Friday, June 30, 2017

KERETA KEBAL UTAMA T-80

Kereta Kebal Utama T-80UD varian dari T-80
T-80 adalah Kereta kebal pertempuran utama generasi ketiga (MBT) yang direka dan dihasilkan di Kesatuan Soviet.

Apabila ia memasuki perkhidmatan pada tahun 1976, ia adalah MBT pertama di dunia untuk menampilkan enjin turbin multifuel yang berkuasa sebagai enjin propulsi utama.

T-80 merupakan evolusi ke atas pendahulunya, T-64, sebagai reka bentuk kereta kebal yang paling moden pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an,

Susun atur dalaman T-80 adalah serupa dengan T-64; kompartmen pemandu berada di garisan tengah di hadapan, Two man -turet berada di tengah dengan penembak di sebelah kiri dan komander di sebelah kanan, dan enjin dipasang di belakang.

Reka bentuk T-80 yang asal menggunakan turbin gas 1,000 kuasa kuda bukannya enjin diesel 750-kuasa kuda, walaupun sesetengah varian T-80 kemudiannya kembali kepada penggunaan enjin diesel.

Penggunaan meriam utama masih lagi 125 mm 2A46 smoothbore seperti yang digunakan oleh kereta kebal T-72, yang mana mampu melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal dan peluru biasa yang lain (APFSDS, HEAT dan HE-Frag)

Thursday, June 22, 2017

PARIS AIR SHOW : MALAYSIA KELUARKAN SENARAI PEMBELIANNYA

CN-235 TUDM cadangan untuk pengubahsuaian sebagai platform MPA sementara menunggu perolehan MPA yang sebenar.
Pesawat pejuang pelbagai peranan baru (MRCA), pesawat baru peronda maritim (MPA) dan radar pertahanan udara tambahan adalah matlamat utama pemerolehan keupayaan ini , menurut Panglima TUDM, Jeneral Affendi Buang.

Dalam jawapan bertulis kepada Shephard, Panglima TUDM menyatakan bahawa pemerolehan ini bagaimanapun akan tertakluk kepada adanya peruntukan pembiayaan oleh kerajaan Malaysia.


Mengenai keperluan MPA, Jen. Affendi menyatakan: 'TUDM sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk meningkatkan keupayaan rondaan maritim yang kini sedang dijalankan oleh pesawat Beechcraft B200T.  

Oleh kerana faktor usia (23 tahun) dan bilangan dan keupayaan terhad, platform MPA yang lebih berkebolehan dan beroperasi sepenuhnya (ASW dan AsuW) dengan keupayaan ISR dan SAR sedang dinilai untuk menggantikan pesawat B200T itu. '

Beechcraft B200T yang menggalas tugas sebagai pesawat rondaan maritim
Sebagai langkah sementara, TUDM sedang mempertimbangkan untuk mengubah suai dan mengintegrasikan beberapa pesawat pengangkut sederhana CN235 dengan sistem pengawasan AMASCOS dari B200T. 

Sunday, June 18, 2017

QATAR METERAI PERJANJIAN $12 BILLION DENGAN BOIENG UNTUK JET F-15QA

F-15 Eagle
Menteri Pertahanan Qatar  Dr. Khalid Bin Mohammed Al-Attiyah semalam mengumumkan  menandatangani surat tawaran dan penerimaan untuk pembelian sebanyak 36 jet pejuang F-15QA, dengan kos permulaan sebanyak 12 bilion dolar.

"Perjanjian pembelian secara langsung akan menyumbang dalam mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan baru di 42 negeri di seluruh Amerika," Kementerian Pertahanan Qatar berkata dalam satu kenyataan rasmi.

"Pemeteraian LOA hari ini adalah satu lagi langkah dalam memajukan hubungan pertahanan strategik dan kerjasama kita dengan Amerika Syarikat dan kami berharap untuk meneruskan usaha bersama tentera kita dengan rakan-rakan kami di Amerika Syarikat", kata Kementerian.

Pada bulan November 2016, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan mungkin sehingga 72 buah pesawat F-15QA ke Qatar bernilai USD $ 21.1 bilion.  

Boeing Co ialah kontraktor utama atas penjualan jet pejuang tersebut kepada negara Timur Tengah. Nampaknya sekarang perjanjian ini akan menjadi kira-kira setengah dari jumlah tersebut.

Tentera Udara Emiriah Qatar  sebenarnya bergantung kepada armada kecil, 9 jet pejuang Mirage 2000-5EDA buatan Perancis. Tahun lepas, Qatar juga memesan sebanyak 18 buah jet pejuang Dassault Rafale C. 

Pesawat Rafale yang dipesan (kiri) dan pesawat Mirage 2000 yang dioperasi oleh Tentera udara Qatar
Boeing F-15 Eagle ialah pesawat pejuang taktikal enjin berkembar, sesuai semua keadaan cuaca dan direka khas untuk mengekalkan penguasaan udara dalam pertempuran udara.  

Pesawat Eagle ini boleh dilengkapi dengan gabungan senjata udara-ke-udara yang berbeza: AIM-120 advance peluru berpandu medium udara-ke-udara di sudut fiuslaj yang lebih rendah, AIM-9L / M Sidewinder atau AIM-120 peluru berpandu pada dua pilon di bawah sayap, dan mesingan Gatling 20mm dalam root sayap kanan. 

sumber : armyrecognition.com 
 

Monday, June 12, 2017

APMM TERIMA KAPAL KEDUA DARI JEPUN "KM ARAU"

KM Arau kapal kedua diterima dari Jepun
7 Jun - AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah hari ini menerima KM Arau, kapal peronda pesisir pantai (OSV) sumbangan Kerajaan Jepun.

Kapal KM Arau adalah kapal kedua diterima APMM selepas Kapal KM Pekan pada 14 Mac lalu.

Kapal sepanjang 90 meter itu selamat tiba di jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar, Kota Kinabalu jam 9.30 pagi.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, KM Arau adalah kapal yang terbesar yang dimiliki oleh APMM negeri setakat ini.

"KM Arau mula berlayar dari Pelabuhan Habu Innoshima, Jepun pada 31 Mei lalu dan mengambil masa tujuh hari untuk tiba di sini hari ini.

KM Arau semasa di pelabuhan Habu Hiroshima
"Selepas ini, kapal akan kembali belayar ke Pelabuhan Klang pada 9 Jun bagi majlis penamaan kapal terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Menyambut Ketibaan KM Arau hari ini.

KM Pekan dan KM Arau yang berusia 25 tahun itu sudah melalui pengubahsuaian termasuk penukaran cat, penggantian radar dan peralatan di anjung untuk menepati spesifikasi Malaysia.

Semua kos perbelanjaan baik pulih ini ditanggung kerajaan Jepun dengan anggaran kos bagi kedua-dua OPV berjumlah RM28 juta.

Kapal KM Arau dan KM Pekan sepanjang 90 meter itu berupaya menjalankan operasi dalam cuaca buruk.

Kapal berkenaan akan dikendalikan 39 anak kapal bagi melaksanakan operasi selain turut dilengkapi pelantar pendaratan helikopter.

sumber : Harian metro

Sunday, June 4, 2017

PESAWAT PENGEBOM JARAK JAUH CHINA - XIAN H-6K

Pesawat pengebom strategik jarak jauh China Xian H-6K
Xian H-6K ialah versi tingkat upaya daripada H-6 (TU-16 Badger) pengebom jarak sederhana. Ia membuat penerbangan pertama pada tahun 2007 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2009.

China mengoperasi sekurang-kurangnya 15 pesawat pengebom baru ini. Beberapa sumber melaporkan bahawa China merancang untuk menggantikan pesawat pengebom H-6D sebelum ini dengan yang baru H-6K dalam masa terdekat  satu-sama-satu.

H-6K direka untuk serangan jarak jauh dan serangan stand-off. Ia dianggap sebagai pesawat pengebom strategik. Ia mampu menyerang kumpulan Armada pertempuran Amerika Syarikat dan sasaran utama di Asia. Pesawat ini mempunyai keupayaan melancarkan serangan nuklear

Pesawat ini telah dipasang dengan enjin baru Soloviev D-30 turbofan sesuai dengan penerbangan jarak jauh iaitu 3500 kilometer. Kokpit yang luas serta paparan LCD kaca pelbagai fungsi.

Keseluruhan kerangka dan struktur pesawat dibina dengan menggunakan bahan komposit.

Pengebom ini membawa pelancar peluru berpandu udara di bawah sayapnya. Terdapat 6 tenggekan (hardpoint) untuk peluru berpandu. H-6K juga boleh membawa peluru berpandu CJ-10A dengan kepala peledak konvensional atau nuklear.

Muatan maksimum bom sehingga 15 tan, berkesan meningkatkan keupayaan serangan pesawat tersebut.

Dengan raduis penerbangan pengebom H-6K iaitu 3,500 kilometer, penggunaan peluru berpandu jarak jauh berkesan untuk melanjutkan jarak pengebom  kepada kira-kira            4 000-5 000 km. 

Ianya sudah cukup untuk mencapai, Jepun, Malaysia, Filipina, Vietnam, Guam, Hawaii, Alaska dan Moscow dari tanah besar China, tanpa meninggalkan zon pertahanan udaranya. 

sumber : Militaryfactory.com 

Saturday, June 3, 2017

DAPUR FRIGAT KD JEBAT TERBAKAR


Frigat KD Jebat
LUMUT- Jumaat 2 Jun : Dapur Kapal Diraja (KD) Jebat terbakar di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, api disedari anggota yang berada di kapal sebelum menghubungi bomba.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam satu kenyataan di sini mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kebakaran kecil itu berpunca daripada rumah masak kapal itu ketika anggota sedang melakukan persiapan sahur.

"Tindakan awal anak kapal berjaya mengawal situasi sepenuhnya pada jam 5 pagi daripada terus merebak dengan bantuan pasukan Bomba TLDM.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca kejadian dan nilai kerugian.

Sebelum ini KD Jebat pernah terbabit dalam insiden perlanggaran dengan kapal dagang pada Jan 2014 pada kedudukan 24 batu nautika barat laut Permatang Sedepa di perairan Selangor.

Kapal itu turut mengalami kerosakan kecil di bawah geladak yang menempatkan meriam kaliber 30 milimeter.

Sumber : Berita Harian