C-17 Qatar Air Force |
C-17 mampu membuat penghantaran anggota tentera dengan strategik dan cepat serta semua jenis kargo ke pangkalan operasi utama atau secara langsung di kawasan penempatan.
Pesawat ini boleh juga melaksanakan misi pengguguran udara, mengangkut penumpang dan pesakit ambulatori apabila diperlukan.
Pesawat ini dikendalikan oleh tiga orang anak kapal (juruterbang, pembantu juruterbang dan Loadmaster). Kargo dimuatkan ke dalam C-17 melalui pintu belakang yang besar yang boleh menempatkan kenderaan tentera dan kargo berpelet.
Ruang dalaman C-17 yang menempatkan anggota dan kenderaan tentera |
Pintu belakang yang luas yang boleh menempatkan kenderaan dan kargo |
Kapasiti muatan maksimum C-17 adalah 77.52 tan, dan berat kasar maksimum ketika berlepas adalah 265.35 tan.
Dengan muatan 58.9 tan dan ketinggian penerbangan pada 28,000 kaki, C-17 mampu membuat penerbangan kira-kira 2,800 batu nautika (5,200 kilometer) tanpa pengisian minyak semula dan kelajuan kruis adalah kira-kira 450 knot (830km/h @ 0.74 Mach).
Ia juga mampu membawa anggota payung terjun seramai 120 anggota beserta dengan peralatan mereka.
C-17 berukuran kira-kira 174 kaki panjang dengan lebar sayap 170 kaki. Pesawat ini dikuasakan oleh empat enjin Pratt & Whitney F117-PW-100 (fully riversible).
Enjin Pratt & Whitney F117-PW-100 |
Kapasiti muatan minyak ialah 35,546 U.S gelen (134,556 liter).
Antara negara pengguna selain dari Amerika Syarikat termasuklah United Kingdom, Australia, Kanada, Qatar, Arab Saudi, India, Kuwait dan Negara pakatan NATO.
No comments:
Post a Comment