Thursday, December 15, 2016

KOS PEMBELIAN LMS DARI CHINA CECAH RM 1 BILLION


KUALA LUMPUR  - Pembelian empat buah Kapal Littoral Mission (LMS) dari China disifatkan sebagai Kos Berkesan Dalam Usaha Untuk Memperkasakan Industri Pertahanan Negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Se­ri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun negara menghadapi situasi kelembapan ekonomi, namun perancangan ke­menterian dan pasukan perta­hanan negara itu tidak boleh terjejas dan dilaksanakan melalui inisiatif kreatif dan inklusif serta sebahagian cara penjimatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).  

“Pengambilan aset baharu ini dibuat secara terbuka dan telus supaya kos efektif dan memenuhi tujuannya untuk memberikan pe­merkasaan kepada TLDM demi menentukan masa depan armada negara walaupun menghadapi tekanan kewangan dan cara TLDM ini perlu dicontohi pihak lain.

“Desas-desus kononnya harga melambung seperti diviralkan adalah tidak benar kerana apa yang dilakukan merupakan kemampuan TLDM dan duit yang digunakan adalah penjimatan TLDM.

Dalam pada itu, Hishammuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen memberitahu, pembelian empat buah kapal itu melibatkan kos sebanyak RM1 bilion de­ngan anggaran kos bagi sebuah LMS itu tidak melebihi RM250 juta. 


Tegas beliau, pendedahan jum­lah itu diharap dapat menghentikan spekulasi yang mendakwa kos pembelian LMS bernilai RM3 bilion.

Beliau berkata, penggunaan ka­pal LMS amat penting bagi membolehkan TLDM menyedia­kan aset yang berkemampuan melaksanakan tugas operasi secara berterusan serta direka khas untuk menjalankan misi-misi mencabar dan memenuhi stan­dard piawaian antarabangsa.

Beliau menjelaskan, armada pasukan pertahanan negara itu kini majoritinya berusia lebih 30 tahun dan tidak lagi kos efektif untuk menampung tugas, mena­ngani ancaman semasa termasuk ancaman rompakan di laut, pelanunan, aktiviti jenayah rentas sempadan serta militan Daesh.

“Kos operasi armada TLDM terus meningkat setiap tahun akibat daripada kos selenggaraan yang semakin tinggi. Kapal lama yang tidak lagi kos efektif untuk dioperasikan akan dilucutkan tauliah, seterusnya dilupuskan secara berperingkat berdasarkan polisi kerajaan.

“Kerajaan mempunyai beberapa pilihan sama ada kapal yang dilupuskan dijual melalui tender terbuka pada pihak atau negara yang dibenarkan atau diserahkan sebagai sumbangan, dijual sebagai ‘scrap’ atau dijadikan sasaran penembakan di laut.

Keputusan pilihan akan dibuat setelah kajian dijalankan bagi mendapatkan pulangan serta nilai terbaik kepada kerajaan,” katanya.

sumber
Utusan malaysia
Tegas beliau, pendedahan jum­lah itu diharap dapat menghentikan spekulasi yang mendakwa kos pembelian LMS bernilai RM3 bilion.
Beliau berkata, penggunaan ka­pal LMS amat penting bagi membolehkan TLDM menyedia­kan aset yang berkemampuan melaksanakan tugas operasi secara berterusan serta direka khas untuk menjalankan misi-misi mencabar dan memenuhi stan­dard piawaian antarabangsa.
Beliau menjelaskan, armada pasukan pertahanan negara itu kini majoritinya berusia lebih 30 tahun dan tidak lagi kos efektif untuk menampung tugas, mena­ngani ancaman semasa termasuk ancaman rompakan di laut, pelanunan, aktiviti jenayah rentas sempadan serta militan Daesh.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/kos-beli-lms-rm1-bilion-1.405427#sthash.vcfYAHLV.dpuf

No comments: