Monday, April 25, 2016

DSA 2016 : PESAWAT HAWK Mk108 & Mk208 TUDM DI NAIK TARAF.

Pesawat Hawk TUDM Mk108 dan Mk 208

MENAIKTARAF PESAWAT HAWK TUDM

AIROD telah menandatangai perjanjian kerjasama (MOU) bersama BAE Systems dalam menaiktaraf sistem avionik pesawat Hawk TUDM di DSA 2016.

Kerja penaiktarafkan akan melengkapkan pesawat Hawk Mk108 dan Hawk Mk 208 TUDM dengan teknologi terkinin dan menjamin pesawat untuk terus relevan serta memenuhi keperluan operasi di masa hadapan.

Pihak BAE Systems akan bertanggungjawab dalam rekabentuk, membina dan persijilan sistem pesawat dan pihak AIROD akan bertanggungjawab dalam mengintegrasikan sistem dalam pesawat.

Program ini akan mengambil masa 3 tahun dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

MOU antara AIROD dan BAE Systems akan mengukuhkan dan mengembangkan lagi kerjasama kerja antara kedua-dua syarikat untuk tempoh jangka masa panjang dalam penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Ini bagi menjamin kesediaan dan keupayaan pesawat TUDM sentiasa dalam keadaan tahap operasi yang tertinggi.


Sumber dari
Malaysia Military Power (MMP)

No comments: