Latihan Kuasa Tembakan 2108 di kem Gemas (foto : Air Times) |
Latihan ini telah disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zulkiple Hj Kassim. Beliau berkata, aktiviti tahunan Tentera Darat (TD) itu yang sebelum ini dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) membabitkan kos RM17 juta pada tahun ini berbanding RM23 juta, tahun lalu.
Latihan ini diadakan diadakan sebagai aktiviti tahunan bagi tujuan memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan yang dimiliki oleh TDM.
Pada tahun ini kursus KPSM Siri 46/2017 telah menyaksikan penyertaan seramai 120 Siswa tempatan dan 45 Siswa luar negara.
Hadir sama menyaksikan LKT ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.
LKT ini terdapat dua segmen yang dipertontonkan iaitu Segmen Dinamik dan Pameran Statik serta Segmen Tembakan Tidak Langsung dengan objektif mempamerkan keupayaan manuver, kuasa tembakan dan impak ke atas sasaran sistem persenjataan yang terdapat di dalam inventori TDM termasuk keupayaan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Seramai 222 pegawai dan 1,898 anggota terlibat menyertai latihan ini di mana pelbagai aset ketenteraan mempamerkan kemampuan tersendiri seperti AV8 GEMPITA, ADNAN, kereta kebal PT91M Pendekar, Meriam 105mm PH L5, Meriam 155mm G5 MK III, ASTROS II MLRS serta aset udara antaranya Helikopter Agusta A109H, Nuri, Sukhoi SU-30MKM dan BAE Hawk 208.
sumber : Air Times
No comments:
Post a Comment