Beechcraft B-200T TUDM |
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penggunaan pesawat itu dihentikan sehingga siasatan ke atas pesawat yang terhempas itu selesai. "Ini bagi memastikan tahap keselamatan dari teknikal, servis dan kualiti pesawat berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
"Pada masa ini, saya belum dapat menjelaskan secara terperinci sehingga siasatan selesai," katanya di majlis perasmian Bangunan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, di sini,
Hishammuddin berkata, walaupun arahan pembekuan operasi terhadap pesawat berkenaan dikeluarkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih boleh menerima maklumat pemantauan maritim dari negara jiran dalam konteks perkongsian maklumat.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang pesawat yang terkorban, Mejar C Kayamboo serta tiga anggota yang tercedera," katanya.
Dalam kejadian 5.18 petang semalam, Kayamboo, 45, yang menyambut hari lahirnya semalam, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.
Kejadian itu turut menyebabkan pembantu juruterbang, Kapten Wai Lik, parah. Dua lagi kru pesawat itu, Leftenan Hamid Ahmad Hanafi dan Sarjan Mohd Sofi Azizan pula dilaporkan stabil.
Pesawat berkenaan yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang jam 3.30 petang semalam, terhempas ketika mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth.
utusan online
No comments:
Post a Comment