Batch kedua kereta kebal Utama, TDM perlu bijak memilih |
Tentera Darat Malaysia berhasrat untuk membentuk rejimen kereta kebal keduanya, termasuk kemungkinan pembelian satu lagi kumpulan platform kereta kebal Utama PT-91M
Pelan bagi membentuk Rejimen perisai Malaysia kedua telah diketahui selama beberapa tahun sebelum ini. Maklumat mengenai kemungkinan membeli satu lagi kumpulan kereta kebal PT-91M Pendekar, bagaimanapun, agak mengejutkan kerana terdapat desas desus mengatakan pembelian PT-91M sebelum ini dilanda pelbagai masaalah seperti masaalah penghantaran dan pengoperasian.
Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, mengesahkan maklumat yang terdapat dalam media dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengenai rancangan untuk mewujudkan satu lagi Rejimen Kereta kebal.
Adakah batch kedua juga PT-91M akan dipilih |
Selain dari 48 unit kereta kebal beberapa kenderaan sokongan juga diperolehi seperti termasuk 6 unit WZT-4 (WZT-91M) - kenderaan recovery, 3 unit MID-4 (MID-91M) - kenderaan perisai kejuruteraan, 5 PMC Leguan (PMC -91M) - kenderaan jambatan berperisai dan SJ-09 kenderaan latihan pemandu.
Penubuhan Rejimen Armor kedua, akan memerlukan pembelian tambahan kereta kebal utama. Jeneral Raja Mohamed Affandi mengakui bahawa tentera darat serius mempertimbangkan pembelian satu batch lagi kereta kebal Poland PT-91M Pendekar, kali ini kemungkinan didalam kontrak pihak pengeluar iaitu Poland akan melakukan beberapa modifikasi tertentu.
Beberapa pengulas mencadangkan Malaysia memilih platform dari Turki iaitu kereta kebal utama Altay. Ini kerana Malaysia mempunyai pengalaman dalam mengendali dan mengoperasikan kenderaan tempur berperisai Turki, termasuk ACV 300.Adnan
Penubuhan Rejimen Armor kedua membolehkan malaysia untuk melaksanakan rancangan untuk mewujudkan Briged Armor. Selain itu unit briged Armor ini juga dikatakan akan menerima sejumlah Kenderaan Artileri mudah gerak-155mm (Self -Propelled Howitzer 155mm).
Perkara ini juga telah disahkan oleh Jeneral Raja Mohamed Affandi sebagai satu pelan TDM untuk memasukkan pembelian Atileri mudah gerak ini dalam belanjawan tahun 2016-2020 (RMK-11)
Terdapat beberapa alternatif lain menurut pendapat penulis ,yang lebih sesuai bagi TDM dalam memilih batch kedua kereta kebal utama selain dari PT-91M antaranya
T-90 (Russia)
Spesifikasi
Berat - 46 tan sesuai untuk muka bumi Malaysia
Enjin - Diesel 950hp (736KW) V-92S2 12 selinder
Speed - 60 km/jam (37mph). Jarak operasi 550km-340 batu
Kru - 3 orang (komander, penembak dan pemandu)
Meriam utama - 2A46M 125 mm smoothbore dengan 43 pusingan-autoloader
Senjata kedua - Mesingan sepaksi 7.62mm dan mesingan berat 12.7mm
(pertahanan udara).
Jenis projektil - SABOT, HEAT, HE-Frag serta peluru berpandu Reflex AT.
Sistem Armor - Armor generasi ketiga (ERA) perisai reaktif letupan
dipanggil Kontakt-5, Steel-komposit-reaktif dan Shorta-1.
Suspensi - Torsion bar
Variasi T90 - Terdapat 4 variasi iaitu T90A, T90S, T90K dan T90M yang telah
di pertingkatkan keupayaan dari segi armor, GPS, Thermal imaging
dan sebagainya menjadikan ia lebih ampuh
Al-Khalid (MBT 2000 )
Spesifikasi
Rekaan asal Type 90II China gabungan teknologi kereta kebal Russia dan Barat.
