Tuesday, December 31, 2019

4 SYARIKAT BERSAING UNTUK DAPATKAN TENDER BOT PEMINTAS LAJU (FIC)

Fast Interceptor Craft (FIC)
Portal Perniagaan, The Edge Market mendedahkan 4 buah syarikat pembinaan maritim Malaysia dikatakan sedang bersaing mendapatkan tender Kementerian Pertahanan Malaysia iaitu membekal 18 unit Bot Pemintas Laju (FIC) kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) bernilai RM220 Juta.

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mendahului senarai syarikat yang bersaing untuk tender FIC. BHIC merupakan syarikat milikan secara perlaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilihat calon utama untuk projek FIC berikutan berkaitan dengan TLDM.

Walaubagaimanapun, BHIC mengalami masalah untuk menyiapkan kapal "Littoral Combat Ship" sebanyak 6 buah yang ditempah TLDM yang sedang dibina di Boustead Naval Shipyard, Pangkalan TLDM Lumut. Ia mengalami kelewatan dari jadual asal dimana kapal pertama hanya diserahkan menjelang 2022 atau 2023.

Selain di Pangkalan TLDM Lumut, BHIC mempunyai 3 buah lagi limbungan di Pulau Jerejak, Pulau Pinang Pulau Langkawi, Kedah dan Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah.

Limbungan di Pulau Pinang adalah mengfokuskan baikpulih kapal kargo dan komersial termasuk Minyak dan Gas. Di Pulau Langkawi mengfokuskan pembinaan dan baikpulih kapal mewah, kapal layar serta bot alumunium serta laju. Manakala, Teluk Sepanggar mengfokuskan baikpulih Kapal Selam Scorpene milik TLDM.

Limbungan di Pulau Langkawi sebelum ini mengeluarkan 10 buah FIC Penggalang iaitu asas rekaan Onuk MRTP16 untuk APMM. Ia adalah kerjasama antara Boustead dan Yonca Onuk membentuk syarikat BYO Marine.

Destini Berhad turut memiliki Limbungan di Pulau Indah dan Pelabuhan Klang sebelum ini telah membina 6 buah "New Generation Patrol Craft" dan 3 buah "Offshore Patrol Vessel" untuk Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) dengan kolaborasi bersama Tabung Haji Heavy Engineering Berhad (THHE).

Destini Berhad menerusi anak syarikatnya Destini Armada yang mengfokuskan pembinaan kapal dan laju fiber atau aluminium yang telah digunakan oleh Agensi Kerajaan dan Syarikat luar pesisit untuk minyak dan gas.

THHE merupakan anak syarikat perlaburan Tabung Haji sebenarnya mengfokuskan perkhidmatan baikpulih dan membekal alat ganti untuk Industri Minyak dan Gas.

Namun untuk tender FIC, dilihat THHE perlu berkerjasama dengan syarikat lain berikutan masalah dalaman dihadapi mereka melibatkan pemilik mereka iaitu Lembaga Tabung Haji. Dilihat hanya kerjasama dengan Destini dilihat berjaya yang kini sedang membina 3 buah OPV untuk APMM dijangka siap dalam masa terdekat.

Muhibbah Enginerring Berhad merupakan syarikat pembinaan kapal untuk komersial dan agensi kerajaan namun jarang terlibat dalam projek melibatkan ketenteraan dan keselamatan.

Dilaporkan pada 2016, Muhibbah telah memeterai perjanjian MOU dengan Daersan dari Turki melibatkan pemindahan teknologi serta. Daersan merupakan syarikat pembinaan kapal dari Turki yang mana turut membina kapal peronda untuk Tentera Laut Turki dan beberapa negara.

Media sebelum ini melaporkan proses tender terbuka FIC mengalami masalah dan kemungkinan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan terdapat syarikat gagal menepati kelayakan dilaporksn berjaya ke peringkat seterusnya.

FIC penting bagi TLDM untuk meningkatkan pengawasan dan rondaan di Timur Sabah terutama di pulau kecil sekitar Sabah yang menjadi ancaman militan selatan Filipina dan operasi mencegah penyeledupan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin.

sumber -MDR-


3 comments:

Unknown said...

Indonesia sudah membuat UAV drone MALE, nanti produksi masal 2021. Bagus banget. Nanti di beli yah.... Namanya elang hitam

sandstorm7 said...

Kan TLDM lgi perlu bot FIC....UAV kan lain cawangan....

sandstorm7 said...

Kan TLDM lgi perlu bot FIC....UAV kan lain cawangan....