Wednesday, October 16, 2019

RONDAAN DI PERAIRAN TETAP DIJALANKAN WALAU TANPA KAPAL BARU

Aset-aset TLDM yang sedia ada : foto - Airtimes
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany menegaskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetap melakukan rondaan di perairan negara walaupun terpaksa menggunakan kapal-kapal yang lama.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika diminta menggulas sama ada TLDM akan melucut tauliah kapal-kapal lama sekiranya kapal baharu mula digunakan.

“Buat masa sekarang, kita gunakan kapal yang sedia ada untuk menjaga perairan negara pada setiap masa tanpa mengira waktu mengikut pengarahan yang diterima,

“Sama ada kita mempunyai kapal baharu mahupun kapal lama, kita tetap menggalas tugas untuk menjaga perairan negara,” tegas Panglima Tentera Laut selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, hari ini.

Menurut beliau, dua buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) dijangka akan tiba pada tahun ini.

“Pada ketika ini, kerajaan telah bersetuju untuk memenuhi keperluan 6 buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) dan 4 buah LMS,

“Namun begitu, program LCS mengalami sedikit penangguhan berikutan masalah teknikal dan kita akan lihat bagaimana pihak kontraktor berusaha untuk mengatasi isu tersebut,” kata Reza.

Sementara itu, beliau turut menyatakan perolehan Fast Interceptor Craft (FIC) dan helikopter maritim diteruskan dan masih lagi diperingkat pembidaan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menjelaskan sebanyak RM 2 bilion telah diperuntukkan kepada TLDM.

Sementara itu, sebanyak RM 5.7 bilion telah diperuntukkan kepada Tentera Darat Malaysia, RM 2.5 bilion kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dan RM 1.4 bilion kepada Markas Angkatan Bersama.

sumber : Air times


1 comment:

monyet said...

main poker dengan banyak penghasilan
ayo segera hubungi kami
WA : +855969190856