Sunday, May 7, 2017

JEPUN CADANG HIBAH PESAWAT MPA P-3C KEPADA MALAYSIA

MPA P-3C yang dioperasikan oleh JMSDF - Foto oleh Nekkei





















TOKYO - Jepun bercadang untuk menderma pesawat peronda tentera yang telah dibersarakan ke Malaysia, membolehkan negara Asia Tenggara itu memantau dengan lebih dekat keadaan di Laut China Selatan untuk mengekang pengembangan maritim China.

Parlimen Jepun kini sedang membuat kajian semula undang-undang asas Kementerian Pertahanannya yang akan membolehkan peralatan terpakainya diberikan kepada negara-negara lain tanpa sebarang kos.

Malaysia mungkin akan menjadi negara pertama yang akan mendapat menafaat jika  perubahan undang-undang itu berjaya dibuat, dengan menerima pesawat peronda P-3C  sebelum ini digunakan oleh Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF).

P-3C, yang dibangunkan oleh Lockheed Martin dari Amerika Syarikat, dilengkapi dengan radar dan keupayaan yang lain yang membolehkan mereka mengesan dan memantau kapal  dan kapal selam yang mencurigakan.

Kawasaki Heavy Industries menghasilkan pesawat ini di bawah perjanjian berlesen untuk satu masa tertentu.

Walaupun pengeluaran itu telah berakhir JMSDF masih mempunyai 60 atau lebih pesawat dalam operasinya, dan merancang untuk bersarakan mereka yang telah mempunyai log sekitar 15,000 jam dalam penerbangan.

P-3C Orion sedang digantikan oleh Pesawat baru iaitu MPA, P-1, juga dihasilkan oleh Kawasaki.

MPA - P1 juga buatan Kawasaki Heavy Industries
Malaysia mula berurusan dengan Jepun tentang menambahkan pesawat P-3C Orion untuk kumpulan pesawatnya, menurut seorang pegawai di Kementerian Pertahanan, Agensi Perolehan, Teknologi dan Logistik.

Jepun akan menyerahkan pesawat terpakai tersebut selepas membuat pengubahsuaian. Ianya bertujuan untuk membuang beberapa peralatan berteknologi tinggi seperti radar pengesanan kapal selam yang boleh disifatkan sebagai rahsia pertahanan negara tersebut.

Jepun juga akan menjalankan kajian semula rancangan untuk memastikan bahawa kedua-dua peralatan pertahanan mahupun teknologi yang terlibat tidak akan jatuh ke tangan China, dan merancang untuk mendapatkan kebenaran untuk pemindahan di bawah U.S. International Traffic in Arms Regulations, disebabkan pesawat P-3C Orion adalah asal buatan Amerika Syarikat.

Jepun juga sedang memperkemaskan lagi kerjasama pertahanan dengan pelbagai ahli-ahli Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara yang bergelut dengan pengembangan kuasa maritim China di Laut China Selatan.

Tokyo telah memeterai satu perjanjian pemindahan peralatan dengan Filipina, dan sedang berunding perjanjian yang sama dengan Indonesia.

Negara-negara seperti Myanmar dan Kemboja juga menerima bantuan menyelamat ketenteraan dalam masa kecemasan dan membantu infrastruktur bangunan, antara bantuan lain yang direka bentuk untuk meningkatkan keupayaan pertahanan.

sumber : Nekkei


3 comments:

Hamim Hashim ™ said...

salam admin, bley ta share blog2 lain mcm admin pnye..
TQ

gen2 said...

boleh
1. Malaysian Defence
2. Defense Studies
2. Malaysia military power

gen2 said...

boleh
1. Malaysian Defence
2. Defense Studies
2. Malaysia military power