Berat 46 tan dan tinggi 2.40 meter
Enjin KMDB 6TD-2, enjin diesel 6-silinder 1,200 hp (890 kW) dari Ukraine
Transmisi Jenis SESM ESM500, 5-kelajuan automatik (transmisi kereta kebal
Leclerk- Perancis)
Speed 72km/jam dan jarak operasi 500km.
Kru 3 orang (komander, penembak dan pemandu)
Meriam utama 125mm smoothbore, dipasang dengan penstabil dan autoloader.
Senjata kedua 7.62mm mesingan sepaksi dan 12.7mm mesingan pertahanan
udara dan pelancar bom asap
Jenis projektil Peluru konvensional seperti APFSDS, HEAT-FS dan HE-FS dan
Naiza-DU (projektil buatan pakistan)
Sistem armor Komposit armor dilengkapi dengan blok perlindungan tambahan
ERA serta pelapik dari plat keluli keras berketahanan tinggi.
Variasi Al-Khalid, Al-Khalid I dan Al-Khalid II (dalam pembangunan)
Type 99 (China)
Spesifikasi
Rekaan asal China, dikenali dengan ZTZ-99
Berat 54 tan dan tinggi 2.2 meter
Enjin Liquid cooled, turbocharged 1500 hp diesel yang diperolehi dari
teknologi diesel Jerman
Transmisi Tujuh gear hadapan dan satu gear pengunduran.
Speed 80km/jam (50batu/sejam).
Jarak operasi 450km menggunakan tangki dalaman dan 600km dengan tangki
tambahan
Kru 3 orang (komander, penembak dan pemandu)
Meriam utama 125 mm / 51 kaliber ZPT98 smoothbore dengan penstabil dwi-paksi.
di lengkapi dengan sistem autoloader, sarung haba dan fume
extractor
Senjata kedua Mesingan sepaksi 7.62mm dan mesingan berat 12.7mm Type 85
(pertahanan udara)
Jenis projektil HE-FRAG, HEAT, APFSDS dan AT-11 misil anti kereta kebal.
Sistem Armor Unknown /mungkin ERA, komposit armor dan sistem pertahanan
soft kill dan hard kill
Variasi Type-99G, Type-99A1 dan Type-99A2. Setiap model ini telah di
pertingkatkan lagi keupayaannya.
MBT Altay (Turki)
Rekaan Asal Turki (teknologi korea Selatan)
Berat 65 tan dan 2.6 meter tinggi
Enjin MTU enjin diesel 1500 hp - 1800 hp (enjin buatan turki)
Speed 70 km/jam (43 bsj)
Jarak operasi 500 kilometer
Kru 4 orang (komander, penembak, loader dan pemandu)
Meriam Utama 120mm /55 kaliber Aselsan/STM volkan MKEK smoothbore.
Senjata kedua Mesingan sepaksi 7.62mm dan mesingan berat 12.7mm
(pertahanan udara)
Jenis Projektil Anggaran projektil yang digunakan oleh anggota NATO
Sistem Armor Roketsan komposit armor
MBT K1A1 (Korea Selatan)
Spesifikasi
Rekaan asal Korea Selatan (upgrade dari Type 88 K1)
Berat 53.2 tan dan 2.25 meter tinggi
Enjin Water-cooled diesel MTU 871, 8 selinder 1200hp (890KW)
Transmisi ZF LSG 3000 (4 gear hadapan, 2 gear pengunduran)
Speed 65km/jam (atas jalan raya), 40km/jam (tanah berbukit)
Jarak operasi 500 kilometer
Kru 4 (komander, penembak, loader dan pemandu)
Meriam Utama KM256 120mm / L32 smoothbore
Senjata kedua Mesingan sepaksi 7.62mm M60E2-1dan mesingan berat 12.7mm
K6 HMG (pertahanan udara)
Jenis Projektil Standard projektil yang digunakan oleh NATO
Sistem Armor SAP (special armour plate) dan KSAP (Korean special armour
plate).
Suspensi Torsion bar dan hybrid hydropneumatic
Variasi K1/E1 dan K1/A2 (versi yang ditingkat upaya)
35 comments:
Saya sokong sangat kalau Malaysia beli kereta kebal Altay sbab ia mempunyai teknologi moden dgn senjata moden
Saya sokong sangat kalau Malaysia beli kereta kebal Altay sbab ia mempunyai teknologi moden dgn senjata moden
Altay lah sokong produk turki Dan canggih
Lebih baik membeli produk Turki
altay berat..hanya tank yang beratnya a
antara 48-50 tan je yg boleh beroperasi di mukabumi malaysia..itu sebab malaysia pilih Pt91m poland..ringan dan laju
untuk makluman semua,pembelian senjata oleh atm bukan berdasarkan hubungan shj, ttp mngambil kira semua aspek yang tersurat dan trsirat..hanya perancang strategi atm shj yg maklum ttg hal ini sekaligus mnjadi rahsia kerajaan yg juga selalu mnjadi intaian kuasa2 asing
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Type_10
Kereta kebal buatan jepun ni boleh juga dipertimbangkan..
Apa pendapat korang tank pt16??
Saya sokong klau malaysia bli rusia punya
Malaysia tak nak buat kereta kebal sendiri ke..belajar la buat..malas
Malaysia tak nak buat kereta kebal sendiri ke..belajar la buat..malas
Asri hang sembang gempak ape kata hang yg pegi belajar engineering pastu tolong malaysia hasilkan kerete kebal....ke hanya boleh sembang kat sini je?
Al-khalid dari negara mana ek?
All Khalid Dari pakistan
Type 10 pon OK
Type 10 pon OK
bodohnya x habis2.......baik diam je..... memalukan mak bapak ko je la...
Kata ada pemindahan teknologi dari Poland ... sebab itu beli mahal dulu. Saya rasa lebih baik terus ja beli dari Poland. Tapi beli yang terbaru. Boleh search di google. Memg canggih. Tapi terus belajar buat sendiri. Jangan bagi alasan beli mahal kerana ada pindahan teknologi tapi ujung2 takdapat buat sendiri. Merugikan duit rakyat ja.
Kita masih kekurangan dalam bidang engineering ni. Tk mampu lagi menghasilkan kereta tempatan.. Malaysia cuma menghasilkan kereta perisai sahaja...
ada satu lagi produk kereta kebal MBT dari Iran iaitu Karrar.. hrap pihak Kor Armor DiRaja dapat menilai MBT itu bersesuaian dengan bentuk muka bumi negara.. kalau MBT tu tak sesuai.. pilihan yang terbaik harap dapat dilakukan demi keselamatan negara..
Jepun tak boleh niaga kan senjata ke luar negara
Full modified pt91m
Abih tu hang rajin sgt ke bodoh
Hang lh buat bodoh
Abih tu hang lh buat bodoh anjing
Anti tank malaysia pun dah berpuluh ribu buat apa nk banyak tank
Abraham m1A nak di lupuskan malaysia bolehla borong beli kat Amerika
Malaysia boleh borong Abraham m1A. ..Amerina nak lupus kereta kebal M1a Abraham....memang terbaik la kalau Malaysia miliki nya. ..
Klau tk pun beli tank leopard 2PL
Tank leoapard yg telah di upgrade menjadi leopard 2PL buatan poland
Beli m1 abram.multifuel Engine turbine. Dari jauh senyap je bunyi nya. Material lebih bagus. Tembak bazooka tak tk de kesan.
Menarik..
beli 50 biji tank altay lepastu deftech ubah suai ikut iklim Malaysia.Next,beli 50 biji t90
versi paling latest and lastly beli 12 biji type99 and ubah suai utk kesesuaian iklim Malaysia.So total 112 biji tank.Pt pendekar tu jual kepada negara luar mcm Brunei atau negara2 Africa dengan harga yg masuk akal.Ini just pendapat,jgn marah ye.
Beli t14 armata Russia..
Banyak duit kau
Post a Comment