Tuesday, October 29, 2019

KEPENTINGAN PENGGUNAAN OPV ATAU PATROL BOAT

River Class Patrol Boat Royal Navy
Pengunaan Kapal Peronda atau "Patrol Boat" dan turut dikenali " Offshore Patrol Vessel" (OPV) merupakan elemen penting bagi angkatan tentera laut. Berfungsi sebagai penguasa maritim, ia tidak menonjol seperti kapal kombatan contoh Korvet atau Frigat tetapi penting untuk penugasan anti-perlanunan, penyeludupan, pencerobohan zon perikanan serta perlanggaran imigresen melibatkan pendatang asing.

Tentera Laut Britain (RN) memiliki 9 buah Kapal Peronda OPV Kelas River yang dibahagi 2 batch. Penugasan kapal ini untuk menjaga wilayah kedaulatan United Kingdom terutama di Selatan Lautan Atlantik dan Kepulauan Falkland.

Batch Pertama sebanyak 4 buah dibina oleh Vosper Thornycroft di Southampton dan Portsmouth di United Kingdom (UK) bermula 2002 sehingga 2007.

Ia mempunyai berat 1,700 tan dengan panjang 80 meter. Didorong oleh 2 enjin Ruston mampu mencapai 20 knot. Ia dilengkapi dengan persenjataan meriam Oerlikon 20mm dan 2 unit Mesigan GPMG.

Selain itu, ia turut mempunyai kren 25 tan serta ruangan penyimpanan untuk kenderaan perisai atau lanchang pendarat LCVP serta 25 anggota infantri.

Batch Kedua, dibina oleh BAE System Maritime UK di Glasgow. Berbeza dengan Batch Pertama, Batch Kedua mengalami perubahan ketara menghadapi ancaman pengganas.

Ia mempunyai berat 2,000 tan dan panjang 91 meter. Didorong 2 enjin MAN mampu mencapai 25 knot. Ia dilengkali persenjataan meriam Bushmaster 30mm, 2 unit minigun M134D dan 2 unit mesigan GPMG.

Berbeza dengan Batch Pertama, Batch Kedua mempunyai dek pendaratan helikopter untuk helikopter medium iaitu EH-101 Merlin berserta 50 anggota infantri.

Kementerian Pertahanan UK dilaporkan mahu menambah lagi 3 buah OPV Kelas River pada masa hadapan.

Patrol Boat Tentera laut Perancis - La Confiance
 Perancis masih mempunyai beberapa wilayah diluar Eropah terutama di Caribbean seperti France Guyana dan Martinique. Ia memerlukan Tentera Laut Perancis (FN) meletakkan aset-aset untuk melakukan tugasan penguatkuasaan dan menjaga kedaulatan Perancis.

Kapal Peronda Kelas La Confiance atau Patrouilleur Léger Guyanais (PLG) yang bermaksud Kapal Peronda Ringan Guyana diperkenalkan pada 2017 dibangunkan oleh Mauric, syarikat seni bina perkapalan dan dibina oleh Socarenam di fasiliti Saint-Malo dan limbungan Boulogne.

Kini 3 buah Kapal Peronda Kelas La Confiance beroperasi dan berpangkalan di French Guyana untuk menjaga zon Wilayah Caribbean milik Perancis.

Ia mempunyai berat 700 tan dan 61 meter panjang. Didorong enjin diesel hibrid yang membolehkan ia bergerak walaupun kehabisan bahan api. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 21 knot dan mampu bergerak 8 knot walaupun kehabisan bahan api.

Kapal ini dilengkapi persenjataan meriam Remote Weapon System Nexter Narwhal 20mm dan 2 unit mesigan GPMG. Ia juga menbawa 2 buah RHIB dan 14 operator pasukan khas laut Tentera Laut Perancis.

OPV tentera Laut Portugal - Viana do Castelo
Tentera Laut Portugal telah memperkenalkan Kapal Peronda OPV Viana do Castelo bagi mengantikan Korvet Kelas Joao Coutinho dan Baptista de Andrade. Kapal ini digunakan untuk rondaan diutara Lautan Atlantik.

Ia dibangunkan dan dibina oleh Viana do Castelo Naval Shipyards diutara Portugal. 2 buah pertama OPV berkenaan dibina pada 2004 dam siap 2011 dan 2013. Manakala 2 buah lagi dibina pada 2015 diserahkan kepada Tentera Laut Portugal pada 2018 dan 2019. Manakala lagi 2 buah masih dalam pembinaan. Tentera Laut Portugal dilaporkan mahu menambah lagi 4 buah kapal lagi.

Kapal Peronda OPV Viana do Castelo mempunyai berat 1,600 tan dan panjang 83 meter. Ia didorong 2 enjin diesel Wartsila dan 2 enjin eletrik yang membolehkan kapal memcapai kelajuan 20 knot.

Untuk persenjataan, Kapal ini mempunyai meriam automatik Oto Melara Marlim 30mm dan 2 unit mesigan GPMG. Ia turut memiliki dek pendaratan helikopter untuk helikopter Supet Lynx.

Selain itu, Kapal Peronda OPV Viana do Castelo mempunyai keupayaan mencegah pencemaran air dengan memiliki pelbagai sistem dan peralatan untuk penugasan terbabit.

LMS KD Keris Tentera Laut Diraja Malaysia
Malaysia yang bakal menerima Kapal Pertama "Littoral Mission Ship" (LMS)pada hujung tahun ini dilihat bakal membolehkan Tentera Laut DiRaja Malaysia menerima Kapal Peronda Generasi Baharu.

LMS direka kapal pelbagai modul penugasan mampu meningkatkan keupayaan TLDM terutama di Timur Sabah. LMS dijangka mampu mengoperasikan UAV serta sistem automasi dalam air mampu meningkatkan rondaan, risikan dan penyusupan.

Selain itu, LMS juga mempunyai ruangan yang luas mampu membawa anggota infantri dan operator pasukan khas termasuk RHIB dan Lanchang Pendarat dengan terdapat " stern launching ramp".

Selain itu, LMS mampu melakukan misi kemanusiaan dan bantuan bencana dengan tempat penyimpanan luas serta boleh dipasang modul kontena.

Penggunaan Kapal Peronda masakini dilihat agak efektif. Dengan kos rendah serta kos operasi lebih jimat, Kapal Peronda juga berkesan dengan pelbagai penugasan boleh dilakukan.

Diharap cadangan 18 buah LMS diteruskan dengan tambahan varian seperti penyapu periuk api, hidrografi serta kombatan.

Sumber -Malaysia Defence Review-



2 comments:

monyet said...

AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

sandstorm7 said...

D lihat kapal LMS terlalu rendah...