Monday, May 20, 2019

KERETA KEBAL RINGAN TURKI TARIK MINAT MALAYSIA

Kereta Kebal ringan Otokar Tulpar dari Turki
Malaysia dilaporkan menunjukkan minat terhadap Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar bagi mengantikan Kereta Kebal Ringan Alvis Scorpion yang digunakan pasukan Kor Armor DiRaja PARA, Tentera Darat Malaysia.

Alvis Scorpion sebelum ini dinilai agar dilupuskan berikutan usang, sudah berusia lebih 30 tahun dan teknologinya tidak lagi sesuai digunakan lagi.

Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar dibangunkan oleh Otokar dari Turki yang mana turut terlibat dalam Program Kereta Kebal Utama (MBT) Turki iaitu Altay. Otokar turut mengeluarkan kenderaan berat, trak dan bas.

Otokar Tulpar sebenarnya adalah kenderaan perisai berantai (IFV) yang diperkenalkan pada Pameran IDEF 2012 di Istanbul, Turki. Turki dilaporkan menempah 400 buah Tulpar IFV disamping 250 buah MBT Altay.

Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar diperkenalkan pada Pameran Eurosatory 2018 di Paris, Perancis. Ia direka untuk melalui permukaan tanah yang sukar dilalui MBT.

Kereta Kebal Ringan berkenaan mempunyai berat sehingga 42 tan. Ia mengunakan lapisan armor modular dan ketahanan menahan impak periuk api dan hentaman perluru bertekanan tinggi 25mm dengan perlindungan armor STANAG 4569 tahap 5.

Ia turut dilengkapi sistem perlindungan diri untuk CBRN, kebakaran serta kemampuan untuk tidak dikesan oleh radar IR dan pandangan menerusi penyamaran melalui cat khas.

Untuk persenjataan ia dilengkapi turet CMI Cockerill 3105 yang diintergrasikan dengan laras meriam bertekanan tinggi 105mm, mesigan 12.7mm atau 7.62mm. Turet berkenaan dikawal oleh 2 orang krew dilengkapi sistem kawalan tembakan termaju serta sistem pandangan siang malam dan sistem penstabil terbaharu.

Laras meriam 105mm kereta kebal ringan ini mampu menembak misil Falarick yang mana mampu mencapai sasaran 5km seperti lapisan armor 550mm serta ERA dan helikopter atau UAV yang terbang rendah diudara.

Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar dikuasakan dengan enjin diesel V8 16 liter yang menghasilkan kuasa 720hp atau 530kW dengan kemampuan memecut 70kmj dengan trasmisi automatik 10 kelajuan dengan jarak jangkauan 600km

Otokar pada tahun lalu menyatakan terdapat 2 negara telah menyatakan minat namun tidak mendedahkan nama negara terbabit.

Namun khabar angin mengatakan Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar kemungkinan tercalon untuk Program 500 medium-weight Mobile Protected Firepower combat vehicles untuk Tentera Darat AS.

Untuk Malaysia, diharap ia akan disenaraikan dalam Kertas Putih Pertahanan Negara untuk mengantikan aset lama dan usang untuk Tentera Darat Malaysia. Diharap ia bukanlah sekadar khabar angin dikalangan peminat dan penganalisis pertahanan negara.

Sumber: Malaysia Defence Review

3 comments:

pok sap said...

Kat maner kelab peminat alatan tempur atm

Unknown said...

Beli dari indonesia aja.. sama tank harimau

The King's Men said...

Tulpar is better than Kaplan @ Pindad Rimau. It's protection is STANAG 5 whilst Kaplan is STANAG 4,only withstanding 14.5mm hits. And it can carry 6-7 ground troops max via the giant rear doors.