Tuesday, October 15, 2019

RINGKASAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2020 UNTUK PERTAHANAN

Jumlah peruntukan untuk Kementrian Pertahanan
Pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan menerima RM 15.6 Billion dan Kementerian Dalam Negeri RM 16.9 Billion.

Kementerian Pertahanan pada tahun lalu menerima RM 13.9 Billion untuk Belanjawan 2019 dan ditambah RM 1.45 Billion lagi menjadikan jumlah keseluruhan RM 15.376 Billion. Menjadikan hanya penambahan RM300 juta pada Belanjawan 2020 berbanding kenyataan asal RM 1.7 Billion disebut berdasarkan jumlah asal dari Belanjawan 2019.

Dari RM 15.6 Billion, RM 3.1 Billion digunakan untuk Pembelanjaan Pembangunan (DE) dan RM 12.5 Billion digunakan Pembelanjaan Mengurus (OE).

Belanjawan Tentera Laut, Darat dan Udara

Tentera Laut DiRaja Malaysia menerima jumlah DE terbesar kali ini dengan :-
1. RM 945 juta untuk peralatan.
2. RM 27 juta untuk infrastruktur.

Tentera Darat menerima DE iaitu
1. RM 746 juta peralatan
2. RM 113 juta untuk infrastruktur.

Tentera Udara DiRaja Malaysia menerima sejumlah
1. RM 383 juta untuk peralatan dan
2. RM 17.5 juta untuk infrastruktur.

Untuk Angkatan Bersama, RM 485 juta untuk peralatan dan RM 45 juta untuk infrastruktur.

Bajet Kementerian Dalam Negeri dilihat menerima penambahan RM 1.6 Billion dari RM 15.3 Billion pada Belanjawan 2019 ke RM 16.9 Billion Belanjawan 2020.

Dari RM 16.9 Billion, RM 13.8 Billion untuk OE manakala DE menerima RM 3.088 Billion. Peningkatan ini dilihat selepas pertukaran kementerian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sejak 2018.

Namun dilihat dalam belanjawan kali ini Kerajaan agak berjimat cermat dan hanya menumpukan pembelajaan mengurus untuk pengoperasian sahaja. Ia sebenarnya tidak cukup untuk kementerian dan agensi membelanjakan untuk mendapatkan aset terbaharu.

Jika dilihat, pembelanjaan DE hanya akan melibatkan pembelian aset logistik seperti kenderaan utiliti taktikal seperti trak dan treler. Manakala perancangan TLDM mendapatkan helikopter utiliti dan Bot Laju Pemintas dan Kapal Pendarat dilihat masih samar walaupun tender telah dilakukan.

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan memberikan sebanyak RM500 secara “one-off” kepada 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Manakala seramai 160,000 veteran ATM yang berpencen dan tidak berpencen diperuntukan RM 250 secara “one-off” bagi menghargai sumbangan serta bakti mereka kepada negara.

Apa-apa pun kita menunggu Pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara dan Rancangan Malaysia ke-12.

sumber : MDR

1 comment:

monyet said...

Poker online dengan presentase menang yang besar
ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856