat sukar dan merugikan.

Adakah Kita masih perlu menunggu lagi berapa tahun lagi nak tengok LCS kita ini berada di atas Air ini.

Jangan Nak Jadi Rojak sangat boleh?

sumber : Petikan dari facebook MMP