Tuesday, April 19, 2016

KERETA KEBAL CHINA TYPE 69/79

Type 69 kereta kebal milik China
Type 69 kereta kebal utama Tentera Republik Rakyat China yang dibina berdasarkan rekabentuk kereta kebal Soviet T-55 dan merupakan versi yang lebih baik daripada kereta kebal utama China Type 59, dengan peningkatan dari segi meriam dan sistem automotifnya.  

Merupakan kereta kebal yang agak murah dan mudah untuk beroperasi tetapi mempunyai reka bentuk yang ketinggalan zaman mengikut piawaian kereta kebal moden.

Pembikinan Type 69 ini merupakan percubaan pertama China untuk mereka bentuk kereta kebal utamanya (MBT) sendiri.


Prototaip pertama Type 69 telah dibina pada tahun 1964 dan diluluskan untuk produksi pada tahun 1974.

Versi awal Type 69 dilengkapi dengan enjin baru iaitu enjin diesel 12 selinder v type dengan kuasa 580 hp dan meriam utama 100 mm (smoothbore). Ia juga dipasang dengan alat penglihatan malam aktif inframerah dan laser rangefinder. 

Pada versi kedua iaitu Type 69-II -meriam 100 mm telah digantikan dengan meriam yang lebih baik iaitu 105mm (smoothbore) dengan sistem kawalan tembakan dan alat pandang malam yang dipermudahkan. Model ini juga dipasang dengan sistem radio type 886 dan pelancar bom asap.


Type 69/79 Iraq yang ditawan dalam perang teluk
Armor kereta kebal ini adalah sama seperti Type 59, menggunakan perisai keluli homogen dan cast turet.

Kereta kebal seberat 36.7 tan ini juga dilengkapi dengan mesingan 12.7mm yang dipasang diatas turet. Dikendalikan oleh 4 orang krew iaitu komander, loader, penembak dan pemandu. Kelajuan maksima ialah 50km/jam.

Keupayaan dan penambahbaikan kereta kebal ini ditingkatkan lagi dengan lahirnya versi ketiga iaitu Type 69-III atau lebih dikenali dengan Type 79 pada tahun 1984.


Type 69MkIIG Bangladesh army
Antara penambahbaikannya ialah penukaran meriam utama dari jenis 105mm smoothbore ke jenis 105 mm rifled. Selain itu sistem seperti laser rangefinder, komputer balistik, alat pandang penembak model TGSA dan sistem thermal imej adalah dari gabungan teknologi barat.

Type 69-III/79 dilengkapi dengan enjin baru yang lebih berkuasa iaitu enjin diesel 730 hp 12150L-7BW liquid-cooled.

Enjin diesel 12150L dipasang pada Type 79 mbt.
Buat pertama kali versi ini dilengkapi dengan perisai reaktif letupan (ERA) pada bahagian hadapan turet dan skirt penutup tepi dari getah untuk melindungi sistem enjin (drivetrain) dari hentaman RPG.

Type 69 telah dieksport ke 9 buah negara dari tahun 1982, kira-kira dalam jumlah 2000 unit. Antara negara yang mengoperasikan model kereta kebal ini ialah  :-

Pakistan     - 400 unit Type 69-II (pengguna terbesar)
Burma        - 130 unit Type 69 dan 69-II
Sudan         - 200 unit Type 69-II dan 79
Iran             - 200 unit
Bangladesh - 235 Type 69MkIIG
Sri Lanka    - 20 unit
Zimbabwe   - 10 unit

No comments: