Monday, July 11, 2016

INDIA UJI PELURU BERPANDU JARAK SEDERHANA BARAK-8

 
Peluru berpandu balistik jarak sederhana usahasama India -Israel - foto: Indiadefensenews

BALASORE: India pada  Khamis 30 jun 2016 telah melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu permukaan-ke-udara, peluru berpandu balistik baru yang dibangunkan secara bersama dengan Israel dari pangkalan pertahanan di pesisir pantai Odisha, Times of India melaporkan.

Seorang pegawai Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) berkata, Barak-8, peluru berpandu jarak sederhana (MR-SAM), telah dilancarkan dari pelancar mudah alih di Chandipur di rangkaian Ujian Bersepadu (ITR) sekitar jam 8.15.
 
Menurutnya "Pelancaran ujian merupakan satu kejayaan besar dan ia menemui semua sasaran,"

Selain peluru berpandu sistem lain termasuk
sistem Pengawasan Multi Fungsi dan Threat Alert Radar sistem (MF STAR) untuk mengesan, penjejakan dan pemanduan, peluru berpandu tersebut.

ZeeNews melaporkan bahawa peluru berpandu balistik se
panjang empat meter  boleh mencapai target dalam lingkungan 50 ke 70 kilometer dan boleh membawa muatan kepala peledak seberat 60 kilogram.

Seorang saintis DRDO berkata peluru berpandu itu bersama-sama dengan MF-STAR mempunyai keupayaan untuk meneutralkan sebarang ancaman udara.

Peluru berpandu ini telah dibangunkan oleh
Makmal Penyelidikan Pembangunan Pertahanan India  (DRDL), sebuah makmal DRDO yang berpangkalan di Hyderabad, dengan kerjasama Israel Aerospace Industries (IAI), katanya.
 
Peluru berpandu akan diserapkan dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera selepas ujian penggunaanya selesai dilakukan.
 
Sebelum itu, pada 30 Disember 2015, Tentera Laut India telah berjaya dalam ujian pelancaran peluru berpandu jarak jauh permukaan-ke-udara (LR-SAM).  

Ujian ini telah dijalankan di Barat Seaboard di lancarkan dari Kapal Destroyer Peluru Berpandu INS Kolkata , kata pegawai. 

sumber
indiatoday 
 

No comments: