Tuesday, April 26, 2016

DSA 2016: NGPV-LCS PERTAMA OLEH BOUSTEAD PADA 2019

Imej SGPV-LCS berdasarkan rekaan kelas Gowind
Penghantaran batch pertama 3 buah kapal seberat 3100 tan  kepada TLDM oleh Heavy Industries Corporation Boustead (BHIC) dijadualkan bermula pada tahun 2019.  

Jurucakap BHIC berkata, reka bentuk struktur badan kapal untuk kapal pertama telah selesai dibina.
Walau bagaimanapun, reka bentuk untuk sistem dan peralatan lain sedang berjalan, difahamkan bahawa sebahagian besar daripada ini akan dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.  

Jurucakap itu juga turut mengakui terdapat cabaran dalam reka bentuk kapal tersebut (contohnya, menggabungkan pelancar peluru berpandu), dengan ini ia menjadi kapal yang paling kompleks yang pernah direka oleh BHIC.'

Kerjasama diantara pihak BHIC dan DCNS dikatakan berjalan dengan baik dan pembinaan LCS yang berdasarkan rekabentuk korvet kelas Gowind (DCNS), sedang berjalan dengan lancar serta berada pada landasan yang betul.


Di fahamkan bahawa pihak BHIC dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan rekabentuk kapal manakala DCNS akan menyediakan pemindahan teknologi yang komprehensif bagi menyokong Boustead untuk reka bentuk, pengurusan program dan pembinaan kapal tersebut. 

Tarikh penghantaran akhir keenam-enam SGPV-LCS tersebut ialah pada tahun 2023.

Naval Strike Missile dari Kongsberg
SGPV-LCS sepanjang 111meter akan dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara VL MICA dari MBDA dan  peluru berpandu Naval Strike (NSM) dari Kongsberg. 

TLDM juga sedang mencari helikopter baru dengan keupayaan peperangan anti-kapal selam untuk beroperasi diatas kapal baru. Walaupun NGPV-LCS boleh menempatkan EC725/H225M Tentera Udara Diraja Malaysia di dek penerbangannya, namun ianya terlalu besar untuk dimuatkan di dalam hangar.



Dek helikopter
Mengikut perancangan strategik, TLDM sebelum ini telah mengumumkan bahawa ia mahu mengurangkan 15 kelas kapal kepada hanya 5 kelas sahaja dan BHIC berharap kumpulan enam kapal akan ini tidak akan terhenti disitu sahaja dan akan diikuti oleh yang lain. Ini kerana NGPV-LCS adalah merupakan platform yang logik untuk keperluan masa depan.

Sebagai alternatif, BHIC mencadangkan versi berskala kelas Kedah untuk memenuhi
keperluan pihak TLDM , Polis (PDRM)  dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di masa hadapan.  

Sebelum ini BHIC telah membina kumpulan enam kapal NGPV kelas-Kedah sepanjang 91meter bagi keperluan TLDM yang telah ditauliahkan pada 2006 hingga 2010.BHIC juga memegang hak harta intelek untuk NGPV ini yang berdasarkan reka bentuk Meko 100 Blohm + Voss.  

Panglima TLDM tahun lepas ada menyatakan hasrat beliau agar bilangan kapal NGPV kelas Kedah dalam inventori TLDM akan bertambah kepada 18 buah.

sumber dari
Shephardmedia  

No comments: